Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

03 January, 2013

Kenangan 2012

2012 dah melabuhkan tirai.
Banyak lah kisah hidup yang saya dilalui, 1001 macam.
Orang kata kalau kenangan sedih / pahit / perit tu DON'T TURN BACK tapi itu cikgu terbaik kita, ye tak?  :-)

JANUARI
  • pergi kemboja 5hari (tengok sisi kehidupan susah rakyat-rakyat di Kemboja.  Menginsafkan).  Kenal kawan-kawan baru :-)
Terrace of Elephant, Angkor Complex, Cambodia

FEBRUARI
  • Bertukar tempat kerja dari Ibu Pejabat Negeri ke Hospital.  Memang impian saya sejak dulu bekerja di Hospital.  Jangan tanya kenapa kerana saya tidak tahu.  Bermulalah sisi TIADA KEHIDUPAN SOSIAL kerana saya terlalu sibuk.  Setiap hari kalau tak jejak 7.15pm memang saya tidak pulang ke rumah.  Overtime sorang-sorang.  Begitu juga weekend, memang saya pergi kerja.  Stress.. setiap hari menangis, sudahlah kerja terlalu sibuk, dapat pulak kakak sebelah yang tak boleh nak menolong langsung :-(  Yang bestnya ialah time ni memang agak masyuk la claim OT hehe.  Nak mengular tu memang tak sempat langsung la.
MAC
  • tiada apa-apa yang menarik rasanya bulan ni.  Birthday saya tapi tiada apa-apa pun.. seperti biasa sahaja.. sibuk dengan kerja.  Tapi sesekali saya pergi training boling yang diadakan pada hari kerja (sebulan rasanya 1-2x aje kot saya pergi, tu pun lepas training balik ofis semula. Gigih!)
APRIL & MEI
  • Umrah dengan Mami, Abe & Arwah Che Su.  Rindu berada di sana walaupun kami pergi ketika musim panas mencecah 41degrees.  Saya demam + batuk teruk.  Kat sana saya kena jab kat both muntut.  Balik tu MC 2hari.  Gunakan sebaik-baiknya masa di sana.. alhamdulillah dipermudahkan masuk Raudhah & berdoa dan terus berdoa tanpa jemu setiap kali lepas solat.  Bab-bab shopping pun ada juga (tak buleh lari dari shopping uhuhu).  1flight pergi balik dengan Adi Putra & Nora Danish (errr motif cakap?) :P
 Arwah Che Su, Abe, Mami & myself

JUN
  • Sibuk dengan training boling.  Terpilih ke Temasya Sukan Sabah la kononya kan?  Padahal main pun tak terer hehe.  Tapi still sibuk lagi dengan OT.  Walaupun tengah berkursus, bos tetap panggil balik ke pejabat.. oh my gucci!
Gambar sendiri tak ada, gambar penukang dikir barat je la ye?! 
Kelihatan 'orang sebelah' ada di situ.. tapi kan, time ni saya selalu kutuk dia dalam hati hihihihi!
  • Malas nak cakap tapi masuk dalam sejarah.  Jumpa balik my BESPREN masa form 3.  Tapi bila dah jumpa, tidaklah serapat dulu dah.  Ok enuff said... MY EX-BESPREN!  (Sakit di jiwa tidak dapat dirawat lagi)

JULAI
  • Temasya Sukan kat Kota Kinabalu (wakil boling but more into POMPOM GIRL.. i'm reserve only ekkekeek kan dah kata, tak berbakat!).  Happy sebab tak pernah jejak Sabah, tak apa tak main asal boleh pergi.. free, siapa tak nak kan? :D  Tak payah pening-pening fikir pasal kerja!  Dapatlah elaun sedikit dari Kelab Hospital :-)
 Airport Kota Kinabalu
  • Join sukarelawan SANGGARSURI.  Tak dapat menghulur wang ringgit tapi bagi tenaga pun sudah puas bagi saya.  Masuk-masuk kampung :)
 Susun barang sumbangan (di Rantau Panjang, Kelantan)
  • Me say YES to 'orang sebelah' walaupun berbulan-bulan lamanya selalu jumpa tempat training tapi sangatlah jarang bercakap.  Kalau bercakap dengan dia, mesti saya panggil dia ENCIK.. kahkhkah saya memang skima!  Jangan ditanya bagaimana boleh crush.  I don't have any answer.. so do him!  Saya tak ada lah nak layan sangat dia mula-mula tu sebab tak tahu dia dah SPECIAL CASE.  Erkkk!  Hehehhe!
Malu-malu kambeng lagi masa ni... sukarelawan.. masih kawan lagi masa ni :-)

OGOS
  • Join sukarelawan Sanggarsuri bagi duit raya & baju raya kat Rantau Panjang.. happy rasanya tengok dorang happy :-)

 Para sukarelawan di rumah kak Elly Sanggarsuri
  • Diserang di rumah oleh seseorang 1hari sebelum Aidilfitri.. sungguh tidak seronok!  Apa-apapun saya tidak bersalah!
  • Berhari raya seorang diri kerana mummy beraya di KL dengan abang.  Tapi tidak kesunyian sebab 'orang sebelah' menemani saya, terima kasih :-)  
  • Saya tidak butuh merahsiakan hubungan ini dengan keluarga maka saya beritahu abg, erkkk.. mummy + abe sudah suspek.  Nasib baik terima walaupun 'orang sebelah' saya dengan statusnya itu, sedangkan ex-ex saya sebelum ini KOMPIM BUJANG pun famili saya rejek erkkk :-)
SEPTEMBER
  • Saya rupa-rupanya baru mengetahui bahawa saya tidak pernah mengenali ibu bapa kandung saya & tiada harapan langsung untuk berjumpa mereka :-(
  • Masalah keluarga (atau saya sendiri yang memberi masalah?  erk!!!)
  • Sudahlah otak tengah serabut, ditukarkan semula dari Hospital ke Ibu Pejabat.  Tekanan perasaan!  Memang elaun naik tetapi saya tidak berminat bekerja di situ :-(
  • Membawa diri yang duka lara ke Cameron Highland tanpa pengetahuan sesiapa waima mummy & abg saya sendiri kecuali seorang kawan baik saya.  Betapa sedihnya saya ketika itu!
 Di Cameron Highlands

OKTOBER
  • Terlalu banyak gangguan & dugaan ketika ini.  Hati sentiasa sedih & ketakutan.. sentiasa di follow, sentiasa orang tahu pergerakan saya.  Tension!
  • Ibu saudara saya yang paling rapat dengan saya dipanggil Che Su  telah dijemput ke Rahmatullah.  Sampai saat ni pun rasa macam tak percaya sebab baru je menunaikan umrah bersama pada April / Mei yang lepas.  Moga roh beliau dicucuri rahmat.  Tapi sebelum dia meninggal, hubungan kami tidaklah sebegitu baik sangat :-(
 Kenangan naik unta di Dubai  (Che Su depan sekali)

NOVEMBER
  • Pergi Cambodia 11-17/11/2012 buat kali ke-2.  Happy bila dapat jejak ke rumah abg nasir & familinya di Mongkul Borey.  Rasa tak nak balik Malaysia je :P
 Keluarga abe nasir @ Mongkul Borey, Cambodia
  •  Bertunang pada 30 November 2012 (JUmaat).  Janji diikat selama 3bulan 3minggu 3hari dan akan akad nikah pada 23/3/13, bersanding 24/3/13 (birthday saya) & bertandang 25/3/13  (besarnya impak no. 3 kepada saya) :-)

Saya, mummy & bakal MIL.

DISEMBER
  • Dugaan datang lagi saya & keluarga tapi tempuhi dengan hati terbuka.  Kalau saya jahat, lama dah saya doakan dia mati.. elok masuk drama TANAH KUBUR huhuhu jahatnya saya!
  • Start beli barang kawen di Nilai & Kuala Lumpur.  Macam tak percaya, dah nak kawen ke saya? Kekekeke.

Hasil shopping

Apa-apapun kenangan pahit manis akan tetap tersimpan dalam ingatan.
Segala kejadian baik buruk adalah guru terbaik untuk kita semua.

Semoga tahun 2013 membawa sinar bahagia untuk saya (walaupun hari pertama tahun baru pun dah diganggu huhuhuhu sedehhhh!)

16 comments:

  1. selamat tahun baru.. insyaalah.. semua kenangan tak berapa nak best tu akan jadi pengalaman berharga suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru jugak.
      Eheehe iye betul. pengalaman & kenangan ;)

      Delete
  2. wak pon nk ucap selamat tahun baru mek dekdaa tuu.., muger2 dimurahkan rejeki senantiasa.., aminn

    ReplyDelete
  3. Dekdaa, berat mana masalah u dh lalui pun,so that means u are a strong girl.peduli apa org nk kata apa.lpas ni kawen hidup elok2 dgn suami n anak2 nanti.jdi isteri baik.jga rmahtangga.wish u all the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat berkala.. bukan setiap hari.. sesekali datang hehe.
      Kena kuat, kalau tak.. rasanya masuk wad jiwa sebab tak tahan tekanan perasaan.
      InsyaAllah, saya bukan baik tapi saya akan jadi yang terbaik :-)

      Delete
  4. Dekdaa...bila baca entry ni..perasan sedih dan gembira datang berselang seli..semoga lebih tabah di tahun baru 2013 dan sentiasa ingat pada Allah..In Shaa Allah..Allah akan permudahkan segala urusan. Allah sentiasa menguji kepada insan yang disayangi..dan cantik 3 tarikh yang dipilih tu...jgn lupa jemput yer (muka tak malu...ehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bln 1-7banyak gumbira.
      bln 8-10 banyak duka lara :-(
      bln 11-12 bercampur aduk.

      Me harap lepas ni ada la hikmah atas semua kisah-kisah sedih yang terjadi ni.
      Pasrah je la + tak nak mengalah dengan kehidupan.

      InsyaAllah akan jemput (kecuali sorang makhluk perosak tu jah la tak hingin dijemput haha).

      Delete
  5. ala dekda, lupakan perkara yang sedih-sedih, masuk tahun kan, boleh start balik. yang penting, untuk tahun 2013, kasi gempak sikit, heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak buleh lupa la masalah nya nih.
      2013 kasi gempak?
      Ok kena plan dari sekarang utk buat gempak keke.

      Delete
  6. best of luck dear..moga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  7. betul...pglmn adalah sebaik2 cikgu kita. wlpun byk peristiwa yg sedih tapi semua tu akan mematangkan kita. biasalah tgh darah manis ni mcm2 dugaan datang. yg penting ko pandai2 tackle masalah tu jadi positif. btw all the best for 2013!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg2 aku ni emo weh... tu yang tak best.. cepat je aku hangen hehe.
      Tp aku hangen setakat tu ja lah:P

      Anyway.. goodluck utk ko jugek ;)

      Delete
  8. Hitam putih kehidupan....... takpo la deh... dugaan tu insan terpilih jah... insyaallah selamat dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, manusia tokleh lari dari dugaan.
      Takdok dugaan, bukan manusia jawab nya :P

      Delete