Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

18 January, 2013

Last Minit Terjebak- AA Free Seats

Tengah buat kerja pagi semalam, tiba-tiba bos saya sebut "cari lah tiket tu"... dengan gatal jari, saya terus bukak web AA (padahal bos suruh staff lain cari tiket dia nak outstation haha).

 Tempat rahsia (rahsia lah sangat kekeke)

Banyak lah saya klik.. situ sini, tak puas hati sebab tiket murah tapi tak ada plan nak pergi mana sebab geng-geng ada yang tanak travel hujung-hujung tahun sob.
Banyak saya klik & dapat murah tapi tak yakin nak pergi berdua ke Filipina (teringin sebenarnya nak gi).

Tadaaaaa.... tiba-tiba excited sebab jumpa 1tiket murah, terus sms tanya 'orang sebelah':  AWAK SUKA PULAU KAN.. JOM KITA PERGI.. MURAH GILA WAK!


 Guna kredit kad maka mahal la pulok kena charge huhu

Dia kata beli je la hehehe so apa lagi dengan excited tanpa mempedulikan bos lalu lalang, saya focus beli tiket jah la kekeeke.

Baru puas hati saya!  Walaupun saya tak suka pulau tapi tak apa, demi abam terbucuk tercayam.  Honeymoon la kaedahnya tapi sapa-sapa nak ikut, sangat dialu-alukan :-)
Apa jadi november nanti itu lain cerita la.. kalau tak jadi pergi, tak lah burn pun.. tax kan buleh refund :P

20 comments:

  1. eh tang mne tax boleh refund? nak la jugak!!!! hehe

    akhirnya terrrrrgoda jgk. hehehhee uols tuh bru kwin, mmg sesuwei sgt le hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airport tax yang RM64 tu je buleh refund.. lelain tak buleh la huhuu.
      Buleh isi form kat web AA.

      Delete
  2. sama ngan saya..x da plan nak ke mana2 tp gatal2 tangan tekan2...website AA plak smooth aja...memang mengundang untk membelik... last2 belik jugak yg 0 fare.. wpon dah banyak kalik p ke destinasi tu, tp p jugak coz hubby saya sngat suka p situ.... so, ke sanalah kami 4 beranak ujung thn nanti...ha..ha..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ke mana tu eh?
      Nak kena terjah blog ni heheh.
      Tu la once kita dah suka tempat tu, rasa nak gi je kan?
      Same here.. rasa nak gila gi India tp nak gi kashmir.. sejuk skit,
      buleh guling-guling dalam snow hihi.

      Berapa rm utk 4orang tu?

      Delete
  3. setakat ni tak jumpa lagi 0 fare..
    [tp bagus pun tak jumpe..hahahaha ;p]

    ReplyDelete
  4. best best besttttttt....tahniah dik sbb dgn selambanya booking ticket masa keje n masa boss tengah lalu...hehehehehhee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kalau duk belakang, lagi giat saya beli kot.. ni dah pindah duk dpn.. malu la nak menggigihkan diri sangat :P

      Akak tak beli ke?

      Delete
  5. Bestnya dapat free seats..tapi charge2 lain tu plak x menahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal! Pasaipa la charge mahal sangat.
      Kalau tak 0 fares.. rm200++ kot.

      Delete
  6. wahhhhhhhhhhhhhhhhhh.. jelly nih dpt free seat.. napa la me tak pernah dpt.. ces..

    ReplyDelete
  7. Wah bestnyer :-) tumpang gumbira :-)

    ReplyDelete
  8. waaa dah ada plan hujung tahun.... saya tak tau nak gi mana la...tak cari pun uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti banyak dah trip ni.. sebab tu tak tau nak gi mana doh kan? :D

      Delete
  9. Wah bestnya, dapat jalan-jalan lagi. Saya dpt tgok pic2nya nanti, pun dah suka

    ReplyDelete