Entry khas ditujukan untuk pakcik Rahimi &
Makcik Mariam di Kedah nunnn!
Maaf la makcik & makcik, excited cerita pasal
benda lain hehe~ (walaupun mereka adalah
silent reader).
Kampuchea Day 3 (13 November 2012 – Selasa)
Perkampungan Islam, Mongkul Borey
van abe nasir, famili abe nasir, masri & gerai makan
Seawal pagi kami
bersiap-siap masukkan barang-barang dalam van sebab lepas je selesai bagi
sumbangan, kami akan terus shoot balik ke Siem Reap.
Seperti biasa, pergi
breakfast dulu dan makan kuewtiow sup.
Saya akan merindui rasanya sebab tak pernah jumpa lagi kat Malaysia rasa
macam gitu.
Inilah fakri kehkeh, abang gigih potong ais buekkk, bongkok2 saya potong ais & diskusi dengan abe nasir mengenai sumbangan
Sesambil tunggu abe
nasir buat lists tu, jiran & wifenya pergi tukar duit kepada small notes, senang sikit nak
hulur. Abe nasir suruh saya pergi dengan
wife nya naik motor.. TAPI HARUSLAH SAYA TAK MAHU.. Sedangkan ‘orang sebelah’
saya ajak naik motor pun saya tak nak, inikan pulak dengan orang lain? Hohohohorlicks! :P
Nama penerima sumbangan & para penerima sumbangan
Macam best pulak
lepak-lepak bawah rumah makcik abang nasir tu.
Sayapun terbuai kat hammock, rasa macam tak nak bangun. Mujur la orang sebelah tak kasi beli, kalau
tak.. kat Malaysia nanti.. saya berat bontot.. asyik nak berbuai kat hammock je
eheh.
Sumbangan ni diberikan
kepada penduduk setempat tu je.. tak perlu naik van bagai.. jalan kaki je udah.
Penerima sumbangan ni
ada ibu tunggal, anak yatim dan yang ramainya ialah warga emas lah.
Saya lupa nama-nama
penerima sumbangan tu. Tapi
gambar-gambar tu sebagai bukti lah ya?
pekerja kilang besi, balu kepada tok siak & ustaz muda yang pernah belajar di Kelantan :-)
Yang saya ingat ialah,
makcik tu balu tok siak masjid tu salah seorang penerima sumbangan. Memang ramah mesra tapi macam biasala, mana
la den paham.. saya sengih-sengih je la hihi.
Tapi saya tau dia happy gila dapat sumbangan tu. Siapa yang tak suka
dapat duit? Saya dapat duit pun saya
sengih.. happy weh hehehe.
Ada juga ustaz yang
menerima sumbangan. Mula-mula saya
tengok rumah dia, saya cakap dalam hati “mak aiiii ustaz duk rumah batu.. layak
ke terima nih?” pastu abe nasir cakap
“rumah tu dia tumpang je”.. oo macam tu eheheh.
Penerima sumbangan & rumah-rumah penduduk Islam di Mongkul Borey
Ustaz tu hensem tapi
nama tak tahu la & dia boleh cakap Melayu.
“orang sebelah” tanya, rupa-rupanya dia pernah belajar di Kelantan bawah
Ustaz Abdul Basit. Oooo macam tu. Dia kata tak datang Malaysia dah. Taka pa lah ustaz, bagi ilmu agama di sana
pun sudah cukup baik.
Ada juga penerima
sumbangan yang tiada di rumah maka saya wakilkan kepada makcik abe nasir aje la
tolong sampaikan, tak releven kami tunggu sebab kami pun dah nak pulang ke Siem
Reap.
Pasu yang sangat besar (sumbat saya pun buleh), rumah yang usang, ayam tengah lepak & 'orang sebelah' mengkidnep baby siapa entahh
Sesambil pusing kampong
tu, kami singgah kilang-kilang buat besi.
Mula-mula saya imagine kilang tu besar, rupa-rupanya kilang tu sebesar
1-2pondok bas sahaja & pekerjanya ialah penduduk kampong tu juga. Tak bagus juga banyak kilang besi sebab
persaingan banyak~ 1kampung je ada 6
7kilang besi huhu. Tapi sabitnya tajam
giler.. pergh ngeri~ 1sabit tu $4 kot
tak silap.
Pakcik-pakcik yang
sepatutnya rest kat rumah pun still mengerah keringat huwaaaa sedih la
mengenangkan nasib mereka mencari rezeki.
Penerima sumbangan
terakhir adalah makcik abe nasir sendiri lah termasuk duit belanja selama kami
berada di sana 3hari 2mlm, ye la.. udahla tumpang rumah orang, takkan nak duduk
free aje kan? Nasib baik saya ada bawa
sedikit buah tangan untuk mereka, tak la rasa malu sangat.
Rasa sedihnya nak
meninggalkan Mongkul Borey.
Tak pasti bila lagi
akan jejak ke sana sob sob sob.
Kami meneruskan
perjalanan ke Siem Reap.
Bye-bye nice people at
Mongkul Borey
Nota kaki: duit sumbangan yang diberikan adalah hasil
sumbangan kawan-kawan yang bermurah hati untuk penduduk Islam di Cambodia,
semoga Allah merahmati kalian :-)
Dekdaa, org susah ni kalau dpt sumbangan sikit pun dah besar hati kan? kesian depa.bila ingat balik kita sgt brsyukur hidup kita di sini jauh lebih senang.Thank Allah
ReplyDeleteha ah betul.. waima rm1 pun.. bg mereka besar maknanya tu.
DeleteDorg happy betul time terima sumbangan tu :-)
besar pahala tu atas sumbangan yang dihulurkan
ReplyDeleteSumbangan dari hasil duit terkumpul kenalan :-)
DeleteBila buat org happy, kita pu rasa happy juga kan, rasa lapang dada..Alhamdulillah, semoga dekdaa pun dimurahkan rezeki amin..
ReplyDeleteYa betul tu... walaupun sumbangan tu tak seberapa tapi bila tengok dorang happy, kita pun happy jugak.. anyway, terima kasih :-)
Delete