Mahu pulang ke malaysia!
Nak beli aksesori tapi orang sebelah tak kasi :-(
Sebelum kami pergi ke
airport, saya minta tuktuk hantar ke Russian Market.
Januari 2012 dah pergi
tapi sebab pergi lewat petang maka banyak kedai tutup so decide tak payah masuk
langsung.
Barang antik
Basahkan tekak dulu
minum air kelapa.
1st time
jumpa kids mat salleh, tak pernah lagi saya jumpa budak-budak kecik spesis
kulit putih kat sana.
Comel gila.
Jom minum air kelapa dulu!
Lepas tu baru memburu.
Macam-macam barang ada,
cakap je nak apa?
Baju, tshirt, seluar di
dalam, seluar di luar, tayar, cadar, souvenir, perabot, peralatan semayang
dorang, kasut, handphone, emas, barang antic, hardware, paintings, cik vavi,
sayur, ikan, beg.. oihhh banyak aaaa tak terkira nak lists.
Budak mat salleh yang chomel gile
Mula-mula saya ronda
dengan orang sebelah, macam tak reti nak beli apa.
Sebab saya pilih je dia
tak berkenanan, sudahnya saya suruh dia tunggu dalam tuktuk jah, saya nak jalan
sorang-sorang. Bukan sebab rimas tapi
saya rasa macam tak reti membeli kalau dia ada erkkk.
View dalam russian market
Pusing punya pusing
sorang-sorang, saya tangkap 3helai long sleeve.
Brand H & M uolss hehe.
Kedai 1st tu
$4 pastu gi kedai 1lagi tangkap 2helai dapat le $5.. murah kan? :D
Kat Malaysia jangan
harap le nak dapat price camtu!
Macham machammm adaaa!
Bawak gapodio tu?
Lepas tu terus pergi
airport.
Gaduh dengan driver
tuktuk.
Mula-mula dia setuju
tour sampai airport tu $15 so kami bagi la $20 so that dia bagi balance $5 tapi
bila kami mintak, dia taknak bagi.
Berang la kitorg, terus saya rampas balik $20 & bagi $15. Dia macam terpinga-pinga. Geram betul.
Dia tak faham English.. susah!
Dia tipu kami, mula-mula cakap blh English.. arghhh! Kami tak beri waima 1riel tips pun kat dia,
ye la… tak faham! Nak mengejar passanger
je!
Beg kami berdua.. sebelah sana dah panjang queue nya, pergi mana ntah
Patutnya flight kami
4.45petang tapi kaedahnya delay 1jam.. jenuh la menunggu!
So lepak-lepak bodo je
la kat sana tak buleh nak buat apa pun selain tengok gelagat orang dan gelagat
diri sendiri muhuhu.
Padahal beg pink tu boleh je buh dalam cabin tapi malas nak bawa, berat buku hhuhu
Full jugak flight
petang tu… pukul 5.50pm baru gerak.
Ohhh syahdu nya..
tiba-tiba buleh nanges di bahu orang sebelah sebab terlalu sedih sebab takmau
berpisah dengan dia, ye la 7hari in a row bersama dia, tiba-tiba nak berpisah,
tak ke sedih tu?
Errr buleh camtuh? Padahal
lepas tu boleh je selalu jumpa.
Tapi orang sebelah tak
pujuk pun.. malu aiii kat passanger sebelah huhu.
Pandai tak kami bajet? Kami share luggage 25kg & hasilnya ialah 23.8kg :D
Sampai LCCT lewatlah
petang tu..
Penat semua ada la.
Si Ayu tunggu kat balai
ketibaan sebab nak amik Lonely Planet dia tu.
Sedih nak balik Malaysia ke bang?
Sorang makan sate, sorang makan pancake hmmm
Sedap gak sate ni weh~
Lepas tu saya naik bas
terus sebab lambat-lambat karang sampai rumah lambat, penat!
Sebelum naik bas,
kejadian diluar kawal berlaku.
Ahehehehehe mungkin sekali je seumur hidup berlaku.... (terlopong kejap kan bangggg?) :D
Jom menjamu selera!
Alih-alih dah sampai
rumah abang.
Ooo cepatnya masa berlalu,
kalau boleh masih mahu berada di kemboja.
Tak apa, insyaAllah panjang umur murah rezeki, saya pasti akan pergi
lagi.
TAMAT!