Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

31 May, 2013

Kesah Kami...

Detik-detik sejarah kami.....

  • November 2011:  Pemilihan boling sama-sama tapi saya tak kenal dia @ sesiapa sekalipun sebab baru balik kerja kat Kelate + tak ada geng. Ikutkan hati, masa parking kat shopping complex tu, saya nak balik rumah semula sebab tak kenal sesiapapun + malu tapi saya tekadkan diri "ah redah je lah, tak terpilih tak apa, at least aku try.. MACAM TAK BIASA KAT KL PUN MAIN BOLING SORG2 @ LONE RANGER"  hehe.  Rasanya kalau saya tak nekad haritu, saya tak kenal abam :-)

  • Februari 2012:  Terpilih dalam selection boling tapi saya tak kisah pada sesiapapun termasuk dia di mana saya masih belum kenal dia tapi dia kenal saya haha.

  • April 2012:  Training boling setiap minggu tapi kaedahnya saya ni jarang pergi training sebab buat waktu kerja (kerja kat hospital sibuk weiiii!).  Kadang-kadang saya pergi training sendiri weekend terserempak dengan dia tapi dia pulak la aiii sombong gila.. say HI HI BYE BYE PUN TAK!

  •  Mei 2012:  Dia start sibuk duk minta copy I/C, slip gaji, gambar (orang kuat boling). Masa tu saya masih panggil dia ENCIK.. kahkahkah sengal je kurasakan :P  Borak pun pasal boling semata-mata.  Pasal benda lain jangan harap!  Kadang-kadang saya sms tanya pasal boling, dia tak jawab.. sombong gile ok!  Tapi dia pulak kata saya yang sombong kat boling.. hmmm eloklah tu sama-sama sombong :P

  • Jun 2012:  Semua yang terlibat dengan Temasya Sukan di Kota Kinabalu berkursus di Hospital Pasir Mas.  Time tu cakap la jugak sikit-sikit..  SIKIT JAHHH! Team boling 6laki, 6pempuan.  Walaupun cakap gitu-gitu jah dengan dia, tapi saya tidak menyokong sepenuhnya mana-mana teammate yang kutuk dia.  MOtif?  Tak ada motif.. orang tu buat kerja itu ini pun nak kutuk juga.  Hmmm saya diam saja sebab orang ahli baru khennn?!  

  • 2 Julai 2012 (Isnin):  Bertolak dari KB-KL dengan van.  Dah start sukan kat Sabah.  Dia duk sebelah saya dalam van.  Dia pinjam tablet saya.   Malam tu tak ada la cakap banyak sangat pun dengan dia walaupun dia duk pot pet pot pet hehehe (oooo kaedahnya saya ni meme pendiam) :D

  • 3 Julai 2012 (Selasa):  Sampai hentian Serdang mandi manda, breakfast segala bagai.. ALAMAK SLING BEG SAYA PUTUS TALI.. adus!  Then dia datang SAVE THE WORLD..  Wah wah.. dia jadi hero saya, siap jahit beg saya (saya meme tak pandai jahit sbb masa saya nak jahit tu saya terkial-kial, dia le tolong, siap tunjuk cara jahit yang betul lagi).. terima kasih awak :D Start dari situ saya rasa malu & bersalah gile dengan dia sebab telah menyusahkan dia hu hu hu.  Dengan jujur ikhlasnya saya cakap saya kagum dengan dia.  Erkk puji betul bukan puji ada makna :P

  • 4-8 Julai 2012 (Rabu):  Sukan kat Sabah.  2 3hari nak balik semenanjung tu... aiiii tiba-tiba kami rapat le pulak sampai gi mana-mana pun bersama, sampai teammate was-was dengan kitorg.  Aikkkk?  Kompius kompius!  Saya marah juga pada diri sendiri sebabnya STATUS dia.  Sedangkan saya sudah janji pada diri sendiri SAYA TAK AKAN AMBIL SUAMI ORANG.  Oh tidakkkkk!  Naik van KL-KB pun kami masih sebelah menyebelah tapi malas eh nak layan maka saya buat-buat tido hihi.

  • 9 Julai 2012 (Isnin):  Sampai KB, dia tolong hantar saya sampai rumah.  Petang tu kami pergi main boling lagi.. errrrr!
  • 29 Julai 2012 (Ahad):  KAMI DECLARE?!  Oh my gucci!  Pantas kan?  Aheheheh!  Oh tidak tidak.. saya tidak ambil suami orang, dia sudah bujang kembali sebenarnya cuma saya tidak tahu dari awal :-)  Saya tidak mengambil masa yang lama untuk buat keputusan kerana?  Biarlah saya sahaja yang tahu walaupun saya memberikan jawapan dalam ketakutan (takut kat mak, nanti dia kejar saya dengan parang sebab dia berstatus duda huhu).

  • 30 November 2012 (Jumaat):  Bertunang
  • 23 Mac 2013 (Sabtu):  Akad nikah
  • 24 Mac 2013 (Ahad):  Reception  (My birthday)
  • 25 Mac 2013 (Isnin):  Bertandang
Kalau ikutkan dugaan selepas balik dari Sabah tu terlalu banyak sebab ada yang tak suka kami bersama apatah lagi kahwin... tekanan perasaan tu tak usahlah cakap.. tiap-tiap hari hidup dalam ketakutan & kerisauan.  Tapi itulah, KALAU SUDAH JODOH (bak kata USTAZ KAZIM ELIAS), bersama jugak akhirnya.. doakan kami kekal selamanya.

Itu saje lah, rasa macam panjang lagi tapi malas nak taip panjang.. bukan artis pun orang nak baca hihihi.

I LOVE YOU ABAM... MWAHHH!


    28 May, 2013

    Perutku Yang Bucik!

    Hmmm ni bucit sebab makan banyak ke bucik peknen?
    Takkan 6minggu dah nampak?  Kurang-kurang 12minggu baru nampa.
    Conclusionnya bucik sebab makan banyak.  Ekekekeke!
    (makan banyak tak hingat, mana tak buciknya?)



    Nak control kempiskan perut macam dolu2 dah tak buleh..
    biarlah perot membesar sihat & gagah , saya rela :D

    27 May, 2013

    Hanimun- Pasar Jodoh, Batam

    2/5/2013 (Khamis).
    Hari ke-2 ni nak jalan-jalan sekitar Batam.
     Menu breakfast di TRINITI HOTEL, BATAM

    Dia quote RP600,00 (RM187) dari 9-6ptg (9jam).
    Kami telan air liur.. errr rasa mcm mahal je lagipun kami nak amik 9pg-3ptg (6jam).
    Pak Uncuk tanya nak gi mana.
    So kami just nak gi:
     Menu lagi

    -  Pasar Jodoh (katanya tak perlu pergi, tak ada apapun!) tapi KAMI NAK PERGI!
    -  Miniature Park @ Bengkong Laut / Go-Kart / Polo Factory
    -  Resort depan pelabuhan yang nampak feri dari Singapore
     Haaa jual emas open camtu je uolsss~

    Tu je, so macam tak berbaloi le bayar mahal, lagipun semua tempat-tempat tu dekat je kecuali Resort area feri tu amik masa 40menit.
     Tak tau jual kuih apa.  Pastu ikan kering orang kata glamer kat sini tapi saya tak beli pun

    Sudahnya kami deal RP450,000 (RM140) termasuk hantar kami ke airport esoknya, terus dia setuju.
    Padahal dalam hati kami kata tu pun dah banyak sangat dia untuk uhuhu.
    Ok kita cite pasal Pasar Jodoh dulu le.
     Pasar lambak.. jual hp open jugak & mug terpakai jual camtu je.. wow~

    Pasar Jodoh ni tak jauh dari hotel kami, lebih kurang 10minit jah.
    Pak uncuk tak bagi kami pergi sebab katanya tak ada apa.
    Siap tanya.  "kamu mahu beli apa?  Sayur?  ikan kering & buah?  Tp tak apa la kalau sekadar mau pusing-pusing" so kami decide pergi.  Dah alang-alang sampai, pergi je la!
     Lemak lintah satoooo :P

    Mula-mula berjalan tu tengok banyak LAUK BASAH / SAYUR / BUAH / LAUK KERING pastu cakap "aiseh rugi tak dengar cakap supir" tapi tak apa lah nak beli EMPING MALINJO, MESTI KAT PASAR JE ADA.  Jalan punya jalan, masuk la mcm kedai ok sikit jual pakaian / beg / hp / medan selera.  Baru lega sikit.. ingat nak shopping baju tapi tahan nafsu hehe.
    Kiri:  jual alat2 sex .. gulp!
    Kanan:  buang karang gigi tak perlu jumpa dokto gigi.. huwaaa

    Masa abam singgah beli kemeja tu, abam tanya la peniaga tu mana nak beli EMPING MALINJA.  Org tu mcam blur.. rupa-rupanya EMPING MALINJO hehehe mana le tau!  Pastu dia kata cari dalam pasar (bukan luar) & dia bagitau estimate harganya ialah RP40/kg.  Bagus juga dia beritahu supaya kami tak tertipu :-)  Bagus orangnya.
    Jual secara lambak jugak! 

    Pusing punya pusing.. aish tak jumpa pulak dalam pasar.
    Saya dah pening tengok dalam keadaan pasar yang busuk & sempit tu huhu.
    Tapi abam redah je sebab meme tak tau kat mana.
    At last.. GOT IT!  Abam borong 5kg.. semua untuk doktor.. untuk kami langsung tiada sebab abam tak makan huhu.
    Abam membeli kemeja tu murah gila je ok!
    Pastu saya nak beli jubah purple tu comel sangat tp kena beli sepasang dgn kemeja.
    Saya tak kasi abam beli sbb kemeja tu sebab tak sesuai le kalu pakai gi jln2 huhu. 

    Selesai beli emping malinjo, terus balik ke taxi tapi supirnya tak ada.. adoi tercongok pulak tunggu dia.
    Kata 1jam.. kami pergi tak sampai 1jam pun heheh.  Rupa-rupanya dia pergi minum.
     Sekitar pasar batam.  CD jual camtu je ok & kucing tu comel.. mcm nak bawak balik Mesia je

    Ingatkan dah lama tunggu (tak sampai 10minit pun).. nak masuk la dalam pasaraya tu (ala biasa le pempuan pantang tengok pasaraya akakakak) tapi fikir-fikir balik.. masuk kangggg lambat pulak keluar so decide tunggu aje la.
     Haaa mbik.. abam telah shopping emping malinjo 5kg utk doktor gigi di klinik beliau.. fuh berpeluh bawa~

    Lepas tu baru pak uncuk datang.  Dia pun terkejut banyak yang kitorg beli hehehe.
    Ye la, dah namanya pasar kan?  Bukannya lauk basah je ada.. macam-macam adaaaa! :D
    Hire pak supir nama Uncuk (supir Triniti Hotel).

    Lepas tu pak uncuk bawak kitorg ke resort berhadapan singapore tu tapi dia dah sound awal-awal supaya kalu pak guard tu tanya.. jawab je "nak survey chalet".. ye la kalu tak cakap camtu, takut depa tak bagi masuk.

    Bersambunggg!

    24 May, 2013

    Tanda-Tanda Awal Kehamilan

    Saya refer kepada web BABYCENTER.

    1.  MENGIDAM-  belum lagi tapi rasa mcm nak makan je sokmo.  Asyik lapar je manjang.

    2.  WARNA AREOLA MENJADI GELAP.
    Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
    -errr gelap sikit aje kot-

    3.  PENDARAHAN @ KEKEJANGAN AKIBAT IMPLEMENTASI
    Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda
    -tak ada @ mungkin belum sampai masanya lagi kot?  erk-

    4. KERAP MEMBUANG AIR KECIL
    Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
    -memanggggg.. asyik nak terkucil jah!-

    5. KELETIHAN
    Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 
    -belum rasa lagi... lasak seperti sediakala huhuhu-

    6. PAYUDARA MELEMBUT DAN MEMBENGKAK
    Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
    -ya... rasa sengal.. jangan le sentuh.. seriyus sakit!-

    7. DERIA RASA BERUBAH
    Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
    -masa mula2 piyed delay.. meme rasa payau..minum air pun tak ilang payau tu.. sekarang dah ok sikit!-

    8. MABUK HAMIL PAGI
    Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
    -tak ada lagi.. hrp2 jangan le!  Ada le rasa mcm nak muntah tapi tahan je selagi buleh tahan-

    9. TIDAK DATANG HAID
    Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
    -saya regular so bila dah lewat benor.. kompiyus le jgk.  Dolu2 irregular tapi tiba2 regular hmmm!-

    10. UJIAN KEHAMILAN YANG POSITIF
    Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
    -memang positif- :-)


    22 May, 2013

    11hari piyed delay, hasilnya...

    Piyed delay 11hari...
    saya download PERIOD CALENDAR di tablet saya.
    Senang untuk menentukan next period, waktu subur & ovulasi.
    (tapi rasanya tak ML masa subur pun aritu terus lekat opsss!)

    hasilnya.... ialahhhhh:
     postif walaupun samar (ye le.. baru delay 10 hari utk UPT dlm gambar ni~

    20/5/2013 (Isnin) 6.10pg delay hari ke-10 buat test.. tadaaa kuar le 2nd line less than 1minute.
    Sengih sorang-sorang.  Cepat-cepat bersiap & sebelum turun gi kerja, tunjuk UPT tu depan mata abam.  Dah la orang tu tengah syok duk tido hi hi hi.

    Pastu abam cakap "awak, 50-50".. erkkk?!
    Down saya taw abam cakap camtu sedangkan saya studi kat forum, samar ke blur ke sekalipun.. it means POSITVE!
    Unless 2nd line tu keluar selepas 15minit, baru dikira evap line which is tak dikira POSITIVE hmm!

    Tunggu jgk piyed dtg tapi tak mau pulak datang.. aishhh curios eh!
    Tapi yang saya perasan:
    • Selera makan bertambah-tambah. 
    • Miss B sakit noksss... jangan le usik, buleh mendatangkan kemarahan tawww :P
    • Asyik nak terkucil.
    • Tido awal.. dulu tak jejak 12.30pg.. tak mau nya tido.  Sekarang 11pm dah ngantuks.  Jgn le sesekali abam masuk tido lambat.. mengamuk aiiii!  Tido sama-sama le.. mana buleh sorang masuk tido awal, sorang tido lambat?! 
    • Asyik nak majuks je.. errr tapi rasanya meme dah tabiat dari sebelum kawen lagi sikit2 nak majuks nghehe!
    • Panas- rasa boleh menggeletis lah atas katil tu kepanasan padahal kipas dah no. 5 hmmm
    • Manja terlebih kot he he he!  Takmo berenggang dengan abam walau 1minit (kalu buleh huhu parah kan?)
     Aisey dah rotate tapi tak jadik!
    Doktor bagi slip ni pastu dia suruh gi buka buku merah kat mana2 klinik terdekat

    Lepas tu semalam (21/5/2013- selasa) delay hari ke-11 dengan tak menyabornya, pergi Klinik Kesihatan Kota Bharu, doctor sahkan 6minggu (tapi tak rasa 6minggu.. rasa macam 3-4minggu je hihi).
    Nurse tanya ada berapa orang anak dah?  Saya kata "belum ada.. saya baru kawen"
    Sebenarnya saya sudah buat 2x test tapi tak bagitau abam pun yg 1st tu wahaha.
    1st (plastic ONE STEP):  delay hari ke-6 pada khamis (16/5/2013) tapi mak oiii buleh tercabut mata ku sbb tersangat le samar 2nd line tu.  Tapi sape suroh buat 3pm?  Excited punya pasal, test kat ofis jgk kekeke.
    2nd (plastic EASYSURE):  2nd line lebih terang kurang dari 1minit, buat pagi2 lepas bangun tido!

    Dokto suruh bukak buku merah (bukan pasport ye kekekeek) di klinik berhampiran.
    Hmm apa lagi.. klinik abam kija le kot kalu dia kasi.. senang skit nyusahkan dia eheheh!
    Saya cite la 2009 dulu saya pernah operate cyst so doktor kata kalau dah tak ada cyst walau dgn hanya 1ovari.. insyaAllah tak ada apa2 effect.  Legaaaa den!  :-)

    Balik tu abam cakap dia dah saspek sy peknen awl2 lagi sebab saya jadi mcm pelik.
    Ish pelik sungguh dengan kenyataan abam.  Dah kalu saspek, apsal ckp saya 50-50?
    Extra sensitif tawww time ni?  Hu hu hu.

    Apa-apapun.. rasa macam tak caya lagi... "aaaa peken ke aku?  Sempat piyed 1kali jah lepas kawen.. tapi tak apa, rezeki, lagipun umur dah kertu, bkn muda lg" :-)
    Betul kata opismet saya sorg tu "mintak2 la awk piyed 1x ni jah pastu terus peknen".. mak oii heheeh betul2 jadi :P
    Dah set I'M PREGNANT kat android.
    Dia kasi EDD 14/1/2014.
    Dokto kat klinik kasi EDD 16/1/2014 uhuhu.
    It's ok le.. tengah-end of january le saya bajet!

    Untuk pada yang masih TTC.... usaha jangan putus asa ok?  Be positive.
    Saya tak sempat nak TTC heheh.
    Apa-apapun, doakan saya yang terbaik :-)

    20 May, 2013

    Banner Kawen

    Sudah lama tak update blog sebab ada penyakit MALAS ehehe.
    (Banyak entry tertunggak:  MAJLIS RESESPI, MAJLIS BERTANDANG, VIETNAM & BATAM).
    Agaknya tahun depan baru habis cite kot haha.
    K lah, view gambar banner kawen kami aje dulu ye, sementara cari ilham nak menaip ni hehe!
    Abam sendiri yang create ni (gambar semasa berada di Cambodia!) :-)

    notakaki:  pagi ni buat pregnancy test sebab piyed dah delay 10hari.. eh ada 2nd line tapi abam kata 50-50.. hmmm ok :-(


    15 May, 2013

    Worldless Wednesday- Kek Hantaran

    Dari saya untuk beliau :-)

    Related dengan kerjanya di klinik
     Ingatkan vendor letak gigi seketul tapi dia kata mcm tak sampai hati nak buat.. erkk :P
    Disponsor oleh Kak Elly, rakan sukarelawan saya.. datang khas dari Kuala Lumpur :-)

    14 May, 2013

    Masak: Try & Error

    CHOCLATE CHEESE CAKE

    Jumaat lepas tiba-tiba abam cakap "jom buat kek nakkk" ehhhh? Mimpi ke abam saya nih?
    Maka saya jawab "ok.. buleh je" - walaupun saya tau bukan saya yang akan buat pun hehe.
     Beliau menggodek dalam bekas kecik tu jah tapi tak tumpahpun.. isk isk isk!

    Maka petang tu sempat singgah kat department buku di Mydin.
    Belek-belek resepi kat buku resepi.. pastu jumpa 2jenis kek yang macam menarik.
    Apa lagi, abam snap gambar aje la... curi resepi hahaha.
    Beli kang membazir pulok :P
    (padahal buleh je google tapi MALAS!).
     Ni bahan A (malas tepek resepi.. korang gugel je la huhu!)
     Bahan B:  cheese

    Terus pergi beli bahan-bahan buat kek!
    Esoknya terus buat!
    Abam buat dari A-Z.
    Saya?!!!  Saya tukang snap gambar & TOLONG TENGOK jah kihkih.
    Ooo buat camtu baru jadi bentuk gitu ek?

    Beliau buat dengan teliti & sopan (sopan le sangat hahaha).
    Kalau saya.. meme tak sabar.. asyik nak cepat siap jah!
     Ni kek dari foil pertama.. gagal!

    Saya tak berani buat sebabnya saya takut abam tak makan haha.
    Kalau setakat puding pelangi, pudi milo tu reti le sgt .. kek2 ni den tak reti :P
    Kek foil ke-2 baru menjadi :-)

    Maka betul-betul ikut resepi la cuma bab membakor nya tu.. resepi cakap bakar 1jam.
    Kompius.  So 1st foil tu abam bakar 35minit.
    Ambikkk kooo.. keras kejung!  Hahahaha!
     
    Foil kedua baru la jadi.. lembut & sedap, kena buat 20minit je :-)
    Bawa ke rumah famili in law.
    Ek eh... FIL kita suka yang kejung tu la.
    Tapi azab la nak potong.. sebab meme keras kejung :))
    Hasil memberi filling cheese kat miow.. sedap nampaknya!

    Utk filing cheese tu.. ada lebihan makan calit kat mulut miow.. ek eh.. tak lari.. sedap rupanya.
    Biasa tu punya la dia lari kalu calit apa2 makanan yang dia tak suka hehe.
    Meme sedaplah tu :P
    Kekenyangan & kepanasan.  Kalau zoom.. ada 3ketul ais kat perutnya.
    Sikit pun tak lari sebab budak ini meme suka sejuk hahaha.
     
    Ok next time kita buat kek lain pulak ye abam?
    Tapi microwave nya enggak ada!  Huhu!

    13 May, 2013

    Hanimun- Batam Hari 1

    1 Mei 2013 (Rabu).

    Kenapa kami memilih Batam sebagai tempat bulan madu?
    Tiada jawapan, saja try & error beli sebab terpengaruh dengan kata-kata ex-officemate kata Batam tu best.
    Kebetulan pula ada promo Firefly RM178 return, so beli terus.
    So abam saya dapat hadiah tiket in advance la eheh.
    BESTVIEW HOTEL @ Subang Jaya.  Kata 8pg dah ready brekfast tapi bila naik.. ada nasik lemak tanpa air je.. adus, brekfast kat airport je le!

    Memandangkan flight KUL-BTH (Batu Putih) 10.15pagi, maka kami decide fly ke KL awal 1hari (kalau naik flight pagi sempat je kalau tak delay tapi kami fikir KOT DELAY.. so tak mau amik risiko le!).
    Kota Bharu-KL 9.15malam & kami booking Best View Hotel Subang (sangat dekat dengan Subang Parade).  RM88/night.  Tak berbaloi le, sempit amat.. ala-ala Tune Hotel Putrajaya kot tapi kalu nak solat buleh le kat lantai tu hehe. Nasib dapat driver cab yang baik hati.  Siap rekemen kawan dia pulak fetch kitorg esoknya kat hotel :-)
    Breakfast @ airport subang, tengah tunggu flight & dlm flight.

    Lepas beli tiket baru studi pasal Batam.  Alamak baru perasan... itu BATAM.. BUKAN LOMBOK hahahaha aduh la super sengal!  Sebenarnya nak gi LOMBOK sebab abam suka pulau tapi tak apa lah.. BATAM PUN PULAU JUGAK.. tapi tempat untuk lelaki.. MAN PARADISE kaedahnya haha.
    Yng Kee Restoran Sup

    Batam ni banyak tempat shopping jah.. tak banyak produk indonesia yang boleh dicari.
    Frust di situ!
    Batam ni sangat dekat dengan Singapore & meme ramai orang Singapore shopping di sana + buleh naik feri jah dari Johor tu.
    Penerbangan Subang-Batu Putih (Batam) pukul 10.15 pagi mengambil masa 1jam 20menit sajo.
    Tapi delay so fly pukul 10.50pagi, sampainya 11.10pagi (waktu di sana lambat 1jam dari Malaysia).
    1st time saya naik Firefly ni.. errr pening palo den huhuhuhu sorry to say! 
    Imigresen airport sangatlah lembab, dahla ada 2kaunter jah.. lembab plak tu erkkk!
    Handbag tu tak tau nak beli yg mana 1, takut mak tak berkenan.. sudahnya grab yg belah kiri tapi mak cakap besor.. adus nak kecik mana lagi?

    Keluar je dari airport, sorang supir tanya nak gi mana.  Kami cakap nak gi TRINITI HOTEL.  Dia tau & dia nak RP85,000.  Mak oii mahalnya?  Banyak kali jugak dia pujuk.  Abam pulak ajak redah cari cab kat luar.  Masalahnya kami kurang studi so nak redah kut celah mana?
    Kami bargain dapat RM80,000 tapi kami rasa still mahal.
    Sudahnya dia amik passanger lain & tiba-tiba supir lain datang offer.  Dia kata ok la kalau supir tu bagi RP80,000.. ini last saya bagi RP75,000 (RM25), terus dia pergi amik cab dia.
    Malu iolsss.. cab TOYOTA VIOS ok.. sedangkan iolss pakai vios pun terasa macam dah mahal.. Indonesia buat cab je kahkahkah!
    Ramah le supir tu, nama apa tak ingat.
    Macam fasih gila cakap melayu walaupun dia tak pernah datang Malaysia pun.. nak je tanya orang malaysia ka mula2 tu haha.
    Tapi dia tau la pasal Malaysia semua2.  Siap kata ore Kelate keras hati pasal politik.. kakakak itu machiammm kaaa?

    Dia tanya kenapa pilih Triniti.. lainkali kalau nak gi Batam, takyah book thru internet.. tipu je semua tu.. biasalah nak lakukan hotel dorang.  Dia kata biasanya SUPIR TAHU LAH NAK BAWA KAMU KE MANA.  KAMI LEBIH ARIF DI SINI.  KAMI TAHU HOTEL MANA YANG BAGUS UTK KAMU.  BOLEH SAJA CARI HOTEL BAJET YANG LEBIH MURAH & BAGUS DARI TRINITI. 
    Mula-mula terpengaruh juga tapi ingat balik review blogger kata jangan percaya supir.. baru la kami neutral balik.  Saje le supir tu nak bawa ke hotel yang dorang buleh komisen hehe.

    Budak jual DVD kat matahari mall.. ensem kan?  Asal medan hehe

    Airport ke Triniti Hotel amik masa 20menit.
    Bandar le Batam ni, tak nampak kampungpun.
    Supir offer gi hantar lunch sup ikan yang glamer tu.
    Dia mintak RP100,000 RM33) jah semua sekali tapi dia suruh check in dulu.
    Kami setuju.

    Masa pergi hotel macam jauh, supir kata "biasalah, memang jauh dari centre", tapi bila tengok flyers hotel.. 200meter je ke Matahari Mall tu!

    Kami dihantar ke Yong Kee (resto sup ikan)... alahai dekat je!  Cisss tak berbaloi bayar 100,000!
    Abam pun kata bukan sedap pun (walau orang rekemen).. saya makan je.. sup ikan tu rasa ikan bilis kekekek. Order sup ikan, tomyam campur, nasi 2pinggan, sayur & 2jus buah RP116,600 (RM38).  Mahal gile ok!  Sangat! 
    RP5000 sajo.. murah tapi tak kenyang le ekkekeek.

    Then jalan-jalan ke Lucky Plaza.. ala-ala Low Yat la.  Tapi kami bukan nak beli apa-apa gajet pun so pergi Matahari Mall / Nagoya Mall.  Mak oii besarnya.. sesat barat kitorg masa nak keluar balik.
    Bilik hotel kami.. selesa :-)

    Shopping aje la.  Tak ada la murah sangat tapi meme syurga untuk pecinta barang branded fake la hahahaha.  I'm not into it!  Just beli high heel RP75,000 & sling bag RP75,00.  Then beli handbag Polo kat mak RP175,000. 

    Abam pulak siap beli kain pelikat.  Cantik la, kat malaysia tak ada.  Dia beli 6helai.. jual kaedahnya :D
    Pastu tak ada apa la (mungkin sebab saya bukan kaki shopping sangat, so a bit boring le hehehehe!).
    Lepak kat Raja Kopi.  Bakso + tehobeng RP5000 (RM1.60) saja oke!  Tapi lekat celah gigi la.. tak kenyang.. 5 6suap je dah habis huhu.

    Malam di hotel kami.  Depan hotel ni ada futsal :-)

    Balik tu sesat barat & dikejar supir.  Yang bestnya kami gi tanya kat pondok polis dorang kat mana muahaha.
    Nasib la pak polisi sangat membantu!
    Rasanya lebih 5km kitorg jalan haritu (termasuk dalam soping complex la muahahaha).
    Dinner @ restoran DAPUR UNIK.. rekemended speciall air aloe vera he he he!

    Balik tu rehat dulu le!
    malam keluar balik pergi resto DAPUR UNIK.  Is a must try.
    Abam cakap best.  Kami order ayam penyet, sup ayam, nasi goreng, teh tarik & air alovera (sedap!) baru RP78,000 (RM26).. meme rekemended lah!

    Balik tu tanya orang hotel mana tempat menarik & dorang dah ada supir sendiri.
    cuma kami je la kena bargain berapa2.  Sangat helpful la :-)

    Sambunggg!