Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

24 June, 2013

3bulan bersama...

Sedar tak sedar, harini dah.. eh... baru 3bulan (12minggu) bersama abam.
Kami......





  • bermanja-manjaan / majuks macam kanak-kanak ribena / bergurau senda macam dah tak ada esok / nak berkepit je sentiasa (kehkehkeh!).
  • menyesuaikan diri masing-masing (saya masih malu-malu kambeng kekekeke)
  • mengenali diri masing-masing (ingat tau semua ke.. tak weiiii!)
  • belajar mengenai perihal rumahtangga (saya le tu.. pengetahuan kureng berbanding abam yang dah berpengalaman.. tapi jgn bezakan ye?)!
Banyak lagi yang kena harungi.

Nak ucap terima kasih banyak-banyak kat abam sebab sudi jaga saya bulan April (masa sakit terlampau) selama 3hari berturut tak gi kerja kerana saya & jaga / take care saya masa saya pening-pening lalat.  Terima kasih abam cayam...  mwah.

20 June, 2013

Rumah dilanggar garuda- part 1

Lihat ajelah keadaan rumahku setelah arwah mami meninggal.
Seperti tongkang pecah!  Jangan ditanya kenapa.
 Tv samsung 42'

Tapi apa yang pastinya, ini bukan kerja saya. 
 almari pakaian
 almari pakaian
 settee dolu-dolu 2seat

Seelok-eloknya kalau nak keluarkan barang, biarlah selepas 40hari meninggal.
Lagipula barang-barang dalam rumah ni memang hak saya.
Kalau saya report polis, sure tak akan terlepas.
 dapur 2tungku & tong gas
 settee dolu-dolu 3seater
 almari solek antik yang saya gunakan (ni dalam bilek saya, bersepah sudahhh!)
 2biji kerusi & meja
 2biji kerusi & meja kayu jati
 display set kayu
2keping karpet


Tapi tidak mengapa.  Setakat mana aje happy kalau guna barang orang tanpa izin kan? :-)
(mulut saja saya izinkan tapi hati saya meme tak halalkan apa yang diambil.. sebab cakap tak bagi amik, pasti ku dapat penyekeh ke penyepak ke he he he!)

Jikalau rasa musykil, bolehlah tanya AMANAH RAYA, mereka lebih arif ;-)

17 June, 2013

Mami Telah Pulang Ke Rahmatullah

Allahyarhamah Hjh Hasmah bt Yusoff
21/10/1943-7/6/2013.

Tak sempat jumpa arwah mami kerana saya berada di kuarters.
Last saya jumpa arwah mami adalah 11/5/2013.
Semoga roh arwah mami ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

(masih berharap untuk bertemu ibu kandung)...

06 June, 2013

Terjebak....

Kecoh je tajuk topic.
Ni pasal drama TEDUHAN KASIH @ tv3 (isnin-khamis 7-8mlm) &
SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA (SSID) @ tv3 (jumaat 9mlm).
Saya meme layan apa-apa drama isnin-khamis dari dulu,
sekarang dah berjangkit pulak kat abam.. wahahaha suka suka suka!
Dulu dia tak mau tengok pun :D
sebenarnya saya isteri dia Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) Slot Zehra TV3
Pastu dia terjebak pulak dia dengan SSID walaupun betul-betul start tengok dari episod 7 kalau tak silap, siap mau download lagi wahahaha.
Tu la lenkali jangan duk layan astro warna jah, duk tengok ulangan jah.. isk isk isk!

Saya suka tengok both drama ni sebab adaptasi dari novel.
Dulu saya penggemar tegar novel, sekarang malas nak baca.. baguslah buat drama :D

05 June, 2013

Penin-Penin Lalat Buleh MC

Semalam (4/6/2013- Selasa) dah siap pakai baju kurung nak gi kerja.
Tapi tak menahan pulak sebab masih pening-pening lalat start 4pagi.
Masa nak pakai foundation tu terjelepuk kat katil.
Abam kata "tak payah gi kerjala, MC je nanti".. terus saya sambung tido hehehe!

(doktor masih guna chop dari klinik lama.. isk isk isk)
 
12thgahari gi Klinik abam.
Adus malu kurasakan sebab staff-staff situ dah kenal saya hi hi hi.
Semua pakat menanya datang sebab apa, kenapa nampak letih.. dah ada isi ke belum erksss.
Soalan faberet sejak bulan lepas :D  Tapi saya tak penah iya @ menidakkan :D
Cuma lepas buat UPT kat klinik baru IYA kan saja :P
Minggu depan bukak 'pasport' (buku pink).

NOTAKAKI:  TERIMA KASIH ABAM SEBAB LAYAN SAYA DEH?  KESIAN ABAM TAK CUKUP TIDO sob sob.

04 June, 2013

Batam- Bengkong Laut

Batam Day 2
2 Mei 2013 (Khamis)
Bengkong Laut (Miniature Park / Go Kart / Polo Factory)
Lepas pergi Pasar Jodoh, Pak Uncuk bawa kami ke Chalet yang berhadapan dengan Singapore.
Tapi Pak Uncuk dah sound kami awl-awl supaya kalau guard tanya buat apa pergi situ, maka jawab je "nak survey challet" maka boleh la masuk, kalau tak.. meme tokleh masuk la hehe.
Kami just pusing-pusing dalam tu.
Chalet nya meme cantikla, rasa nak buat rumah macam tu je hehe.
Pastu snap gambar seberang tu Singapore.
Kalaulah boleh gi Singapore tang tu jugak, rasa nak pergi je,
tapi apakan daya.. kena kumpul duit dulula hehe.
 Kat situ dalam 30minit jah duk snap gambar pastu Pak Uncuk bawa kami ke Bengkong Laut sebab kami beriya nak tengok RUMAH KECIL (miniature park).
Mula-mula tu bertemu dengan Go-Kart dulu.
Ingat nak main tapi lepas survey harga, abam kata lagi mahal dari Malaysia so tak payah le main.
So terus pergi ke Minature Park tu, jalan kaki 5menit jah dari Go-Kart keke.




Time tu tak ramai orang pun, buleh bersenang lenang snap gambar tapi yang tak bestnya tak buleh la nak snap gambar berdua huhu.  Terpaksalah snap gambar sendiri (gantung kamera kat pokok kakakaka).
Dalam tu ada berpuluh-puluh rumah kecil yang ada di seluruh Indonesia la.

Siap tulis nama-nama rumah.
Lepas tu kami ronda-ronda area Park tu.  Mak oiii semua souvenir jual dalam USD sebabnya kat situ ramai tourist dari singapore.. maka semua barang jadi mahal la.
Jamu mata aje la!
 Then kami singgah ke Polo Factory yang femes ames sangat tu tapi saya bukan la kaki brand sangat so kami anggap semua mahal kakakak biasalah semekin kan?!

Tibalah masanya untuk lunch.
Ada ke patut Pak Uncuk bawa kami ke GOLDEN PRAWN which is semua segar-segar (ikan / udang / sotong bla bla bla), pileh sendiri dalam kolam & tukang masak akan masakkan.
Of course la mahal.  Guna USD pulak tu... sudahnya kami suruh pak uncuk bawa ke gerai biasa jahhhh!  heheheh!

Bersambung!