Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

29 September, 2012

Bonusss oh Bonusss!

Mula-mula excited bila dengar bonus akan diberi 1 1/2 bulan gaji.
Sekaliii... balance bonus akan diberi 1bulan je lagi (sebab 1/2 dah diberi masa raya haritu).
Isk isk isk pasrah.


Sekali lagi dapat tahu lagi bahawasanya bonus akan diagihkan sebanyak 2x iaitu pada Disember 2012 & Januari 2013.  Adoiiii frust makkkk!


Makkkk nak kahwen... bagi sekaligus bulan Disember je buleh tak?  Huwaaaa!

28 September, 2012

Kursus Kahwin Yang Limited On Weekend

Tadi 'ORANG SEBELAH' sebut pasal KURSUS KAHWIN selepas berbincang mengenai bab nikah-kahwin ni.
Saya terus tepuk dahi "ya Allah... terlupa langsung kena gi KURSUS KAHWIN"... hahahah boleh macam tu? 

Terus saya google maka terjumpalah jadual 2012 tapi agak frust sebab kursus yang dibuat pada hujung minggu (jumaat-sabtu) sangatlah limited.  


Saya tak boleh pergi hari kerja sebab cuti saya ada 7hari aje lagi.
Saya paksa 'ORANG SEBELAH' teman pergi kursus kahwin walaupun dia dah tak perlu pergi lagi dah pun sebenarnya (special case) :P
Mahu tak mahu... kena temankan juga ye? hehehe.

27 September, 2012

Membawa Diri

Pada Khamis-Sabtu minggu lepas (20-22 September 2012),
saya telah membawa diri ke suatu tempat (di luar Kelantan) kerana ingin menenangkan minda / otak / jiwa dari segala masalah-masalah yang sedang dihadapi.

 Cuba teka di mana saya? :-)

Saya tidak memberitahu sesiapa ke mana saya pergi.  Kalau ada pun, saya tidak memberitahu di mana saya berada.  Saya reject segala call.   Saya tidak ingin diganggu. 

Saya rasa sangat tenang dan kalau boleh tidak ingin balik untuk seketika.

26 September, 2012

Farewell

Gambar selepas farewell (untuk yang bertukar pejabat & bersara).
Di adakan di Hospital (di KB) di mana tempat saya bekerja selama 7bulan & kemudian saya ditarik semula ke Ibu Pejabat (juga di KB).
 Nasib baik tak kena berucap, saya dah la ada stage fright heheh.
Gambar semasa di farewell tak ada sebab lupa bawa tablet hmmm.
 Inilah hadiahnya.. telekung berbunga dark purple (tak nampak dark pula).

Terima kasih diucapkan.. rindu kerja di Hospital (sebab boleh buat OT- masyukkkkk!) hehe.