Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

24 May, 2013

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Saya refer kepada web BABYCENTER.

1.  MENGIDAM-  belum lagi tapi rasa mcm nak makan je sokmo.  Asyik lapar je manjang.

2.  WARNA AREOLA MENJADI GELAP.
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
-errr gelap sikit aje kot-

3.  PENDARAHAN @ KEKEJANGAN AKIBAT IMPLEMENTASI
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda
-tak ada @ mungkin belum sampai masanya lagi kot?  erk-

4. KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
-memanggggg.. asyik nak terkucil jah!-

5. KELETIHAN
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 
-belum rasa lagi... lasak seperti sediakala huhuhu-

6. PAYUDARA MELEMBUT DAN MEMBENGKAK
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
-ya... rasa sengal.. jangan le sentuh.. seriyus sakit!-

7. DERIA RASA BERUBAH
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
-masa mula2 piyed delay.. meme rasa payau..minum air pun tak ilang payau tu.. sekarang dah ok sikit!-

8. MABUK HAMIL PAGI
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
-tak ada lagi.. hrp2 jangan le!  Ada le rasa mcm nak muntah tapi tahan je selagi buleh tahan-

9. TIDAK DATANG HAID
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
-saya regular so bila dah lewat benor.. kompiyus le jgk.  Dolu2 irregular tapi tiba2 regular hmmm!-

10. UJIAN KEHAMILAN YANG POSITIF
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
-memang positif- :-)


8 comments:

  1. Alhamdulillah
    Tahniah dekdaaaaaaa......hugs

    ReplyDelete
  2. ha, cepatnya..bagus2 beranak masa muda..aunty tumpang suka..jaga diri baik2 tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidaklah nak berapa muda sgt kak.
      Dah 30series :P
      Thank you so much ;-)

      Delete
  3. Alhamdulillah tumpang gumbira jg diri baik2 tau heeeee

    ReplyDelete