Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

27 July, 2012

Misi Sinar Harapan Hari Pertama

20/7/2012 (Jumaat).
Inilah kali pertama dalam hidup saya melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan (ada ke perkataan ni?).

Saya bertolak dari rumah usai sahaja Solat Jumaat bersama kawan baik saya iaitu Fizi & meet pointnya adalah di salah sebuah rumah saudara K.Elly di Rantau Panjang.
Saya sampai 3ptg seperti yang dijanjikan.

Dan apa yang menariknya ialah ITULAH KALI PERTAMA KAMI SEMUA BERSUA MUKA (kecuali kak elly & sepupu sepaatnya lah).  Sesi takruf dahulu dan whut a small world?  Saya adalah saudara mara kak elly juga, laaaa!  (tapi belum disahihkan lagi kesahihannya betul @ tak!)
Jalan kampung..masukkk nunnn ke dalam
Oleh sebab baru dapat info mengenai keluarga yang akan menerima sumbangan, maka kami agak kelam kabut apabila terpaksa membahagi-bahagikan semula antara barang yang hendak disumbangkan.
Kak elly membuat pertambahan telekung, kain pelikat, kain sarung, milo, susu & kopi.
Pada hari itu kami konvoi dengan 3buah kenderaan.

Karipap daging rusa

Tempat persinggahan pertama kali ialah di sebuah kedai di Rantau Panjang kerana kedai itu hendak meng'sponsor' 2pack meehun goreng.  1pack tu ada 12paket maka dapatlah 24paket.. alhamdulillah :-)

Promote meehun hehe
Selain dari itu, kami juga sempat merasa karipap daging rusa.  Saya tak tau apa rasa sebab saya memang tak suka makan karipap.. erkk!  Kami juga diberi Santan Wangi dari hasil minyak kelapa sawit :-)

Rumah penerima sumbangan pertama ialah keluarga Encik Hamat di mana 1rumah mereka dihuni seramai 13orang (bakal 14 tidak lama lagi) & anak-anaknya masih kecil.
Mula-mula saya dengar, agak terkejut juga kerana rumah usang itu didiami seramai 13orang termasuk ibu, bapa & anak-anaknya.

Encik Hamat ni dikira kategori OKU & hanya bekerja kampung (kalau tidak silap).
Kami sekadar menyampaikan sumbangan di luar sahaja kerana masih ada rumah yang perlu disampaikan.  
Bersama keluarga besar en. hamat
Bapa Encik Hamat sangat berharap sekiranya kami dapat menggantikan zink yang bocor itu.  Kami tinggalkan sedikit senyuman untuk mereka.  Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban mereka.  Kak Elly berjanji akan memberi baju raya pada anak-anak mereka nanti.
Hanya kenderaan kecil sahaja boleh masuk.. kenderaan besar tidak boleh!
Sudahlah jauh ke dalam kampung hmmm
Rumah kedua yang kami tuju pula ialah rumah En. Nik Ludin Nik Wok, yang mempunyai penyakit jantung.  Mempunyai 3orang anak yang comel & petah bercakap serta pandai pelajarannya yang berumur 10 (dapat no. 1), 8 (dapat no. 3) & bongsu 6tahun (sangat petah bercakap).

 Ketika itu, isteri nik ludin tiada di rumah kerana bekerja sebagai Pembantu Kedai.
Anak ke-2 Nik Ludin pun seperti tidak sihat.. nampak macam lemah tetapi masih belum disahkan sakit apa.  Keadaan Nik Ludin sesungguhnya memang tidak bermaya.

Larat ke bangggg?  hehe
Saya sempat melihat di sudut tepi rumahnya.  Rumah ini juga uzur.  K. elly juga berjanji untuk memberi baju raya untuk anak-anak nik ludin.
Sisi rumah nik ludin

Siapa pula yang kenduri durian di tengah-tengah jalan ni ehhh?

Kak elly menemuramah nik ludin.  Comelkan anak-anak dia?
Kami sukarelawan di rumah nik ludin.

Pasangan suami isteri yang sakit
Seterusnya kami singgah solat dulu di Masjid (tak ingat kg apa).  Usai solat, jemaah-jemaah wanita tu tanya kami dari mana jadi saya beritahu lah mengenai misi kami & sorang makcik tu kata dalam ramai-ramai tu ada sorg ibu tunggal & dia mintak kami beri sumbangan tapi saya explainlah kami pergi ke rumah yang sudah ada nama.

Semasa borak tu, saya tanya di mana tandas?  Tiba-tiba sorang makcik ibu tunggal tu cakap "datang rumah makciklah sebelah ni aje.. nanti makcik pergi buka pintu.. makcik duk sorang-sorang je" & terus dia bangun balik rumah dia.  Saya rasa bersalah & kasihan tengok macik tu.  Jadi saya kata nanti saya beritahu Kak Elly kerana dia yang ketua.
Jadi saya keluar beritahu Kak Elly mengenai makcik tu.  Kami terlupa langsung yang kami banyak lebih meehun.  Kak Elly cakap barang kita ni semua cukup-cukup & tak boleh nak beri.  Tiba-tiba saya terpandang makcik tu berdiri di pintu rumahnya dengan rupa yang sangat berharap kami pergi rumah dia.  Saya rasa macam nak menangis.. saya rasa bersalah sebab tak dapat nak bantu dia :-(
& seorang lagi makcik kata kat Kak Elly harap sangatlah bantu ibu tunggal tu sebab dia memang ibu tunggal, duduk sorang-sorang.  Dia tak apa tak ada orang bantu sebab anak-anak memang bantu.  Jadi kak elly ambil no. telefon makcik tu.. Alhamdulillah, semoga misi seterusnya dapat membantu makcik ibu tunggal tu :-)

Seterusnya kami kerumah yang terakhir kerana ketika itu sudah pukul 6lebih.
Kali ni agak tersasar kerana kereta yang mengepalai tidak tunggu (sebab jalan sempit, tiada tempat untuk menunggu).

Isteri en. rosli & anak-anaknya
Apabila sampai, kelihatan sepasang suami isteri sedang duduk di laman rumah.
Pakcik tu memakai urine bag (if i'm not mistaken).. perutnya ditebuk kerana sakit (errr saya lupa sakit apa) & makcik itu pula demam.  

Misi kali ini sebenarnya nak membantu anak pasangan suami isteri ini yang bernama En. Rosli kerana mereka hidup susah.  Rumah (selayaknya di panggil pondok sahaja) :-( mereka tiada bekalan api/air.  Hanya menumpang bekalan dari rumah ibu bapa mereka sahaja (yang juga tidak sihat).

Keluarga en. rosli
Rumah ini yang paling saya sedih tengok pada hari itu kerana rumah mereka tidak mempunya bilik.. hanya ada ruang tamu yang ditutupi separuh dinding & di sebelahnya pula ialah dapur. 
Keadaan di dalam rumah..  hanya sebesar ruang tamu rumah saya :-(
Saya tidak dapat bayangkan kerana itulah tempat mereka tidur, berehat, makan, menonton tv & sebagainya.  Tv itupun diberi oleh orang.  Mereka juga mempunya 3orang anak yang masih kecil tapi saya sedikit risau kerana apabila bertanya en. rosli mengenai pelajaran anak mereka.. en. rosli tidak tahu kerana dia sendiri pun tidak pandai.  Tanya ibu.. ibunya juga tidak tahu mengenai pelajaran anak-anak mereka.
Anak-anak en. rosli
Apabila bertanya anak mereka sendiri dapat no. berapa, dia pun tidak tahu.  Er saya rasa anak mereka patut mengambil tahu untuk mengubah nasib mereka suatu hari nanti.
Tandasnya di luar.. open air :-(
Oh ya, en. rosli ni adalah seorang tukang urut.  Maka pendapatannya mengikut berapa sahaja yang orang beri.  Isterinya pula juga berniaga di kedai makan tetapi pada bulan Ramadhan dia tidak bekerja.

Haippp... sempat lagi kucim ini mengorat inche fizi.. tak buleh takbulehhh!  Hehe!
Itu rumah terakhir kami pergi & akan bersambung esoknya.
Penat tapi puas kerana dapat membantu memberi sumbangan tenaga.
Balik dinner @ Jln Salor.
Terima kasih Fizi kerana jadi driver & belanja saya makan hehe  :D

22 July, 2012

Persiapan Sumbangan

Sebelum melakukan aktiviti kemasyarakatan, saya telah menyukarelawan diri untuk membeli segala barang-barang keperluan yang sudah SANGGARUSURI maklumkan kepada saya supaya beli apa dengan bekalan RM yang telah diberikan.

Membeli di Mydin & beberapa tempat borong
Beli di Mydin.. beli 10barang jadi harga borong :-)
 
Saya cuba iklankan di FB untuk sesiapa yang berminat untuk menyumbang tenaga membeli barang bersama saya tapi tiada.. biasalah kerja percuma tanpa bayaran.. tiada siapa yang berminat ;-)  (terlanjur kata lagi)

Keperluan harian
 
Tapi tidak mengapa, saya melakukan seorang diri membeli segala barang untuk 10keluarga.  Hanya 1hari saya ditemani mummy saya membeli barang dapur di Mydin.  
Lepas susun baru tak terasa semak
 
Walaupun penat tapi saya tetap rasa seronok kerana saya memikirkan keluarga-keluarga yang susah itu bukanlah senang untuk mendapatkan barang-barang yang ingin diberikan itu. 
Keperluan untuk 1keluarga
 
Walaupun kita ingin memberi kepada mereka, rasanya tidak perlu beli yang "murah-murah @ ala kadar"... mentang-mentanglah mereka tak mampu!  Biarlah mereka merasa seperti yang kita rasa juga, bukan kita je nak merasa yang sedap-sedap :-)
Phewwww mengambil masa 3hari untuk packing (ye lah saya kerja malam-malam baru pulang dari pejabat, mana nak sempat packing dalam 1hari?)
 
Benda yang paling sukar sekali untuk dapat ialah MINYAK.  Boleh beli 2paket sahaja jdi saya memburu beberapa kali di kedai & syukur kerana kawan saya Fizi telah meng'offer'kan diri untuk mendapatkan MINYAK & BUDU.  Akhirnya cukuplah semua.. alhamdulillah.. terima kasih kerana bantu saya :-)

Shampoo, bedak, ubat gigi, sabun basuh, sabun pencuci pinggan, sabun mandi & minyak gamat

Saya juga membeli barang keperluan diri kerana bagi saya ia tidak juga pentingnya.

Sejadah, kurung kedah, yassin & tasbih (order dari Beautiful Tasbih)


Saya dan mommy ada juga memberi sumbangan tetapi biarlah rahsia apa menda.
Memang ada dalam gambar-gambar di atas ni.. ehehe tak mahu expose.  Biarkan mereka gembira :-)

*gambar saya adalah dari kamera sendiri, saya ralat apabila gambar-gambar di atas yang saya masukkan di FB tanpa tagging diambil tanpa KREDIT, sebab itu saya tag di blog ni*

16 July, 2012

Sukarela je, tiada siapa paksa

Untuk pertama kali dalam hidup saya join SUKARELAWAN SANGGARSURI.
Sebenarnya sudah lama saya mencari tetapi kebanyakkanya di Kuala Lumpur jadi nak sumbang tenaga tu memang tidak dapatlah.

Baru 1/4 je yang beli ni.
 
Tugas saya ialah membeli barang keperluan untuk 10keluarga (RM100/keluarga).
Misi saya bersendirian sahaja kerana Kak Elly Sanggarsuri menetap di Kuala LUmpur dan pulang ke Kelantan sesekali sahaja. Manakala kawan-kawan lain tidaklah begitu berminat untuk menolong walaupun sudah war-war kan beberapa kali di FB, maklumlah tiada upah kan (maafkan saya terlanjur kata).

Saya sahut cabaran ini.
Sekarang dalam proses membeli lagi... aktiviti sukarelawan bermula pada 20-22/7/2012 ini di sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas Kelantan.

Sesiapa berminat dialu-alukan menyumbang bersama (tak kira wang, harta benda @ tenaga) :-)

10 July, 2012

Tuje Deka De Jana Sanammmm- sabah baaa

Sebenarnya kemalasan nak sambung travellog Umrah tapi nak juga selalu update blog!
View gambar-gambar gedik tak berapa nak gedik saya kat Sabah dulu aje ye bahhhh? :P
Asrama tempat tinggal:  UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Tarikh:  3-8/7/2012

 Abe Loh kito.. ada bola boling ke dalam perut tu bang?  kekeke
(depan centre point kota kinabalu)

 Penolong pengurus boling.  Penat derrrrr nak tunggu masuk boarding hall, udahlah delay 25menit!

Pengurus boling kami sporting gila bila belikan rambut palsu ni untuk abe loh :D
Pengurus boling is seorang doktor hehe

Goal keeper bola sepak, nasib bukan apek kan?  :P
Apa-apapun tahniah walau dapat gangsa :-)
  
Nama mamat ni saya tak tahu tapi player bola sepak + team dikir barat

Kelantan's footballer.  Harapan untuk emas tapi tak dapat... tidak mengapa, kita tebus 2tahun lagi di Melaka okehhh?!
Ni depan asrama kontinjen Kelantan (both male & famale room).

 Saya panggil dia BEGHUK.. kalau nak bergambar kena bayar RM1 for orang utan charity, tapi tak kisah.. saya bagi lebih kerana saya seorang animal lover (",)
Di airport Kota Kinabalu

 Kaum apa tak tahu.. gambar pada malam kebudayaan

Malas cerita panjang, bukan uols baca pun hehe!
Gambar-gambar di Sabah yang lain.. nanti rajinlah ya!


02 July, 2012

Jauhnya ku bersukan.....

Demimu Kelantan, ku sanggup terbang 2.5jam ke Kota Kinabalu hahahaha poyo tak?

Ni 1st time saya mewakili Kesihatan Kelantan dalam tenpin boling.
(kalau ada lumba lari, saya join tapi tak ada maka pilih boling)!

Rasa muak pula tengok semua baju sponsor adalah merah & inilah kali pertama saya ada tshirt merah setelah lebih 5tahun tak ada tshirt merah heh.
Apa-apapun KELANTAN BULEH heeee!

Bukan senang nak wakil Kelantan sebab pemilihan demi pemilihan di lakukan (sampai nak tarik diri sampai sekarang pun ada, sebab tekanan terlalu tinggi).
Sebenarnya saya sendiri tidak pasti siapa yang akan jadi PEMAIN SIMPANAN.
Kalau saya jadi pemain simpanan, saya redha... yang penting semangat kesukanan ;)

Saya akan pergi dari 2-9/7/2012,
maka tiadalah update blog :-)