Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

01 November, 2013

3malam di bumbung

Apa menda pulak 3malam kat bumbung?
Ni haaaa... budak bulu 'bertuah' ni naik bumbung rumah jiran tapi tak buleh nak turun hu hu hu bertabahlah!
 Last jumpa sabtu pagi sebelum kami keluar ke KB Mall.
Balik ptg tu tak nampak ghupe dah tapi abam kata budak ni duk meneman dia spray kereta.
(aku tak neman abam.. majuks katanya hihi).
Lepas tu tak nampak dah.
 Tunggu abam balik oncall 1.20pg pun, kucim still tak balik.
Tunggu siangnya pun tak balik.
Abam kata "kalau mlm esok tak balik jgk, kucim awak tu dah kena amik kat org"  huk aloh.. sape nak kucim uduh gitu?  Tapi pernah orang khianat kucim aku dengan buang tali loceng nya tu (mustahil le kucim bukak sendiri tali loceng nye tu huhu).. dah banyak kali dahhh!
 Isnin petang tanya mak saudara umah sebelah "ada nampak kucing tak?"
Katanya ada nampak kat kereta abam sekejap.
Gumbira la aku tapi bila cari dalam umah pun tak ada.. agaknya mak saudara ku tertukar dengan stray cat tu kot :(
 Selasa tu aku dah pasrah.. siap cari dalam longkang, kot2 dah mati & org baling dlm longkang tp tak ada.
Pastu masa aku meneman abam spray tayar keta dia, mak saudara panggil.. katanya "kucing ada kat bumbung umah Tengku *****" errr aku tak kenal sebab umah sebelah 4 5biji tu semua tengku.. tengku mana 1? Tengkujuh ke hehe.
 Rupa-rupanya selang 2buah umah.
Arwah mak aku pun selalu cakap kucim aku selalu main kat situ sebab ada padang, duk mengejar belalang gamaknya.  Tapi kali ni advance, gi panjat bumbung tapi tak buleh turun sebab takde tempat utk turun (agaknya lps kucim aku naik, terus tuan umah keluar tak balik 4 5hari so takde tempat utk lompat- tingkap yg terbuka).
 Jiran selang sebuah tu dah naik utk selamatkan tapi kucim aku tu penakut orang kaedahnya!  Orang nak selamatkan dia, dia makin jauh pulak haiyaaa!  Udahnya lps aku pujuk rayu abam, maka dia gi 'jemput' kucim kat bumbung. Terus datang dkt.  Aku tggu kat umah sebab aku tak sedar abam gi senyap2 sob!
Lepas abam lepaskan kat laman umah, terus kucim mengiow & berlari-lari gumbira kat aku.  Haih ingat umah lagi, ingat dah lupa hihi!  Terus bagi makan.. ringan lempung sebab dah 4hari tak makan.  Lps makan, buat muka tak bersalah & nak turun lagi.. ah takde takde.. duk dendiam dalam umah je pulak le hehe.
Tak karuan aku kalau takdak budak bulu ni... nak tido pun payah nak lelap huhu penangan kucim!
Nasib baik le jiran baik bgtau kucim kat bumbung.  Kalau tak.. hang stay la kat bumbung tu sampai bila2 huhu.

Sekian kisah kucim!


8 comments: