Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

24 June, 2012

Umrah Hari 6- Dugaan & Umrah Kedua

Hari ke-6
2/5/2012 (Rabu)- Dugaan & Umrah Kedua

(rupa-rupanya saya terlupa untuk masukkan pengalaman hari ke-4 & ke-5 hehe, nantilah lepas-lepas ni)

Tengoklah betapa ramainya jemaah yang mengerumuni street seller.
Kat tangga hotel pun dibentangkan kain hmmm!

Selepas balik dari bermiqat di Ja'ranah, saya & makcik balik hotel untuk berehat seketika.
Kemudian pergi solat zuhur & masuk gate 94 (wheelchair gate). Sebab pergi agak lewat, maka tiada space berdekatan wheelchair mami, jadi kami bertiga berpecah.

Saya balik berkaki ayam hanya beralaskan sarung kaki & berjalan di atas jalan tar yang membahang dalam cuaca 40degress... mampu tak mampu.. lari aje la hee!  Sarung kaki tu terus saya masuk tong sampah sebab tak boleh guna dah kalau koyak
Saya agak kebelakang. Biasanya selepas solat berjemaah, saya tidak berapa suka terus keluar masjid kerana kalau keluar pun, mesti bersesak-sesak & susah untuk berjalan.


Kalau boleh, keluar 20-30minit lepas solat, senang sikit nak jalan.
Jadi saya mengambil peluang untuk mengaji seketika kemudian, saya mencari mami & makcik.
Bila pergi tempat mami saya solat.. eh tak ada. Cari makcik saya pun tak ada. La dah keluar ke? Saya tunggu lah di pintu tu dalam 5minit, tak ada juga jadi saya call cakap dorang dah ontheway balik ke hotel.

 
Yang boleh saya cakap ialah, saya balik ke hotel dengan berkaki ayam... hanya beralaskan sarung kaki yang nipis. Rasa tapak kaki masak hidup-hidup tapi saya cakap kat abang saya “tapak kaki dah masak ni ha” lepas tu saya gelak hihi.


Bayangkanlah tengahari terik dengan cuaca 40degrees!
Tapi serius, saya tak marah pun, berlari balik hotel gelak-gelak ada le :P

 Semasa saie. 

 Pekerja company BIN LADEN happy bekerja di Masjidil Haram (nampak happy tetapi kita tidak tahu apa yang bermain di minda mereka)

Heheheheh apa yang terjadi sebenarnya biarlah hanya kami sahaja yang tahu
(tapi saya tahu saya tidak bersalah) tapi saya dimarahi makcik.  Saya Cuma berdoa supaya saya dikekalkan sifat sabar & tiada amarah.




Lepas tu saya pergi makan tengahari walaupun kaki saya sakit sangat, tapak kaki pun dah keras sebab masak, boleh buat foot chop kot hehe.



Kami pergi awal ke masjid untuk menyelesaikan umrah.
Pada pusingan ke-4, saya terpisah dengan makcik tapi saya teruskan jua. Saya
Kurang 10minit lepas tawaf, azan asar pula. Selepas asar barulah saya & makcik melakukan sai.


Juga ada dugaan semasa saie.  Punyalah lama di situ... patut boleh settle saie kurang dari 1jam tapi sebaliknya berlaku.  Sudahlah tumit saya rasa pedih mencengkam, redha je la hmm.. cakap banyak karang kena marah kat makcik lagi, walaupun saya dah hint dia yang kita saie ni dah terlebih lebih pusingan "orang muda always wrong!" :D


Selepas saie balik semula ke tempat mami saya duduk.
Rasa lega sebab boleh merehatkan kaki walau seketika.
Rasa macam nak je request kat mami yang saya nak duk atas wheelchair masa balik hotel hehe tapi tak boleh lah kan? :P

Eskrem lembut tapi saya tidaklah gemar sangat walaupun orang mengwar-warkannya sedap ;)

Balik lepas isya tu, dinner & turun cari aiskrim.
Panas-panas macam tu memang nikmat makan aiskrim :D

Balik bilik terus tengok LIVE MASJIDIL HARAM.. memang tak jemu tengoknya.
Tengok sehinggalah tidur.........

4 comments: