Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

10 September, 2014

Alhamdulillah- Akhirnya Kami Punya!

Setelah sekian lama KEPINGIN nak kan tapak kekal atas nama kami di CAR BOOT SALE DEPAN TESCO KB, maka IANYA TERNYATA MILIK KAMI.
Tapak kami di CBS Tesco KB (betul-betul depan Sireh Kopitiam).
Mak si Kak Ngoh tu la yg ckp DAH MISKIN SANGAT KE JUAL TEPI JALAN?
Ye la kami ni miskin harta tapi kami tak mencuri harta orang pun opsss :P

Bulan lepas bukak pendaftaran baru, kami laki bini cuba nasib tapi malangnya organizer bagitahu TAPAK NI UNTUK ORANG-ORANG LAMA JE, TAK BUKA UTK ORANG BARU.  Frust tak terkata :-(
Tak sangka dapat 74likes kat FB (tak pernah-pernah dapat like sebegini banyak selain gambar 1st irdina huhu). 

Kami teruskan bukak bonet di Queenspark Tmn Tengku Anis, Pengkalan Chepa walaupun hanya 2 3kereta je meniaga tapi kami tetap tak berputus asa nak menega (asalnya hampir 40kereta tapi attitude seller tu sendiri yang membuatkan muka2 sama je yg gi meniaga hmmm).
Bunting bukak tapak, yg register memang ramai tapi yang gi meniaga.. nan hadoooo!
Organizer ni tak sama dgn Organizer CBS Tesco KB tp geng2 dorg jgk.

Tapi saya tetap berharap nak di Tesco tu sebab pemilik Tapak yang selalu kami tumpang tu.  DIA JUAL TAPAK.  KAT SAYA DIA AMIK RM30 & DGN ABAM, DIA AMIK RM40.. padahal 1tapak tu RM15 je.  Tapi dia tak tahu lah kami laki bini hahahaha, kami gilir2 bertanya la, kalau dia tau kami laki bini, harus dia tak bagi :D
                                 Buka bonet kat Queenspark.. kelihatan tak ramai pun!

Kebetulan Jumaat lepas kami tak tahu nak gi mana selain ke ATM so tetiba saya terfikir "abam, jom gi car boot sale tesco, jamu mata je lah, boleh beli apa2"... park depan tapak kitorg, sekali Mat Yie tapak sebelah tak meniaga pulok.  Pastu tetiba abam CALL ORGANIZER CAR BOOT SALE tu.. kebetulan dia ada di situ maka gi lah jumpa.
Ni kat bukak bonet kereta @ queenspark, pengkalan chepa.. tak ramai~

Tanya dia TAK BULEH NGEJAS KE TAPAK 50 TU SEBAB DIA TU JUAL TAPAK KAT ORG LAIN, SANGAT JARANG LA DIA GI MENEGA PUN (WAH KELAS KAU JAHHH MENGADU GITTEW).  Diskas punya diskas, organizer tu pun bg tapak 50 tu kat kitorg so tapak tu HAK MILIK KEKAL KAMI SELAGI BERLANGSUNGNYA BUKAK BONET TU sebabnya empunya tapak asal tu la yang membuatkan imej CBS rosak sebab kami mempersoalkan KENAPA BAGI DIA JUGAK SEDANGKAN SYARATNYA TAK BOLEH JUAL TAPAK KAT ORANG LAIN ehehe.
Register & bayar tang tu jugak!  RM260 utk 3bulan.
Date ada (*) tu kena byr utk 3bulan berikutnya.
Ada hikmah bila:  abam ajak saya keluar + gi ATM sy amik RM lebih + tetiba teringat nak gi CBS dpn Tesco + sy tak delete sms matyie yg ada no. organizer tu, padahal pg tu sy duk delete2  sms lama-lama so abam buleh call.
Kalau tak, tak dapat tapak tu :P
Ni masa 1st time kami menega bukak bonet

Ni car boot sale kat UK hehehe

*sebab utama kami beriya nak TAPAK KEKAL IALAH KERANA MEMANG MASYUK LA JUAL KAT SITU.  LAGIPUN MEMANG STRATEGIK, ORANG GI TESCO KOMPIM-KOMPIM LA BAWAK DUIT BANYAK.  KALAU QUEENSPARK ORG TAK BAWAK DUIT BANYAK SBB ORANG GI BERSUKAN heheh*  (TAPI SAYA BOIKOT TESCO.. SAYA BERNIAGA DEPAN TESCO JE) :P

4 comments: