Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

18 March, 2013

4 tahun lepas...

Pada tarikh ini.. saya di wad 1 HKL.

Duk di wad tu meme 1st class tapi sakit yang tak best.
Tapi walaupun sakit.. makan tetap selera.
Cerita ceriti sebelum, semasa di HKL & selepas keluar HKL.
  • walaupun kena operate, selera tetap ada.  Orang kata nasi spital tak best tapi saya makan licin jah?  hahahah.


 Kena puasa 24 jam sebelum operate tapi minum jugak ahehehe!
  • Sebelum operate, dokto pelatih cucuk jarum kat tangan sampai tumpah banyak gila darah..ai nangis (sebab aii meme tokleh tengok darah) hahahah.
  • Siap mintak ex-housemate bawakan pisang.  Malam tu padan muka.. muntah tak ingat dunia.. tempat operate rasa macam nak menetas + perit gila. 
 Angkara doktor pelatih.. darah banyak tumpah sob
  • Takut gila dengan fisioterapist.. kurang dari 24jam operate, kena bangun dari katil.. adoiii sakit weii tau tak?  tapi sebab takut, kena bangun jugak he he he.
  • Kena marah kat nurse sebab takmo kencing.  Ye la udah pasang beg kencin.. lepas buang beg kencin, tak terasa nak kencin tskkkk.
  • Me paksa nurse buang wayar yang masuk dalam idung supaya tidak berlendir ke apa menda aii tak tau. Chesss tak payah duk masuk-masuk wayar bagai lah, nak telan air liur pun tak best. Buat muka kesian, terus nurse buang wayar ngahahaha.
 Tak buleh duk diam itu kalu.. darah meleleh-leleh hoho
  • Sebelum operate, me request ubat tahan sakit yang paling kuat sebab aii meme tak tahan sakit. Sakit je picit (dipanggil PCL), meme tak sakit sangat la. Tapi penin la guna ubat tu.. agak weng weng bila bangun dari katil.
  • Syok duk bilik seorang (mula-mula duk bilik 2orang lepas tu ketua jururawat katil sebelah cakap berlagak nak mati... nurse pun tak berani tegur.. so aii pileh untuk tukar bilik).  By the time aiii keluar wad, dia masih ditahan padahal dia berlagak dia yang akan keluar dulu wahaha)
  Ubat untuk beyaks tapi aiii degil takmo jugak beyaks-beyaks (sikit jah kuar huhu)
  • Dapat MC 6minggu.  Gaji still dapat so aii shopping on9.. tiap-tiap hari dapat poslaju heee.
  • Housemate bagi pati ikan haruan.. eiii pelis, tak sedap langsung.  Ai minum 2botol jah.. 4 botol lagi aii bagi kawan yang betul-betul bersalin laa.. ai tak bersalin la you.. tak mo minum heee.
  • Mami aiii bagi aii minum teh ais suku gelas sebab tak bagi aii kempunan ahahahh buleh camtuh?  Iols mana buleh minum ais segala bagai?  Kena berpantang kaedahnya.
 Nasi bubur sebelum operate... tak sedap tapi hampir habis.. buleh camtuh?
  • 10hari lepas operate, aiii pi window shopping kat Kafor Wangsa Maju.  Jalan selow-selow macam orang baru lepas bersalin ngeheheh.  
  • Masa nak pergi buang staples kat tempat operate tu berdebar gile.. tapi masa buang buleh gi gelak-gelak!  Nurse kompiyus dengan aii nape gelak.  Maunya tak geli.. area perot.. sape tak geli?  Ish!
  • Lepas 3bulan aiii operate, aii meme kurus lah.. dah buleh pakai size S (Dari L).. semua kain / seluar longgar lepas tu jadi M balik he he he.  Ooo sebelum aii operate, aii dari golongan OVERWEIGHT :-)  Sejak sakit, badan naik mencanak-canak walaupun tak berapa makan sangat.
 Injek untuk cairkan darah.. sampai hijau bahu sebab duk injek sokmo.. 1minggu kuar wad pun masih lebam
  • Tak sampai 4bulan operate, aii dah join lumba lari Putrajaya Night Marathon 2009.  Kaedahnya spesis tak reti la nak duk dendiam nih!  Lepas tu sakit tak usah cakap.. terlampau-lampau sakit.. sampai berjalan pun meme sakit gila.  Lepas tu la baru stop dari running beberapa bulan hu hu hu sedeh!  (i love running).
  • Sekarang saya bebas penyakit itu sebab doktor mengesahkan ianya tidak akan menjadi cancer :-)
 Sembab sebab jari kiri yang masukkan air.  The end saya sendiri suruh nurse stop masukkan air (sape nurse ni.. nurse ke aiii?  ahehehe)
  • Piyed saya sudah teratur & cycle sama setiap bulan (walaupun kadang-kadang tergelincir ada 2 kali tu 1bulan tak dtg @ pun terlambat 1-2minggu lps tu neutral balik same cycle 30-31 hari).
  • Cumanya saya mengalami piyed pain.
Ok itu aje lah.
Kalau dikenangkan jika saya masih sendiri & bujang.. saya tidaklah kisah sangat,
tapi sebab akan berkahwin.. all this things buatkan saya sedih + ingat pesanan doktor.. "jikalau dalam masa 1tahun masih tidak pregnant, ken datang hospital cek"  Erm...

Masa untuk balik!  Che Su yang paling kiri tu pun dah meninggal dunia :-(
 
Sebut je, air mata saya mesti ngalir.  Mungkin saya tidak yakin dengan diri sendiri even abams sokmo bagi semangat kat saya (thank you so much abam sebab menerima saya yang sudah sebegini seadanya)... alamak taip ni pun rasa nak nanges sob sob sob.

Pray us the best guys.....

10 comments:

  1. Salam, bergantung terus pada Allah, jangan pandang yang lain-lain lagi dah. Che abang yakin dengan kita, jadi teruskan perjalanan hingga ke syurga. Insyaallah, Allah akan sentiasaaaaa tolong kita dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... ye betul kata-kata tu, terima kasih atas nasihat.
      Akan digunapakai :-)

      Delete
  2. itu doktor kate, apa2 pon ALLAH maha mengetahui. kalau ALLAH nak bagi, apa2 pon boleh terjadi. banyak2 berdoa yek? insyaALLAH.. weols kat sini sentiasa doa yang terbaik buat kawan2 blog. jgn sedih2 k? nanti nak nek pelamin. yeay!!! tak lama lagik okkey? jgn cedih.. tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks a lot Beb sebab doakan kawan2 blog ;-)
      Ahehehe semalam dah naik pelamin.. try test.. dah separa pasang hahaha menjawab soalan tak?! :P

      Delete
  3. dekda, instead of jdi simpati baca entry ni tiba2 I gelak kuat pulak.lawak la cara u cerita ni...ha ha

    ReplyDelete
  4. kesian dekda, takpa itu cerita 4 tahun lepas punya, tahun ni cerita dekda lagi best, nak pak pong pak pong dah kan, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha tak upah team kompang la nak pok pang pok pang :P

      Delete
  5. kenapa ni beb?
    insya Allah okey.

    ReplyDelete