Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

31 January, 2013

Soyak ke Koyak?

Last week jalan-jalan cari perabot terpakai di Pasir Mas, maklumlah kita bukan artis / selebriti / sport star untuk di sponsor kan?  Yang kurang duit makin kurang duit, yang kaya bertambah lah kaya... whut a cruel attitude! Ahaks.

Tiba-tiba, terjumpa perkataan ni kat plastik sofa:

WARNING:  DILARANG SOYAK PLASTIK INI!

Sungguh pekat keKELANTANAN nya hahahah.
Siapalah agaknya penulis di plastiK ni ya?  :))

29 January, 2013

Mundok, Thailand

26 Januari 2013 (Sabtu)
Mundok, Thailand
Gambar tak banyak, malas nak snap erk!

Dari jeti di Mundok, Thailand.. seberang tu Kelantan.. banyak gila kereta.. manusia pun ramai (termasuk lah saya yang menyemak haha)

Ini buat kali kedua saya menjejakkan kaki ke Mundok, Thailand.
Ceyyy cakap macam jauh je Mundok tu kan?
Padahal orang lain tiap-tiap minggu pergi Mundok beli barang gamaknya hehe.

Kedai ni jual barang RM1-RM2.. lebih dari tu pun ada (kottt!)

Saja nak pergi jalan-jalan, bukan nak beli apapun.. nak jamu mata je.
Anggap je la macam pergi Rantau Panjang @ Pengkalan Kubor.

 Masa ni pukul 11lebih... sesak eh nak jalan!

Cuma ada di antara barangnya tak ada jual di Malaysia.
Ada jual kedai perabot, mereka juga buleh hantar ke Malaysia (kelate la maksud saya!).
Cuma design perabotnya agak out to date la, sepesen je huhu.

Saya singgah makan mee + kuey tiow sup.. pedas derrrr!
Macam-macam makanan Thailand ada kat sini.
CD lucah pun ada jual secara terbuka!

ala-ala parabola gitu!  Alah saya amik channel astro famili pakej yang sikit tu pun tak abis tengok, inikan pulak sampai beratus-ratus channel!

Naik boat dari jeti tu RM2 je pergi balik.. tak sempat panas pun muntot dah sampai hahaha.
Ala kalau nak laung dari jeti pun memang dengar!
Dulu tutup sekejap Mundok tapi bukak balik.. gila kentang ramai orang.
Kalau nak pergi, sila lah sampai 8pg dah tercongok di Mundok sebab semalam saya sampai 10.15pagi.. super duper payah parking & jem terlampau uolss!

Kedai 2hinggit!~

Saya nak beli baju tapi sebab merajuk dengan 'orang sebelah' maka tak beli.. tapi ok la, selamat la poket saya kihkih.  Cuma beli tudung jah selai RM27.  Buleh guna RM & mereka pun meme kecek kelate.. no problem at all.

Next time nak pergi lagi (kalau diizinkan orang sebelah huhuhu).

25 January, 2013

Kampuchea Day 4 Pt 1- Kg Phluk

Kampuchea Day 4 Part 1
14/11/2012 (Rabu)
Kampong Phluk, Floating Village

Pemandangan dari arah Bliss Villa Hotel Siem Reap, kids @ kedai makan, breakfast nasik ayam & us.


Kami semua bersetuju untuk masuk ke Kampong Phluk (23km dari Siem Reap).
Seperti biasa kami mulakan aktiviti seawal pagi.
Sarapan nasi ayam dulu le kat gerai.. karang ada yang muntah darah naik bot hehe.


Selepas sarapan, terus bertolak ke Kg Phluk, walaupun hanya 23km tapi ambil masa lama juga untuk sampai.  Faham-faham ajelah jalan di sana cemana ;-)
Kali ni pergi dengan van.. kalau pergi dengan tuk tuk, mahunya 1jam baru sampai hehe.


Pada asalnya itinerary kami ialah ke Kampong Khleang Floating Village sebab tempat tu cantik sangat,
tapi memandangkan kami ni budget traveller, maka lupakan hasrat tu.
Lagipun jauh.  Entrance fee hampir USD45 hu hu hu.


Kampong Phluk ok juga.  Kami tak pergi Tonle Sap sebab saya & faridah sudah pergi.. tertido-tido dibuatnya huhu.


Memandangkan kami pergi waktu pagi, maka tidak ramai tourist time tu.
Kami ambil boat kecil sahaja yang buleh memuatkan 5penumpang.

Bayaran masuk ke Kampong Phluk Floating Village ialah (errr tak ingat la pulak hihi) tapi tak sampai $25seorang sebab kami ber4.  Kalau lagi ramai, lagi murah lah :D

Mula-mula naik boat ni.. a bit boring, rasa nak tertido pun ye jugak sebab tak ada apa-apa pemandangan,
rasanya dalam 15minit juga boat gerak kiri kanan kosong.  Saya ingatkan memang macam tu hihi.

Kelihatan seperti di pasar pulak kan?  Perempuan-perempuan dalam sampan ni sebenarnya menunggu tourist untuk dibawa ke dalam paya bakau :-)
Ada juga kanak-kanak yang ikut ibu mereka.. kesian mereka tak bersekolah :-(
Saya dapat ibu yang bawa anaknya pakai baju tidur yang sudah comot, lusuh & kotor.
Saya bagi gula-gula kat dia.. dia tersenyum happy :-)

Tak lama kemudian, baru lah nampak bangunan (eh bangunan lah sangat)..baru nampak floating village.
Mula-mula sekali kami nampak floating school.
Ada 2 3orang yang tumpang tu stop kat situ.


Makin lama makin nampaklah rumah-rumah tu, baru la celik dan segar sikit mata.
Baru nak rasa excited.  Macam-macam lah aktiviti dorang kat situ.


Dari masak bergotong royong, bertukang, basuh pakaian, bela cik bib (vavi) kehkeh, repair jala & macam-macam lagi lah seperti hidup di daratan la.

Punca utama pendapatan mereka tu lah, tangkap ikan pastu jual.. jual sayur-sayuran, mintak sedekah.
Yang perempuan pula bawa sampan.  Sangat sukarla kehidupan mereka.
Kita patut bersyukur hidup di Malaysia serba serbi ada.

Di Floating Village tu pun ada restoran juga oke!
Tapi malangnya kami tak dibawa masuk betul-betul ke dalam kampung lagi sebab air surut.
(ada lah airnya tapi tak lah dalam).
Agak kecewa sebab saya bawa banyak junk food untuk bagi kat kanak-kanak tu.

Lepas tu driver boat berhenti kat tengah-tengah tu untuk tengok pemandangan Kampong Phluk tapi kami request tak payah lepak lama sangat la.. boring hihi lagipula kami kan nak pergi Angkor Complex petang tu.

Maka gitula serba sedikit (sebenarnya malas nak taip panjang-panjang.. tengok gambar je la ye huhu)

Kalau boleh nak merasa duduk situ sebarang 1-2hari.. nak merasa kepayahan hidup mereka tetapi apakan daya :-)

Bersambung....

23 January, 2013

Worldless Wednesday- Teaser Kad Kahwin

Teaser:  59 hari lagi.....

Kad kahwin pengantin perempuan

Kad kahwin pengantin lelaki

22 January, 2013

Kena gi Mahkamah Syariah

Semalam saya ambil cuti kerana kena bicara di Mahkamah Syariah.
Hoh kenapa?  Ehehehe jangan panik.. saya pergi dibicarakan untuk memohon Wali Hakim sahaja :-)

Minggu lepas saya submit borang kebenaran berkahwin + borang permohonan wali hakim.
Maka mahkamah tetapkan pada 21/1/2013 (Isnin).. redha je pergi sebab saya sebenarnya ada kursus di PCB.. sedih sangat tak dapat pergi dengan geng-geng, tapi tak apa lah, yang penting selesai hal-hal kahwin dulu hehe.

Mahkamah tetapkan tarikh ni

Saya kena pergi bersama 2orang saksi yang tahu bahawasanya saya ni anak angkat.
Maka mami suruh saya bawa seorang kawan baik arwah abah & seorang pakcik saudara saya.
Make sure saksi tu tahu la bahawasanya saya ni anak angkat.
Sebelum permohonan, mahkamah perlu copy i/c saya, saksi & tok imam mukim saya.

8pg++ pun dah ramai

Hakim bernama Zahari bicarakan saya.
Kena masuk 1by1.

Soalan kepada saya:

  • Datang tujuan apa? :  Nak mohon wali hakim
  • Kenapa?:  Saya anak angkat
  • Bila nak kahwin?:  23 Mac ni
  • Duduk di mana?:  Kat KB ni jah
  • Di mana?:  Kg. Pendek (di sebut as PENDIK)
  • Ayah kandung siapa?:  Tak kenal
  • Pernah jumpa?:  Tak pernah
  • Mohd Noor dalam I/C kamu ni siapa?:  Ayah angkat
  • Dia datang ke?:  Dia dah meninggal
  • Bila meninggal?:  Tahun 2007
  • Ibu kandung datang?:  Tak datang
  • Dia di mana?:  Tak tahu, tak pernah kenal juga
  • Sejak bila jadi anak angkat?:  Sejak lahir
  • Mohd Noor ni bapa ke?  (sambil merujuk copy i/c saksi):  Bukan, dia saksi tapi nama sama dengan ayah angkat saya
  • Datang dengan siapa?:  2saksi dan emak angkat
  • Tok Imam datang?:  Tak datang
  •  Siapa nama Tok Imam?:  Errr saya tak ingat nama, kena refer borang (adus sengal tiba-tiba tak ingat nama tok imam.. rasa nak sekeh diri sendiri huhu).
  • Ok, Tok Imam nama Abd. Ghani.  Imam mukim mana?:  Mukim Pendek
  • Kita nak kahwin dengan siapa?  (kita tu refer kepada saya):  Rofizi bin Razali
  • Di mana:  Kat Kg Pendek.
  • Saksi tu siapa?:  Sorang jiran, sorang bapa saudara
  • Bapa saudara kandung?:  Eh bukan, bapa saudara angkat
  • Kita kerja apa?:  Kerja sendiri
  • Kerja sendiri tu cemana?:  Ambil upah.. kerja kampung.
  • Tak... kita sendiri tu.. kerja apa?:  Ohh.. saya ke?  Saya setiausaha (adus saya udahlah blur.. jangan le guna gantinama KITA.  Kita tu untuk gantinama diri yang bertanya.. tapi cakap dalam hati je la hehe).
  • Kerja di mana?:  Di Jabatan Kesihatan, Wisma Persekutuan
  • Di mana?:  Wisma Kota Bharu
  • Bila kita tau yang kita ni anak angkat?:  Tahun lepas
  • Cemana buleh tahu?:  Mak angkat cerita
  • Ada adik beradik lain?:  Ada, abang
  • Berapa orang:  Seorang
  • Kita yakin dengan kenyataan-kenyataan ni?:  Yakin
  • Ada apa-apa lagi nak utarakan?:  Tiada
  • Panggil saksi kita masuk seorang:  Ok terima kasih.
                                         

Itu aje la soalanpun.  Lebih kurang 15minit jah.. lama tu pun sebab hakim duk menulis kenyataan.
Soalan untuk saksi lebih kurang aje dengan soalan saya, cuma ada lah soalan lain-lain.

Lepas tanya kedua saksi, hakim panggil saya masuk semula dengan lafaz dia berpuas hati dengan kenyataan & mahkamah meluluskan permohonan wali hakim.
Alhamdulillah, boleh kawin dengan "orang sebelah" hehe.
Patut tok imam datang sekali tapi missunderstood maka takde la saya inform tok imam datang huhu.
Saya kena bayar RM10 untuk proses & RM50 untuk borang istikhlah.

Lepas tu balik BRUNCH (Breakfast + lunch)... hantar saksi balik& terus pergi rumah tok imam submit borang 'orang sebelah pulak'.  Nasib tok imam tak soal banyak pasal borang tu sebab orang sebelah kan 'special case' heheh.

Saya dan 'orang sebelah' sama-sama ada special case.. semoga perjalanan ini dipermudahkan olehNya :-)