Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

30 October, 2013

Hanimun @ Superstar Cruise Libra

16 Oktober 2013 (Rabu).
Lepas check in, buleh le masuk cabin!

Ni kali kedua aku naik cruise. Kali pertama tahun 2011 semasa bujang dengan geng2 travel. 2nd time dengan abam plak. Saje nak bawak dia merasai naik cruise (walaupun aku tau naik cruise ni boring sebab aktiviti untuk orang melayu tak banyak pun hehe).
Masuk cabin… alaaaaa… kabin takde tingkap… gile lemas! Tempat tingkap tu dorang gantikan dengan cermin! Dapat bilik 3dari depan kepala cruise. Kat deck 2 (tingkat 2).  Dalam cabin ni ada tv (buleh tengok kedudukan cruise / iklan-iklan dalam cruise / astro tapi tv 1, 2, 3 tak ada lah ye hehe) / towel / shower gel / shampoo / hair dryer / telefon / almari then passanger dapat gift dari Genting Hong Kong (teh).

Purchased kat Groupon Julai lepas. Pakej RM596 for two (1mlm kat Libra Cruise & 1mlm kat Flamingo Hotel by the Beach, Tanjung Bungah). Means RM298 seorang. Harga agak reasonable sebab
  • dulu aku naik cruise utk standing pax (tanpa cabin- hang tido la merata ikut suka kat mana-mana pun) RM167/ pax, itu pun dah promo tapi ini siap cabin bagai hehe.
  • Hotel Flamingo by the Beach adalah hotel 4bintang. Harga DELUXE DOUBLE ROOM SEA VIEW paling murah pun RM220++.
See... katil super single dipotong 2.. kecik gile kan?  hehehe!  Dalam box tu ada teh utk kita.

Bertolak dari Kelantan 10pg, sampailah kat parking Padang Kota Lama tu 5.55ptg (selepas GPS lembab benor bg arahan masuk jalan mana hehe). Menapak sikit je nak naik cruise tu, tak sampai 5menit pun. Terus gi check in cruise. Dapat KAD WORLD CRUISER color biru. Masuk macam nak naik flight la, kena scan beg bagai. Tapi sekarang nak masuk cruise menapak sikit je, dulu menapak punya jauh baru buleh masuk cruise.
Ni je dinner aku.. cemanala tak naik 200gram je dlm masa 2minggu huhu!

Sebelum masuk cruise, dorang spray hand sanitizer + dorg suruh bergambar dengan mascot… eiii berpeluh-peluh mascot tu! Tak dibenarkan guna kamera sendiri sebab dorang jual gambar tu.. tak kuasa nak beli.. sekian!
Abam kelihatan tidak berselera.. tak suka le tu!

Lepas kemas beg, mandi dan terus gi dinner. Abam dinner sikit jah, walaupun makanan berlambak-lambak (aku ingat lagi si Kashaz & Faridah makan.. perghhhh macam dah tak ada esok.. hehehe alamak mengutuk pulak.. bkn kutuk tapi syok tengok dia makan) :P Aku macam biasalah, makan tak beriya mana kalau takde TEH AIS hahaa. Makan kat Marinate Dine tu halal ye.. dah dapat sijil halal dari JAKIM. Makan mlm & pagi memang dah dalam pakej ni so tak payah gedik nak gi bayar plak! Ada juga resto mamak & cina tapi kami tak gi le sebab kena bayar :P
Belum 9pm so cruise belum belayar

Lepas dinner, pusing-pusing dalam cruise tu jah tengok apa yang ada. Tengok show pun.. tak sesuai untuk orang melayu (melainkan ko suka FITNESS / KARAOKE / SWIMMING / MAIN GOLF / MAIN TENNIS) hehe.
Tak berapa nak nampak LIBRA kat belakang tu

Kitorg bergambar je tu pun cruise tak gerak lagi. Muka melayu memang tak jumpa.. kitorg 2 je erkkkk so kami decide nak tengok RUSSIAN SHOW (best part dancing tu je.. part selingan boring!).. show 45menit (9.20pm-10pm). Ingatkan ada magic show, rupa-rupanya hari depart lain je yang ada magic show. Sebelum masuk show tu, ada orang offer abam main judi.. gile apa? Hahahah… tengok orang le nak offer pun~ :P
Belakang tu saloon.. sebelah kanan abam yg tak nampak tu kedai souvenir.
Dulu2 best sekarang mcm selalu tutup je so tak buleh nak tengok apa yg dijual!
Mujur la sempat beli FM cruise masa 1st time dulu.  Tp nak bg org tak le.. FM seketui tu belas2 hinggit heh!

Lepas tu pusing-pusing kapal & lepak kat Deck 5 (tingkat 5).. org cina naik cruise sesaja untuk berjudi.. syok lah dorang.. RM yang menang tu lumayan oiiii! Aunty-aunty tua yang lepak depan kami tu keluarkan note RM100 berpuluh-puluh keping.. phewww! Lepas tu Abam macam berminat nak join LUCKY DRAW.. 1keping tu berapa belas ringgit je tapi dapat adiah berapa puluh ribu ntah, tp sound abam awal-awal “duit gapodio tu? Kalu duit cina berjudi yang dapat kalu menang.. baik toksah” huhu. Macam boring pulak ronda-ronda, so balik cabin. Pukul 11 ada movie OBLIVION tapi malas pulak nak keluar bilik so decide tido aje le. (balik ni baru tau tom cruise berlakon, ruginya!).
Lepak tak lama kat sini, tetiba datang aunty2 cina datang lepak bawak duit berkepuk2 utk berjudi.. udahla cakap mcm cruise tu dorg punya.. bingit telinga aku huh!

Mula-mula berhimpit jugak lepas tu abam kata tersekat kat penyendal katil tak buleh gerak, so aku decide ‘balik ke katil aku’. 12pg aku tido… 2.45pg tersedar… arghhhh tak bleh tido! Tengok orang sebelah syok aje tido… ni yang mendatangkan kejelesan ni sob sob. Terus tengok tv & main games. 4.30pagi abam tanya kenapa. Adoiiii toksah la tanya kenapa.. HARUSLA TAK BULEH TIDO TANPA LENGAN (padahal buleh nampak ‘lengan’ kat sebelah tu je.. gatainya aku kan? Hihi) :P
So abam terus ajak tido sama.. apo laie, terus off tv & tablet… lompat ke katil sebelah ngeheheh. Uiii tak buleh tido pulak, budak tecit tu menggegar perut tak mo stop dkt 15minit gak.. happy gamaknya aku dah jumpa ‘lengan’ ahaks.
Dalam jugak swimming pool dorang tp takdak orang mandi manda pun!

Awl pagi bangun tapi malas nak kuar awal-awal. Lepas mandi 8.30pagi, baru sedar yang check out 6-8pg.. mula menggelabah! Bgtau abam, aku kena mare pulakkkk sebab katanya aku dah ada pengalaman, tak kan tak tau. Masalahnya dulu dkt 12pm baru aku kuar cruise. Nak gi brekpes 8.50am tu tengok housekeeping tengah kemas cabin-cabin lain.. alamak semua orang dah check out le plak! Terus gi Deck 4 (tingkat 4) untuk tengok ada orang check out ke tak.. alamak tadak orang check out! Decide gi brekpes dulu.. ALAMAK AGAIN… dah tak ramai orang. Kalau ada pun dorang dah siap bawak beg!
Gambo lain2 so aku kelihatan gemok di situ huh!  Dpn swimming pool!

Perasaan sungguh la penyanyi ni... ada 5 6org je duk tengok dorang nyanyi sbb tu buleh tengok kamera kitorg hihi.. belakang tu ada band.. tak nampak plak.
Brekpes!  

Keluar cruise, tercongok bukak tablet cari info mana nak gi hehehe sekian pengalaman hanimun dalam cruise yang melepak semata-mata :P
Lepas2 ni nak try SUPERSTAR lain pulak.  Virgo ke!  Tapi nak bermalam lama sikit mcm gi Thailand ke kan.
Banyak lagi gambar tapi line selow gila le lepas TM sambung kabel baru ni, asyik putus-putus je.. sakit hati!
Cukup le dengan gambar ni kot huhu!

12 comments:

  1. Best....menunggu entri seterusnya....salam blogging.

    ReplyDelete
  2. Camne hanimun.. boleh katil asing-asing, pastu single bagi dua.. hii.. lain kali hanimun tempat lain la.. atau bawak toto sendiri ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk semua katil dalam cruise meme katil camtu kak.. kalu nak katil double itu kalu.. bayor le 1k++ utk 1mlm hik hik hik!

      1st time kami gi, kami tido bertiga kat bawah tu.. geng 1lg tido berempat kat lantai.. takdak toto.. ok je tido kekekeke.

      Delete
  3. Teringin jugak nak naik Cruise..pegi time honeymoon baru best wk..cam Dekdaa..kalua mcm tu JM erlu tggu bila dah berpasangan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanimun kena duk peluk2 (opsss).. katil dalam cruise semua single mingle, unless JM nak bayar cabin mahai gila utk 1mlm ehehehe.
      Berbaloi kalau gi yg 3hari 2mlm ;-)

      Takpe.. kita tunggu JM ada partner ye :-)

      Delete
  4. amboiiii......... bestnya asyik ber honeymoon jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanimun puas2.. ada anak esok2, hanimun bertiga pulak :D

      Delete
  5. Akak tak pernah rasa naik cruise dekdaa... Nape nampak macam tak best jah ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak mcm tak best sbb akak tak baca pun kan.. sy tau kak! he he he!

      Delete
  6. bestnya berbabymoon..teringin jugak..harapnya ada rezeki lebih satu hari nanti,amin..

    ReplyDelete
  7. Ahehe insyaAllah kalau ada rezeki buleh la gi ;-)

    ReplyDelete