Botol susu thermos kaler pink jadi pilihan. Harga RM89.90. Free berus botol.
Lepas beberapa hari fikir & tanya abam.. maka kami belilah seketui!
Lagipun boleh tahan 1tahun & boleh tukar puting TOMEE TIPEE.
Asal duk dalam stroller je mesti behave.
Mulanya risau juga takut Irdina tak mau hisap sebab pernah bagi pacifier brand OKBB yang murah dia taknak.. pacifier NUK yang mahal tu pun dia tak nak, adui makan hati.. membazir sajoook!
Sekali dengan puting MUAI ni, Irdina minum dengan syoknya. Maybe puting sama dengan ibu-ibu punya kot hehe.
Irdina dengan botol susu thermosnya. Nampak unik kan? Hehe. Beratnya 300gram
Memang terbukti tahan suam. Tapi kami guna botol susu thermos ni masa nak jalan-jalan je. Malas nak renyah-renyah buat banyak kali. So dengan tanpa bersalah kami buat susu full terus.. ye lah tak habis buleh bertahan suam lama kan hehe.
Di gerai makan tok ma Irdina
Ni ciri-ciri botol susu thermos!
Saya memang tertarik dengan semua ciri-cirinya... tak salah pun mencuba benda baru kan? :-)
Hope Irdina happy sebab susu nya sudah sentiasa suam :D
*yang tak bestnya cumanya ialah tak nampak susunya tinggal berapa banyak selepas dihisap heh*
Adoiii lamanya akak tak singgah sini. Dak keluaq tengok dunia dah hat dok kendong tu. Dah besaq dan comey lotte. Tahniah.
ReplyDeleteAhhehehe tu la.. lama tak singgah.. tup tup dah besar sikit... sikit je la :P
DeleteTerima kasehhhh :D
Terima kasih sis. 1 sharing yang sangat bagus. Semoga bermanfaat.
ReplyDelete