Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

14 February, 2013

Kampuchea Day 5 Pt 1- Misi Sumbangan

KAMPUCHEA DAY 5 PART 1
15/11/2012 (KHAMIS)
MADRASAH QAMARDUDDIN, KG STENGMAI, SIEM REAP

Kuey tiow goreng, kami masa brekpes, madrasah Qmaruddin & student madrasah

Tibalah masanya kami menyerahkan barang sumbangan yang kami bawa dari Malaysia (hasil sumbangan kawan-kawan).
Sebelum tu kami pergi breakfast dulu.
Pagi ni salim yang layan kami sebab abe nasir ada hal.

Kali ni saya makan kueytiow goreng which is asalnya meme bentuk kueytiow tapi dipotong halus jadi seperti mee hun.  Saya ingatkan makcik tu goreng tapi bila sampai… tadaaaa “rupanya seperti meehun soup yang dikeringkan kuah”.  Ok something new.  Sedap juga, rasa nak tambah tapi malu la pulak hahaha.
(Kan saya dah cakap, even benda baru buat saya.. kalau ianya sedap, saya makan & susah lah untuk saya cakap TAK SEDAP melainkan betul-betul tak sedap hehe).

Ustaz menyambut kedatangan kami, pelajar kelas dewasa, ustaz mengajar & white board kelas

Salim kata, Hj. Musa akan datang pukul 10pagi so kami rasa macam lambat lagi pukul 10 tu, sebab masa tu baru pukul 9.00pagi. 
Saya tanya tak buleh ke kalau nak pergi dulu sekadar pergi bagi?  Tapi salim tak berani, takut Hj. Musa kata apa pulak.  Hmm ok lah kalau macamtu, kami tunggu aje la.  Tapi kalau nak pergi untuk tengok-tengok sekeliling tu bolehlah.

Ooo ok maka kami pun menuju ke Madrasah Al-Qmaruddin tu, just untuk meninjau.
Kalau jalan kaki tak sampai 2minit tapi kami tetap naik tuk-tuk kekekek saja jah nak bermanja dengan salim :P
Parking betul-betul depan Resto Hj. Musa.

Kedatangan kami disambut oleh seorang ustaz yang boleh cakap melayu (tapi pelatlah) & bertanya apa tujuan kami ke sana maka orang sebelah lah yang berborak-borak dengan dia.

Dia benarkan kami masuk kelas & meninjau keadaan dalam tu.
Memang ada 2 kelas sahaja.
1 kelas untuk remaja (belasan tahun) & 1kelas untuk kanak-kanak.
Memang kekuranganlah keadaan dalam kelasnya.

White board ada lukisan-lukisan + ada gambar-gambar volunteer yang pernah pergi ke sana.
Tapi lantainya hanya beralaskan tanah berdebu… hmmm.


Tapi bila tengok kepada dressing pelajar-pelajar tu, saya tak rasa ianya SANGAT DAIF kerana semua pakaian elok-elok, ada yang pakai barang kemas (iolls pun tak pakai barang kemas nokkss.. kalau ada pun cincin tunang huhu tapi time tu idoklah bertunang lg pun heee),  ada yang pakai tudung lawa & ada juga yang lawa-lawa.

Sambil-sambil menungguh Hj. Musa datang, kami borak-borak dengan Salim.
Katanya kalau boleh.. KALAU BOLEH LA, next time if nak bagi sumbangan.. masuklah betul-betul kampong yang bukan tumpuan orang ramai seperti Siem Reap & Phnom Penh.  Sebab both tempat ni memang dah sentiasa ramai penyumbang.  Kalau diikutkan, banyak lagi kampong-kampung yang tersangat daif yang perlu di explore.

for your information, Hj. Musa tu pernah masuk Rasa Halal Kemboja :-)

Memang betul cakap Salim.  Banyak lagi kampong-kampung yang masih belum diexpose.
Katanya Siem Reap menerima berates-ratus ekor lembu / kambing untuk dikorbankan semasa AidilAdha sedangkan ada di antara kampong yang menerima 1-2ekor lembu sahaja setahun.  Sedihkan?

Salim kata sekiranya saya @ kawan-kawan @ sesiapa sahaja yang berminat untuk menderma / buat korban di kampung-kampung yang tidak banyak terdedah dengan penyumbang, boleh la dia bantu untuk sampaikan (adalah ustaz-ustaz yang dia kenal tu).. insyaAllah akan sampai.


Memang betul apa yang salim cakapkan tu, kalau lah saya mampu.. nak je saya war-warkan kepada orang ramai supaya memberi sumbangan ke kampong yang lebih memerlukan.
Tapi siapalah saya ini, hanya sukarelawan persendirian yang tidak bergantung dengan mana-mana agensi @ persatuan maka mungkin ramai yang tidak mempercayainya @ langsung tidak mempercayai saya.  Terpulang, niat saya hanya ingin membantu sesama Islam di Kemboja khususnya & di Negara lain umumnya.

Tidak lama kemudian Hj. Musa sampai bersama seorang penolongnya.  Beliau bertanya pencil box yang saya bawa ada berapa kerana pelajar di situ mempunyai 167orang & beliau risau sekiranya ada pelajar yang tak dapat.  Kami cakap kami bawak lebih (tapi tak sampai 10la yang lebihnya tu).


Strict jugak beliau sebab dia nak cek satu persatu apa ada dalam pencil box tu.  Aduh, masak le kalau nak cek 1 by 1.  Just trust us la.. setiap orang dapat benda sama!
Kalau dah nak cek 1 by 1 itu kalu, rasa hangen la jugak sebab macam tak percayakan kami tapi diamkan je la sebab kita kat tempat orang.  Dugaan nak membantu orang ni bukannya senang!

Maka masuklah kami dalam kelas tu.  Aikkk ada jugak ibu bapa yang datang tiba-tiba masukkan anak-anak dorang dalam kelas which is anak-anak dorang bukan pelajar kelas pun.  Kami dah confused tapi tetap bagi jugak.. risau juga takut ada yang tak dapat.

 (kamera orang sebelah)


Saya cuak sikit nak bagi kat kelas remaja sebab dressing dorang tak macam orang susah pun + pencil box yang kami bagi tu pencil box basic je (ada pensil, pen, pemada, eraser & sharperner + color pencil).  Tapi taka pa lah, harap mereka terima seadanya.


Tengok depa happy, kami pun happy juga lah.
Saya agak gementar sebab saya ni meme ada public freight.  Saya meme tak suka expose depan orang ramai waima dengan budak sekalipun, rasa menggigil lain macam nak nak lagi si salim duk snap gambar kami huhu.  Saya suka kerja belakang tabir (macam retis lah pulak ahahahah).



 Kamera orang sebelah


Acara last sekali ialah bagi jubah + sibar kat 2orang ustaz anak beranak tu (bapa & anak) hasil sumbangan Pakcik Rahimi & Makcik Mariam dari Alor Star Kedah.

Akhir sekali saya meminta Hj Musa menyampaikan sumbangan pakaian, sumbangan zakat, sumbangan peralatan ibadah & sumbangan peribadi saya sendiri kepada 2buah masjid iaitu Masjid An-Niqmah Siem Reap serta Masjid on the way ke Tonle Sap.


Perkuburan sebelah madrasah

Berakhirlah sudah hari sumbangan kami kepada Madrasah Qmaruddin, Kg Stengmai, Siem Reap J
Kalau dimurahkan rezeki & panjang umur, semoga Allah permudahkan kerja-kerja sukarela saya kepada sesiapa sahaja.
Macam sunyi pulak sekolah ni dalam gambar, padahal riuh rendah hehe.

Oh ya, Hj. Musa kata kepada sesiapa yang sukarela untuk mengajar English kepada pelajar-pelajar di Siem Reap, bolehlah berhubung dengan beliau di musasoleh@yahoo.com Tak silap pendengaran saya, makan minum & tempat tinggal disediakan.  Kalau saya pandai English, saya berminat untuk volunteer tapi tak pandai pulak eh!  Kalau pandai sekalipun, tak buleh mengajar jugok.. saya garang hahahah!

8 comments:

  1. syabas dekdaa.....kagum dgn usaha u ;)

    ReplyDelete
  2. Saya ada sorang kawan yang bertahun-tahun buat keja sukarela. Tiap tahun pegi buat rawatan percuma (dia doktor) dgn student dia di Kemboja. Time Raya Haji pegi buat korban belas-belas ekor lembu di merata kampung di sana.

    Lebih kurang begini la juga cerita dan suasananya. Seronok, tapi ada ketika kita rasa, ada kumpulan yang sudah selesa, ada kumpulan yg belum didedahkan dgn pertolongan dan sumbangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kalau doktor lagi senang nak masuk sebab tally terus dgn kerja2 dorang.
      Saya memang tak ada apa2 specialist.. sambil2 travel sambil2 bagi sumbangan.

      Best nya kawan tu.. dia gi dengan geng2 sendiri ke?
      Sokong usaha kawan2 tu? :-)

      Delete
  3. I love your blog is wonderful and beautiful,
    congratulations. Kisses from Spain.

    http://redecoratelg.blogspot.com.es/

    ReplyDelete
  4. Dekdaa
    Semoga ALLAH memberi ganjaran yang besar
    terhadap usaha-usaha murni sdri itu.

    Selalu membaca iklan aqiqah dan Qorban utk rakyat Kampuchea
    Cerita Dekdaa ni dapat memaparkan situasi sebenar di sana.

    Terima kasih Dekdaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mat Som.
      Kalau ikutkan mahu terus lama lagi kat sana untuk tengok dan rasa life dorang tapi susah lah kan.. lainlah kalau tiada kerja & fokus kerja sukarela semata-mata :-)

      Ikut situasi sebenar mungkin lebih lagi tapi ini je yang sempat tunjuk :-)

      Delete
  5. tahniah dekdaaa..
    seronoknya dpt join kerja2 sukarela begini..tapi tulah, banyak pula yang menuntut komitmen dari kita sekarang..
    insya-Allah, satu hari nanti...

    ReplyDelete