Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

07 March, 2013

Kampuchea Day 7 Pt 2- Balik Malaysia!

Kampuchea Day 7 Pt 2
17/11/2012 (Sabtu)
Mahu pulang ke malaysia!

 Nak beli aksesori tapi orang sebelah tak kasi :-(
Sebelum kami pergi ke airport, saya minta tuktuk hantar ke Russian Market.
Januari 2012 dah pergi tapi sebab pergi lewat petang maka banyak kedai tutup so decide tak payah masuk langsung.
Barang antik

Basahkan tekak dulu minum air kelapa.
1st time jumpa kids mat salleh, tak pernah lagi saya jumpa budak-budak kecik spesis kulit putih kat sana.
Comel gila.

Jom minum air kelapa dulu!

Lepas tu baru memburu.
Macam-macam barang ada, cakap je nak apa?
Baju, tshirt, seluar di dalam, seluar di luar, tayar, cadar, souvenir, perabot, peralatan semayang dorang, kasut, handphone, emas, barang antic, hardware, paintings, cik vavi, sayur, ikan, beg.. oihhh banyak aaaa tak terkira nak lists.  
 Budak mat salleh yang chomel gile

Mula-mula saya ronda dengan orang sebelah, macam tak reti nak beli apa.
Sebab saya pilih je dia tak berkenanan, sudahnya saya suruh dia tunggu dalam tuktuk jah, saya nak jalan sorang-sorang.  Bukan sebab rimas tapi saya rasa macam tak reti membeli kalau dia ada erkkk.
 View dalam russian market

Pusing punya pusing sorang-sorang, saya tangkap 3helai long sleeve.  Brand H & M uolss hehe.
Kedai 1st tu $4 pastu gi kedai 1lagi tangkap 2helai dapat le $5.. murah kan? :D
Kat Malaysia jangan harap le nak dapat price camtu!

 Macham machammm adaaa!

Bawak gapodio tu?

Lepas tu terus pergi airport.
Gaduh dengan driver tuktuk.
Mula-mula dia setuju tour sampai airport tu $15 so kami bagi la $20 so that dia bagi balance $5 tapi bila kami mintak, dia taknak bagi.  Berang la kitorg, terus saya rampas balik $20 & bagi $15.  Dia macam terpinga-pinga.  Geram betul.  Dia tak faham English.. susah!  Dia tipu kami, mula-mula cakap blh English.. arghhh!  Kami tak beri waima 1riel tips pun kat dia, ye la… tak faham!  Nak mengejar passanger je!

 Beg kami berdua.. sebelah sana dah panjang queue nya, pergi mana ntah

Patutnya flight kami 4.45petang tapi kaedahnya delay 1jam.. jenuh la menunggu!
So lepak-lepak bodo je la kat sana tak buleh nak buat apa pun selain tengok gelagat orang dan gelagat diri sendiri muhuhu.
 Padahal beg pink tu boleh je buh dalam cabin tapi malas nak bawa, berat buku hhuhu

Full jugak flight petang tu… pukul 5.50pm baru gerak.
Ohhh syahdu nya.. tiba-tiba buleh nanges di bahu orang sebelah sebab terlalu sedih sebab takmau berpisah dengan dia, ye la 7hari in a row bersama dia, tiba-tiba nak berpisah, tak ke sedih tu?
Errr buleh camtuh? Padahal lepas tu boleh je selalu jumpa.
Tapi orang sebelah tak pujuk pun.. malu aiii kat passanger sebelah huhu.

Pandai tak kami bajet?  Kami share luggage 25kg & hasilnya ialah 23.8kg :D
 
Sampai LCCT lewatlah petang tu..  Penat semua ada la.
Si Ayu tunggu kat balai ketibaan sebab nak amik Lonely Planet dia tu.

 Sedih nak balik Malaysia ke bang?

 Sorang makan sate, sorang makan pancake hmmm

Sedap gak sate ni weh~

Lepas tu saya naik bas terus sebab lambat-lambat karang sampai rumah lambat, penat!
Sebelum naik bas, kejadian diluar kawal berlaku.
Ahehehehehe mungkin sekali je seumur hidup berlaku.... (terlopong kejap kan bangggg?) :D

Jom menjamu selera!

Alih-alih dah sampai rumah abang.  Ooo cepatnya masa berlalu, kalau boleh masih mahu berada di kemboja.  Tak apa, insyaAllah panjang umur murah rezeki, saya pasti akan pergi lagi.

TAMAT!
 


6 comments:

  1. Akak pun ada experience kena tipu dek penarik beca kat ho chi minh city...

    ReplyDelete
  2. acecece...seronok ler...berjalan sakan..

    ReplyDelete
  3. mesti byk pengalaman sepanjang berada di sana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gi mana-mana pun mesti lah banyak pengalaman ;-)

      Delete