Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

22 January, 2013

Kena gi Mahkamah Syariah

Semalam saya ambil cuti kerana kena bicara di Mahkamah Syariah.
Hoh kenapa?  Ehehehe jangan panik.. saya pergi dibicarakan untuk memohon Wali Hakim sahaja :-)

Minggu lepas saya submit borang kebenaran berkahwin + borang permohonan wali hakim.
Maka mahkamah tetapkan pada 21/1/2013 (Isnin).. redha je pergi sebab saya sebenarnya ada kursus di PCB.. sedih sangat tak dapat pergi dengan geng-geng, tapi tak apa lah, yang penting selesai hal-hal kahwin dulu hehe.

Mahkamah tetapkan tarikh ni

Saya kena pergi bersama 2orang saksi yang tahu bahawasanya saya ni anak angkat.
Maka mami suruh saya bawa seorang kawan baik arwah abah & seorang pakcik saudara saya.
Make sure saksi tu tahu la bahawasanya saya ni anak angkat.
Sebelum permohonan, mahkamah perlu copy i/c saya, saksi & tok imam mukim saya.

8pg++ pun dah ramai

Hakim bernama Zahari bicarakan saya.
Kena masuk 1by1.

Soalan kepada saya:

  • Datang tujuan apa? :  Nak mohon wali hakim
  • Kenapa?:  Saya anak angkat
  • Bila nak kahwin?:  23 Mac ni
  • Duduk di mana?:  Kat KB ni jah
  • Di mana?:  Kg. Pendek (di sebut as PENDIK)
  • Ayah kandung siapa?:  Tak kenal
  • Pernah jumpa?:  Tak pernah
  • Mohd Noor dalam I/C kamu ni siapa?:  Ayah angkat
  • Dia datang ke?:  Dia dah meninggal
  • Bila meninggal?:  Tahun 2007
  • Ibu kandung datang?:  Tak datang
  • Dia di mana?:  Tak tahu, tak pernah kenal juga
  • Sejak bila jadi anak angkat?:  Sejak lahir
  • Mohd Noor ni bapa ke?  (sambil merujuk copy i/c saksi):  Bukan, dia saksi tapi nama sama dengan ayah angkat saya
  • Datang dengan siapa?:  2saksi dan emak angkat
  • Tok Imam datang?:  Tak datang
  •  Siapa nama Tok Imam?:  Errr saya tak ingat nama, kena refer borang (adus sengal tiba-tiba tak ingat nama tok imam.. rasa nak sekeh diri sendiri huhu).
  • Ok, Tok Imam nama Abd. Ghani.  Imam mukim mana?:  Mukim Pendek
  • Kita nak kahwin dengan siapa?  (kita tu refer kepada saya):  Rofizi bin Razali
  • Di mana:  Kat Kg Pendek.
  • Saksi tu siapa?:  Sorang jiran, sorang bapa saudara
  • Bapa saudara kandung?:  Eh bukan, bapa saudara angkat
  • Kita kerja apa?:  Kerja sendiri
  • Kerja sendiri tu cemana?:  Ambil upah.. kerja kampung.
  • Tak... kita sendiri tu.. kerja apa?:  Ohh.. saya ke?  Saya setiausaha (adus saya udahlah blur.. jangan le guna gantinama KITA.  Kita tu untuk gantinama diri yang bertanya.. tapi cakap dalam hati je la hehe).
  • Kerja di mana?:  Di Jabatan Kesihatan, Wisma Persekutuan
  • Di mana?:  Wisma Kota Bharu
  • Bila kita tau yang kita ni anak angkat?:  Tahun lepas
  • Cemana buleh tahu?:  Mak angkat cerita
  • Ada adik beradik lain?:  Ada, abang
  • Berapa orang:  Seorang
  • Kita yakin dengan kenyataan-kenyataan ni?:  Yakin
  • Ada apa-apa lagi nak utarakan?:  Tiada
  • Panggil saksi kita masuk seorang:  Ok terima kasih.
                                         

Itu aje la soalanpun.  Lebih kurang 15minit jah.. lama tu pun sebab hakim duk menulis kenyataan.
Soalan untuk saksi lebih kurang aje dengan soalan saya, cuma ada lah soalan lain-lain.

Lepas tanya kedua saksi, hakim panggil saya masuk semula dengan lafaz dia berpuas hati dengan kenyataan & mahkamah meluluskan permohonan wali hakim.
Alhamdulillah, boleh kawin dengan "orang sebelah" hehe.
Patut tok imam datang sekali tapi missunderstood maka takde la saya inform tok imam datang huhu.
Saya kena bayar RM10 untuk proses & RM50 untuk borang istikhlah.

Lepas tu balik BRUNCH (Breakfast + lunch)... hantar saksi balik& terus pergi rumah tok imam submit borang 'orang sebelah pulak'.  Nasib tok imam tak soal banyak pasal borang tu sebab orang sebelah kan 'special case' heheh.

Saya dan 'orang sebelah' sama-sama ada special case.. semoga perjalanan ini dipermudahkan olehNya :-)

15 comments:

  1. Alhamdulillah selesai dah satu part ye dekda ..

    ReplyDelete
  2. fuyohhh sonoknyer nak kawenn.. eHHee, wak doakan muger2 selamat ye kejinjang pelamin.., aminn

    ReplyDelete
  3. Gep, kad kawin bile nak dapat nih ?? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad kawen tak siap lagi daaaa huhuhuhuwaaaa~

      Delete
  4. oo.. cengitu rupa prosedurnya...
    alhamdullilah dah abis satu step.. so next step apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next step... tok imam pegang je la borang tu sehingga hari akad nikah :P

      Delete
  5. so cmatu rupanya untuk sahkan wali hakim, baru tau, mekasih sebab kongsi cita :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana sudi berkongsi :) khamis ni giliran saya pulak kena bicara haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke?
      Good luck.. nanti habaq mai :D

      Delete
  7. kalau guna wali hakim mmg nikah dekat pejabat agama atau mahkamah ke? atau blh nikah di rumah atau masjid.

    ReplyDelete