Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

04 April, 2014

Survey Nursery / Taska

Kami dah start survey nursery / taska.
Ikutkan hati tak mahu bagi orang jaga tapi apakan daya, saya wanita berkerjaya (ceh, berkerjaya lah sangat kan hihi).
Photo: Ralit sungguh tengok abahnya drive, sampai tak berkelip.
I'll be missing u abah.. See u tomorrow.  Sob!

(jgn lupa batik ganung umi nya ye).
Irdina ralit tengok abahnya drive sampai tak berkelip langsung!  Ye, tengok le puas-puas, abahnya nak outstation.  

Antara yang kami survey:
  • RM140/month.  Bila gi survey... HAMBIKKKK KAUUUUU!  Berpadananlah dengan bayaran RM140 tu!  Baby / kanak-kanak tersangatlah ramai (40orang kot) dengan penjaga hanya tak sampai 10orang.  Tengok keadaannya CAMTU LAH!  Anak doktor pakar / pegawai2 pun ada tapi walaupun saya KULI BATAK, rasanya tak sanggup letak Irdina kat situ huhuhu!
  • Taska Manjaku RM200 (senang nak balik ke ofis semula)

  • Taska Nurkasih RM190 (susah nak keluar sebab kena cross jalan, udahla jalan tu sibuk gila kekdahnya!  Saya sanggup ikut jalan jauh kalau jalan yang kena cross-cross nih!).  Akak tu briefing dulu sebelum letak, rekemended oleh kawan saya
  • RM250 (home based).  Akak tu sempoi, gila-gila mcm kitorg.  Anak sulung dia pun dah form 5. Dia jaga 3 4orang je.  Orang Johor, buleh la ajar Irdina bercakap 'di luar pagar' selain loghat kelate heeee.. mcm ok tapi lorong umah dia scarry gila heh!
  • Homalee RM250.  Femes sejak dulu, dkt gila la dgn ofis.. tapi tak gi survey lagi.
Entahlah, keliru sungguh.. mana nak letak?  Nak gi survey lagi kot?!

  • Makcik yang datang bersihkan umah saya offer nak jaga tapi tak tahulah abam kata nak survey nursery jugak.. dia tak nak lah tu.  Cucu-cucu makcik yang dia jaga tu jaga semua bijak apa... UPSR 5A &4A huhu.  Maybe makcik tu ala-ala kampung kot, abam tak nak heh!
  • Ma Abam pun kata buleh jaga tapi dengan syarat letak Irdina dalam buai.  Aiyak... saya tak mo ajar anak saya tido dalam buai pulaks.  Sebab Irdina jenis tido atas tilam, kot ajar buai pahtu bila letak kat tilam tanak tido pulak.. susah la aiiiolss huhu.
Tolong, saya keliru!
Saya sayangkan budak tecit nih, takut weh dengar kes-kes dalam tv / suratkhabar tu.
Tak nangis langsung Irdina duk dalam ni.  Sudahnya kami angkut sekali carseat ni ke kedai makan, senang kan?!  :P

BILA LA BULEH JADI SURIRUMAH NI hi hi hi!

6 comments:

  1. ololo.. siye ko irdina. nok keno tinggal ke ummi doh dio.
    kan, seronaknya kalu boleh jadi surirumah. gaji masyuk bulan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah su... kalu dok pun.. utk ibu2 yg ada anak bawah 2tahun.. waktu bekerja hanya sampai 1pm.. best kan? hahahah berange je la :P

      Delete
  2. Alaa.. bawa la pi ofis mesti bos besar tak kisah . pastu ramai yang nak jaga kat ofis tu hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaula ofis tu famili akak punya, memang tanpa segan silu akak bawak gi ofis haha.

      Delete
  3. Delima ibu bekerja. Akak dah lepas tempoh ni skrg tempoh berperang dgn anak remaja pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la anak dah besar, tak yah pening2 nak tinggal anak kat mana ;)

      Delete