Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

29 April, 2013

Kekecewaan 2012 (vet kejammm!)

Entry ni refer kepada rasa kasih saya terhadap haiwan (saya animal lover).
Setelah cukup 1tahun kejadian ni berlaku.

 Saya sanggup ambil cuti 1hari untuk bawa kucing ni ke vet kerajaan.  Depa cucuk antibiotik

Setelah beberapa hari bagi ubat dari vet kerajaan tak jadi sangat, maka saya bawa ke vet swasta.  Saya terlalu kecewa dengan 1vet terkenal di Kota Bharu kerana tidak mahu merawat apatah lagi menjeling langsung kepada seekor kucing sakit yang saya bawa untuk dirawat.
Saya bawa untuk kucing tu dirawat beberapa hari sepanjang pergi umrah.  Bayaran 1malam saya lupa.

Stray cat yang asalnya tegap & cantik.. akhirnya jadi macam ni.
Walaupun ianya seekor kucing jalanan, tapi saya tetap rawat & bagi makan

Saya sebagai manusia yang bodoh untuk merawat kucing pun buleh pegang kucing yang "hamis / busuk / berkudis" sebegitu rupa (dengan pakai glove la).. takkan la vet yang SANGAT MAHIR MERAWAT pun geli nak pegang?

Sedia di bawa ke vet tapi vet jeling sekali, terus suruh bawa balik :-(

Alasan:  "kucing kalau dah macam ni meme akan mati camtu je, kalau rawat pun hidup tak lama!"

Saya bertanya 2 3x betul ke tak buleh rawat, katanya meme tak buleh.
Saya kata sanggup bayar berapa sahaja kos rawatan (at the same time, minta dana dari Persatuan Membantu Kucing / Anjing Jalanan).. tapi vet still suruh bawa balik.
Saya bawa balik kucing tu.. belum sempat keluar vet tu, air mata saya menitis.


Akhirnya stray cat ni mati jua (beberapa jam sebelum saya berangkat ke tanah suci pada 27 April 2012).
Sungguh.. dalam flight ke Madinah pun saya masih menangis.. mengenangkan stray cat ni (masa taip ni pun ngalir air mata).
Sebelum mati, stray cat ni sangat manja dengan saya.. nak menyendeng2 (masa sihat, dia tak hingin pun dekat dengan saya heee).

Makanan & ubat untuk stray cat itu.

Maafkan diriku kerana tak merawat kamu :-(
Kenapa harus ada vet kejam sebegitu?
Saya bertanya kawan-kawan yang tolong stray cat.. katanya kalau kat Serdang.. buruk cemana pun rupa kucing / anjing tu.. tetap di rawat!

Tenanglah kamu di sana wahai stray cat :-(

Entry tahun lepas KLIK SINI.

4 comments:

  1. Kesiannya..tak patut betul buat mcm tu...

    ReplyDelete
  2. takpe...kucing binatang kesayangan nabi...sok lusa kene kat org vet 2 sape2 pun tanak terima die tuk dirawat bila die sakit...berdoa jek...tuhan bayar cash la ni...sok lusa mati golek sendiri ke kubur kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap vet tu sedar la apa yang dia buat tu salah.
      Kalau betul sekalipun kucing tu dah tak buleh dirawat, bagitaulah face to face.
      Ini dia pesan kat pembantu dia jah (padahal vet tu meme ada depan saya).

      Dia ni penah masuk newspaper.. besar legasi vet dia kat kelate ni.. hmmm.

      Delete