Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

27 May, 2013

Hanimun- Pasar Jodoh, Batam

2/5/2013 (Khamis).
Hari ke-2 ni nak jalan-jalan sekitar Batam.
 Menu breakfast di TRINITI HOTEL, BATAM

Dia quote RP600,00 (RM187) dari 9-6ptg (9jam).
Kami telan air liur.. errr rasa mcm mahal je lagipun kami nak amik 9pg-3ptg (6jam).
Pak Uncuk tanya nak gi mana.
So kami just nak gi:
 Menu lagi

-  Pasar Jodoh (katanya tak perlu pergi, tak ada apapun!) tapi KAMI NAK PERGI!
-  Miniature Park @ Bengkong Laut / Go-Kart / Polo Factory
-  Resort depan pelabuhan yang nampak feri dari Singapore
 Haaa jual emas open camtu je uolsss~

Tu je, so macam tak berbaloi le bayar mahal, lagipun semua tempat-tempat tu dekat je kecuali Resort area feri tu amik masa 40menit.
 Tak tau jual kuih apa.  Pastu ikan kering orang kata glamer kat sini tapi saya tak beli pun

Sudahnya kami deal RP450,000 (RM140) termasuk hantar kami ke airport esoknya, terus dia setuju.
Padahal dalam hati kami kata tu pun dah banyak sangat dia untuk uhuhu.
Ok kita cite pasal Pasar Jodoh dulu le.
 Pasar lambak.. jual hp open jugak & mug terpakai jual camtu je.. wow~

Pasar Jodoh ni tak jauh dari hotel kami, lebih kurang 10minit jah.
Pak uncuk tak bagi kami pergi sebab katanya tak ada apa.
Siap tanya.  "kamu mahu beli apa?  Sayur?  ikan kering & buah?  Tp tak apa la kalau sekadar mau pusing-pusing" so kami decide pergi.  Dah alang-alang sampai, pergi je la!
 Lemak lintah satoooo :P

Mula-mula berjalan tu tengok banyak LAUK BASAH / SAYUR / BUAH / LAUK KERING pastu cakap "aiseh rugi tak dengar cakap supir" tapi tak apa lah nak beli EMPING MALINJO, MESTI KAT PASAR JE ADA.  Jalan punya jalan, masuk la mcm kedai ok sikit jual pakaian / beg / hp / medan selera.  Baru lega sikit.. ingat nak shopping baju tapi tahan nafsu hehe.
Kiri:  jual alat2 sex .. gulp!
Kanan:  buang karang gigi tak perlu jumpa dokto gigi.. huwaaa

Masa abam singgah beli kemeja tu, abam tanya la peniaga tu mana nak beli EMPING MALINJA.  Org tu mcam blur.. rupa-rupanya EMPING MALINJO hehehe mana le tau!  Pastu dia kata cari dalam pasar (bukan luar) & dia bagitau estimate harganya ialah RP40/kg.  Bagus juga dia beritahu supaya kami tak tertipu :-)  Bagus orangnya.
Jual secara lambak jugak! 

Pusing punya pusing.. aish tak jumpa pulak dalam pasar.
Saya dah pening tengok dalam keadaan pasar yang busuk & sempit tu huhu.
Tapi abam redah je sebab meme tak tau kat mana.
At last.. GOT IT!  Abam borong 5kg.. semua untuk doktor.. untuk kami langsung tiada sebab abam tak makan huhu.
Abam membeli kemeja tu murah gila je ok!
Pastu saya nak beli jubah purple tu comel sangat tp kena beli sepasang dgn kemeja.
Saya tak kasi abam beli sbb kemeja tu sebab tak sesuai le kalu pakai gi jln2 huhu. 

Selesai beli emping malinjo, terus balik ke taxi tapi supirnya tak ada.. adoi tercongok pulak tunggu dia.
Kata 1jam.. kami pergi tak sampai 1jam pun heheh.  Rupa-rupanya dia pergi minum.
 Sekitar pasar batam.  CD jual camtu je ok & kucing tu comel.. mcm nak bawak balik Mesia je

Ingatkan dah lama tunggu (tak sampai 10minit pun).. nak masuk la dalam pasaraya tu (ala biasa le pempuan pantang tengok pasaraya akakakak) tapi fikir-fikir balik.. masuk kangggg lambat pulak keluar so decide tunggu aje la.
 Haaa mbik.. abam telah shopping emping malinjo 5kg utk doktor gigi di klinik beliau.. fuh berpeluh bawa~

Lepas tu baru pak uncuk datang.  Dia pun terkejut banyak yang kitorg beli hehehe.
Ye la, dah namanya pasar kan?  Bukannya lauk basah je ada.. macam-macam adaaaa! :D
Hire pak supir nama Uncuk (supir Triniti Hotel).

Lepas tu pak uncuk bawak kitorg ke resort berhadapan singapore tu tapi dia dah sound awal-awal supaya kalu pak guard tu tanya.. jawab je "nak survey chalet".. ye la kalu tak cakap camtu, takut depa tak bagi masuk.

Bersambunggg!

6 comments:

  1. Kelaka pulak kan..Pasar Jodoh namanya..ingatkan tempat org carik jodoh hehehe

    Byknya beli emping tu..sedap ke rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa ni sejarah asalnya memang tempat untuk cari jodoh.
      Sape2 yg gi sini, meme akan jumpa jodoh.. sbb tu lah dipanggil pasar jodoh.
      Betul ke tak, tak tau la hehe.

      emping tu pahit2 tawar gitu.. sedap gak :D

      Delete
  2. amboi kekdaa, berjalan sakan na? maklum dah ada abe di tepi..syok la tu..anyway enjoy yrself, nanti dh dpt baby payah dh nk gi mana kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh gitulah seadanya.
      Berjalan selagi buleh berjalan.
      Tp rasanya tahun ni ke batam la last jln.. pasni berehat.
      Kalu travel pun local je kot :-)

      Delete
  3. best ah animun kat obesi.... uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkt jah tu.. 1jam ++ sampai hehehe.
      Gi sabah lg lama :P

      Delete