Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

20 February, 2013

Kampuchea Day 5 Pt 2- West Baray

Kampuchea Day 5 Pt 2
15 November 2013 (Khamis)
Picnic di West Baray, Siem Reap
 Singgah beli buah sebelum picnic

Selepas melakukan aktiviti volunteering  di Madrasah Qmaruddin, Kg Stengmai, Siem Reap, maka kami banyak masa free.
Abe Nasir & Salim pun datang lepak kat lobi hotel.
Tokey hotel siap puji lagi kata tak pernah-pernah pun driver tuktuk siap datang hotel & borak-borak  mesra dengan passanger & customer hotel.  Hahah kami kan special case.  So just make a good relationship la with them :-)
 Resevoir West Baray

Lepas lepak kat hotel, kami decide nak pergi West Baray.
Perjalanan mengambil masa lebin kurang 25minit.
Masa sampai tu cuaca panas terik di kepala, sudahlah lapar hehe.
Sebelum tu abe nasir kata, kalau tahu awal-awal dia bawak makanan untuk picnic.

Mulanya saya blank, West Baray ni tempat apa sebab saya dah tak mahu pergi ke Cultural Village, Art Museum segala bagai sebab dah pernah pergi.  West Baray adalah reservoir sebenarnya & relaxation spot :P  (itulah, awal-awal tak mahu studi heheh).  Lagipula macam tak pernah baca je cerita bloggers yang pernah pergi West Baray.
 Cerita pasal West Baray

Mula-mula sampai, saya tengok macam reservoir start boring dah.
Abe nasir ajak turun bawah & still fikir “turun bawah buat apa, bukan buleh buat apa-apa pun.. kosong!”
Bila dah turun bawah… tadaaaaaaaa…. Banyak gila hammock & orang tengah bersantai.. terlindung di balik dinding rupa-rupanya.. tak nampak dari atas hehe.

 Kami :-)

Abe Nasir & Salim tanya kami nak makan tak?
So kami decide nak makan.. tak sangka pulak dorang gi beli nasi + ikan keli bakar + ikan apa nama tak ingat + somtam.
Makan lunch lah kami dengan happy nya.
amboi... nampak macam pro je abe nasir? he he he

Lepas makan, apa lagi.. mata dah start mengantuk!
1section tu ada 3hammock saja sedangkan kami berlima so ‘orang sebelah’ & salim decide amik section sebelah.

Sejak bila Salim jual air tebu? :P

Oh ya, tempat relax tu kena bayar ikut section yang kita duduk.
Kalau amik 1section, bayar 1section.  Kalau duduk 2section (sebelah menyebelah lah contohnya) so kena bayar 2section la.
Jangan ditanya berapa USD each section sebab all sponsored by abe nasir & salim (termasuk lunch hihi).
 Hammock di setiap section

Rasa bersalah la jugak sebab macam menyusahkan mereka tapi bila lagi nak mengepow mereka.. sebab lepas ni entah bila lah pula nak sampai sana kan?  Hehe.

Tiada apa-apa aktiviti yang kami lakukan selain me’leisure’kan diri kat hammock & bergurau senduk sesame sendiri.  He he he.

 View

Tiba-tiba tangan kanan saya jadi gatal & timbul biji-biji merah.  Saya syak jadi gatal sebab makan ikan kecik yang tak ingat nama tu (tiada di Malaysia).  Ikan tu hidup dalam sungai.  Walaupun ikan tu kecil tapi ½ pun saya tak habis makan sebab cannot go dengan rasanya huhu.

Time to eat!

Kusyuk lunch

View resevoir West Baray

Kami.. bersama selamanya.. muah!



Si Salim siap mengail ikan.  Punyalah besar gila ikan yang dia kail tu.. adalah sebesar ikan bilis muahahaha shabas lah salim :P
Lepas tu tak ada buat apa-apa, bercinta atas hammock dengan orang sebelah muahaha.


Tengok ada orang berenang dalam reservoir tu.. errr macam tak sanggup jah?  :P
Ada juga mat salleh bersantai di situ.. apa-apa pun keadaan di situ sangat tenang. 
kalau lah tiap-tiap hari macam ni tak payah gi kerja kan bagus?
anu ketam dalam botol.

Dah mau pulang.. abang.. skodeng apa tu?

KUYAM (KUCING + AYAM)... ini la mak hayam sebenar kot kakakak.

Look slim?  Tidak... saya gemok :P  (iklan jap ahaks)

Ingat kat pantai timur malaysia je ada etak.. kat sana ada gak tapi tak try lah 

3.30pm kami decide balik le.
Sebab nak sambung shopping kat Old Market hihi.

Tak ingat apa nama buah ni

Aiii pandai ke bawak tuk tuk tu bang?  nasib tak terbalik kan?  ahaks.

Nak gi toilet dulu, tapi punyalah susah.. kalau tak ada tiket Angkor Wat, kena bayar $1 sekali masuk toilet.  Kalau ada tiket berapa sen entah.
Gile apa masuk toilet RM3?  Bukannya ada tempat tido segala bagai pun.. huh!

Gatal

Nak tak nak kena masuk jugak le, kang terkucil dalam tuktuk abe nasir, sape nak jawab?  Heheheh.
Ok lah sambunggg~

10 comments:

  1. Alahan ke makan ikan tu..? kenapa binatang tu dipanggil kuyam...? memang kacuk ke..? he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan kemboja.. tak penah makan.. ianya datang dari sungai hihi.
      KuYam? maybe anak mak hayam kekekekekeke.

      Delete
  2. wah.. ada hammock ni.. apesal la time g kemboja aku tak wat pe yang ko wat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab abe nasir tak ckp utk explore tempat ni :D

      Delete
  3. apalah dekda, makan ikan je dah alergic, macam mana jadi orang klate asli nih, hehe...etak tu mende dekda, siput ker? tengok macam rupa siput aja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me meme tak makan ikan.
      Ops.. certain-certain ikan jah makn tapi pahni kena pandai la makan huuuu.

      Delete
    2. Ops etok tu spesis2 lokan, siput segala bagai :P

      Delete
  4. wah.. hebat la abe salim belanja makan.
    saya teringat etok masa belajar kat ganu dulu. masin gilerssssss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salim & abe nasir belanja.. meme pemurah dorang!

      etok masin? erkkkkk garam tumpah kot?
      Etok tak masin lah ;)

      Delete
    2. seriyesss dekda..........
      kawan tu kata, etok ni diawetkan.. so kena la letak garam. makan tak payah masak. makan cam makan kuaci gitu. aishhh

      Delete