Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

17 September, 2014

Yea, Kelate Buleh Coti Peristiwa!

Dengan sangat bangganya saya ingin menyatakan kepada warga Malaysia (yang tak stay Kelantan lah & kepada rakyat Malaysia yang masih belum tahu), bahawa 25 September 2014 (Khamis), Menteri Besar Kelate isytihar sebagai Coti Peristiwa sempena Pengkalan Kubor mengundi hehe.

Maka dengan ini selamatlah coti saya sehari sebab malam tu saya dah nak bertolak ke KLIA2 (esoknya tu kan saya nak gi Guangzhou hehe!).
Plan awal abam pulak dia nak amik off maka selamatlah jua off dia sehari & bawa ke 1-2/10/2014.
Maka dengan ini saya tidak akan menghadirkan diri ke ofis dari 25/9-6/10 (12hari) = apply coti 5hari jeee (balance lagi 14hari).  Abam pulak apply coti 3hari je (2hari lg dia guna off- maklum le kije on-call khennnn?)  Heeee!
Jom lah duduk kelate.. banyak gile coti peristiwa kat sini:

  • Menang bola ke, Kelate masuk final bola ke (tak kira menang @ kalah), kompim dapat coti peristiwa punye hikhik.  
  • Coti raya haji default 2hari
  • Keputeraan Sultan Kelantan pun 2hari hihi!  (saya sayang sultan saya yg humble itu hohoo)
Adakah luggage kami akan beranak pinak lepas balik dari Guangzhou nanti? :P
Selamat bercoti kepada sesiapa yang bekerja di Kelantan :)

4 comments: