Kampuchea Day 6
16/11/2012 (Jumaat),
Siem Reap - Phnom Penh - Shopping @ Central Market
Tibalah harinya pergi ke Phnom Penh.
Kali ni tuktuk seila angkor yang datang amik tapi yang bestnya tuktuk tu kami buat isi beg-beg kami je. Kami pergi dengan salim. Saja dera salim.. ye la, lepas ni tak tau bila lagi nak jejak kan? Huhu!
Pempuan tu tokey hotel.. sangat ramah, siap hantar kami ke tuktuk lagi ;-)
1st hotel masa kami pergi Sime Reap dulu... BUN SEDA HOTEL...sila stay sini kalau nak di BED BUGS kan hahaha
Van kami pukul 8.30pagi.
Salim sangat baik hati beri kami cucur badak pula.
Tapi saya & orang sebelah pun tak lupa untuk bagi tips untuk abe nasir & salim sebab banyak mereka bantu kami sepanjang di sana.
Satu-satunya kereta mewah yang kami jumpa di siem reap
Berpeluk sakan nampak?
Sebelum kami bertolak, orang sebelum siap peluk-peluk lagi dengan salim.. amboiiii tau la kat Malaysia pernah kerja kilang sama-sama hahaha. Whut a small world kan?
Duk depan sekali, sungguh tak menarik! Dah la tv kat atas.. pasang lagu.. 1ape pun tak faham
And tak disangka-sangka, kami dapat driver van yang kami naik dulu. Haaa kecut perut nokssss! sebab laju gila dia drive, dah la jalan tak berapa nak hensem kan hahaha. 2pm kami sampai… aci redah memang penat gile cari hotel sebab kami tak booking awal-awal. Padan muka hahaha. Rasanya kami pi mai pi mai dalam 1km ++ kot.
Lychee & milo dragon @ D'Nyonya Restaurant, Phnom Penh
Yang extreme nya ialah ada 1driver tuk tuk tu duk follow kitorang tanpa jemu.
Perasaan berbaur. Kesian + risau.
Kesian sebab dia mencari rezeki, urat semua timbul.
Risau sebab takut ditipu.
Memang follow walaupun kami kata taknak.
Walaupun rasa nak sebenarnya sebab panas gile oiiiii… dengan beg berat lagi.
Depan Central Market, Phnom Penh
Kami makan kat D’Nyonya Hotel dulu.. lapar weh!
Tp abe azrin tu agak ramai customer so tak layan le kami ni huhu.
Terjebak dengan Lonely Planet yang murah gila
Sudahnya kami decide stay kat LS Hotel (cheapest hotel yang kami dapat cari la.. lelain tu atas dari $18/day). Tapi ‘yang best’nya ialah dorang tak pandai English daaa!
So cakap macam ayam & itik je la :P
Bilik kami tingkat 3.. tiada lif, fuh berpeluh!
Bilek besar.. ala setakat nak tido je kan? :D
Memburu baju anak kecayangan :D
Lepas tu, saya & orang sebelah terus pergi shopping kat Central Market.
Puas hati sebab 1st time pergi haritu tak dapat pergi sebab tutup sempena CNY.
Nak bontot macam JLo.. sila lah pakai ye hehe
Saya beli Lonely Planet Sri Langka $5 je!
Lepastu kami beli langsir untuk rumah kami. As usual la bargaining hard hehehe.
Itu aje lah yang dibeli pun.
Memburu langsir.. bargaining hard.. rugi beli 2 bidang je.. chanteks!
Lain-lain tu… saya tak beli apa-apa le… orang sebelah beli baju untuk anak-anak dia.
Tak buleh beli banyak-banyak, bajet takde ni hehe.
Nak try jadi peniaga air tebu plaks
Tak tahu tourist dari mana.. main snap je ahaks
Sian pakcik ni kena periuk api.. dia minta bantuan untuk teruskan anak-anak dia sekolah so saya belilah 2buku tapi tak baca pun.. huhu
Tak tau jual mende!
L.S Gueshouse.. tapi dorang tak pandai speaking english waima simple english sekalipun huhu
Malam tu ingat nak pergi Surya Complex.. tapi alamak… 9pm dah tutup daaaa.. kami sampai betul-betul 8.55pm.. dah tutup pun. Phnom Penh ni boring la.. no night life!
Takkan nak pergi disco / pub pulak? Sangat le tak sesuai!
Sudahnya kami bali bilik le lepak-lepak jah. Si faridah awal-awal lagi tak turun sebab dia pening / sakit perut / muntah segala bagai hmmm.
Hasil perburuan kami.. ini jah, tak banyak pun
Wifi punya la hampeh.. kena duduk kat tangga level 2 sebab modem wi fi level 3rosak.. huhu sedeh!
Not recommended tapi kira dekat gak la.. walking distance ke Central Market tu tak sampai 10minit pun.
Banyak lagi hotel / hostel murah masa kami jalan balik dari Surya Complex tu.
Tapi memang takde dalam Agoda / booking la. LS Guest House ada hehe.
Double room @ L.S Guesthouse.. besar kan? :-)
Ok lah sambung!