14/11/2012 (Rabu)
Kampong Phluk, Floating Village
Pemandangan dari arah Bliss Villa Hotel Siem Reap, kids @ kedai makan, breakfast nasik ayam & us.
Kami semua bersetuju untuk masuk ke Kampong Phluk
(23km dari Siem Reap).
Seperti biasa kami mulakan aktiviti seawal pagi.
Sarapan nasi ayam dulu le kat gerai.. karang ada yang muntah
darah naik bot hehe.
Selepas sarapan, terus bertolak ke Kg Phluk, walaupun hanya 23km tapi ambil masa lama juga untuk sampai. Faham-faham ajelah jalan di sana cemana ;-)
Kali ni pergi dengan van.. kalau pergi dengan tuk tuk, mahunya 1jam baru sampai hehe.
Pada asalnya itinerary kami ialah ke Kampong Khleang Floating Village sebab tempat tu cantik sangat,
tapi memandangkan kami ni budget traveller, maka lupakan hasrat tu.
Lagipun jauh. Entrance fee hampir USD45 hu hu hu.
Kampong Phluk ok juga. Kami tak pergi Tonle Sap sebab saya & faridah sudah pergi.. tertido-tido dibuatnya huhu.
Memandangkan kami pergi waktu pagi, maka tidak ramai tourist time tu.
Kami ambil boat kecil sahaja yang buleh memuatkan 5penumpang.
Bayaran masuk ke Kampong Phluk Floating Village ialah (errr tak ingat la pulak hihi) tapi tak sampai $25seorang sebab kami ber4. Kalau lagi ramai, lagi murah lah :D
Mula-mula naik boat ni.. a bit boring, rasa nak tertido pun ye jugak sebab tak ada apa-apa pemandangan,
rasanya dalam 15minit juga boat gerak kiri kanan kosong. Saya ingatkan memang macam tu hihi.
Kelihatan seperti di pasar pulak kan? Perempuan-perempuan dalam sampan ni sebenarnya menunggu tourist untuk dibawa ke dalam paya bakau :-)
Ada juga kanak-kanak yang ikut ibu mereka.. kesian mereka tak bersekolah :-(
Saya dapat ibu yang bawa anaknya pakai baju tidur yang sudah comot, lusuh & kotor.
Saya bagi gula-gula kat dia.. dia tersenyum happy :-)
Tak lama kemudian, baru lah nampak bangunan (eh bangunan lah sangat)..baru nampak floating village.
Mula-mula sekali kami nampak floating school.
Ada 2 3orang yang tumpang tu stop kat situ.
Makin lama makin nampaklah rumah-rumah tu, baru la celik dan segar sikit mata.
Baru nak rasa excited. Macam-macam lah aktiviti dorang kat situ.
Dari masak bergotong royong, bertukang, basuh pakaian, bela cik bib (vavi) kehkeh, repair jala & macam-macam lagi lah seperti hidup di daratan la.
Punca utama pendapatan mereka tu lah, tangkap ikan pastu jual.. jual sayur-sayuran, mintak sedekah.
Yang perempuan pula bawa sampan. Sangat sukarla kehidupan mereka.
Kita patut bersyukur hidup di Malaysia serba serbi ada.
Di Floating Village tu pun ada restoran juga oke!
Tapi malangnya kami tak dibawa masuk betul-betul ke dalam kampung lagi sebab air surut.
(ada lah airnya tapi tak lah dalam).
Agak kecewa sebab saya bawa banyak junk food untuk bagi kat kanak-kanak tu.
Lepas tu driver boat berhenti kat tengah-tengah tu untuk tengok pemandangan Kampong Phluk tapi kami request tak payah lepak lama sangat la.. boring hihi lagipula kami kan nak pergi Angkor Complex petang tu.
Maka gitula serba sedikit (sebenarnya malas nak taip panjang-panjang.. tengok gambar je la ye huhu)
Kalau boleh nak merasa duduk situ sebarang 1-2hari.. nak merasa kepayahan hidup mereka tetapi apakan daya :-)
Bersambung....
Best nya.. kalau akak sihat, sure akak nak join u buat activity cam ni.. budget traveler..must be fun kan. one more thing after my kashmir trip i dah ada experience that kalau nak have trip ke area2 yang cam ni, i bawak candies.. bagi kat depa2 ni. kesian...
ReplyDeletememang best kak.. food / sweets @ apa-apa makanan harus bawak.
DeleteDorang memang suka walau bagi 1biji.. sebab idup mereka tak senang utk dapatkan walau 1biji.
Ada sy baca kat blog siapa tak ingat (mat saleh punya), dorang masuk siap bagi alatulis, ye la sebab budak2 kat sana ada yang tak sekolah.
Lps kashmir gi mana kak?
Salam Dekdaa
ReplyDeleteGambor2 u tempek ni kecik bebenor....tak pueh Yong nak hayati....pinau bijik mater Yong meneropong...hehe...
Salam.
DeleteEhehe kak right click, besarlah gambar tu nanti ;-)
Tonle Sap akak tak pi,entah kenapa....penat tripnakak dulu maklumlah trip sendiri buat n pilih dari Sinh Cafe
ReplyDeleteahehe tonle sap is a must place to visit.
DeleteTp kalu tak gi pun tak apa, cuma tak dpt la tgk live dorg cemana ;)
Sy ni bkn pergi tonle sap.. tapi kampung phluk.
1lg floating village adalah Kampong Khleang :-)
saper cakap hidup di sini best sebab ada serba serbi? susah jugak tau sebab semua barang mahal, hantaran kahwin jer dah rm10k minimum now ni, belum masuk yang lain-lain lagi. eh...tersentuh pasal kahwin pulak dekda, hehe...
ReplyDeleteoooo hantaran kawen 10K tu ikut trend.
Deletekalu dia tak bg 10k.. dia akan rasa org mengata dia.. gitulah gamaknya hahaha.
Apa2pun.. hiduple secara WASATIAH.. tak perlu duk ikut trend sangat sampai buat loan bagai kalu nak kawen :P