Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

19 June, 2012

Apa kaitan pulak ubat kerajaan dengan politik? Ngekkk lah ko!

Kalau dah tak suka.. macam-macam lah orang claim!
Asalnya saya komen di status FB seorang kawan..
di mana dia tolong hantar kawan dia ke Klinik Kerajaan.
Tiba-tiba dia marah "ah ubat kerajaan tak menjadi.. demam tak kebah-kebah langsung, ubat murahan!"
Sebab dia tahu saya kerja hospital kerajaan.

Jadi saya cakaplah kat dia "ingat sikit, yang menyembuhkan sakit ialah Allah. Kalau beri ubat super power sekalipun, bila dah Allah tak izinkan sembuh, tak akan sembuh juga. Ubat tu sebagai penawar."

Bila cakap macam tu, "YA ITU SAYA TAHUUU bla bla bla..." tapi dia still nak tegakkan benang yang basah hujah punya panjang.
Katanya memang ubat kerajaan ni tak menjadi, ubat swasta juga yang bagus.
Hmmm dah kalau rasa ubat swasta tu bagus, kenapa tak pergi swasta awal-awal? Asyik nak condemn orang. Betul ke tidak kawan dia tu demam biasa?

Kalau tak tahu hal-hal ubat/sakit.. jangan duk bercakap tanpa fakta.. tuduhan melulu yang tiada kebenaran adalah fitnah.
Kalau ada rasa tak puas hati, pergi aje web Kementerian Kesihatan Malaysia ADUAN / MAKLUMBALAS / CADANGAN
komen apa yang korang rasa.. tindakan di ambil. Ni kondem kat FB, mana nak tahu?
Jangan duk bodoh sombong sangatlah!

Lepas tu dah siap kaitkan dengan politik bagai, kerajaan itu ini blablabla.. memang spesis fanatik tak bertempat. Apa pula kaitan klinik kerajaan & politik?
Saya cukup benci lah bab-bab kerja dipolitikkan. Kalau rasa diri tu betul, tak perlulah berurusan dengan badan kerajaan.

Saya kalau bercakap dengan orang fanatik politik, saya just follow the flow.. kalau dia kata dia pembangkang.. saya iya kan aje.. kalau dia orang kerajaan, saya iyakan juga! Saya neutral. Ada masalah?!

Ustaz pernah berkata sebelum pergi umrah haritu "kenapa takut sangat kalau tertinggal ubat? Ubat tu Tuhan ke? Ingatlah, yang menyembuhkan Allah. Tak makan ubat sekalipun bila Allah izinkan dia sembuh.. akan sembuh jua"
Terasa juga sebenarnya sebab saya pun salah seorang yang sangat risau kalau tak ada Actifast eheheh.

JANGAN TERLALU IKUT PERASAAN SEMASA BERCAKAP YA KAWAN-KAWAN?  MIND YOUR OWN WORDS ;-)

15 comments:

  1. kesiannn orang tu ...
    dia belum pernah merasa duk spital swasta kot..
    belum pernah merasa bayar duit ubat yang sama je jenamanya dengan spital kerajaan yang mencecah ratusan ribuan ringgit tapi di spital kerajaan bayar brape ringgit je ...

    pengalaman kami penah duk spital swasta & kerajaan ... heeee ... beza ketara rasanya dari segi layanan superb duk sebilik sorang la kot .. yang lainnya equipment spital kerajaan lagi up to date, lg superb ...

    bersyukurlah kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kalau mampu, gi ajelah swasta.. bg la peluang yg tak berapa nak mampu (mcm saya huhu) dpt rawatan kat klinik/spital kerajaan.
      Ha ah sama je sebenarnya ubat2 tu... saya duk admin.. maka tau la kes2 spital swasta yg kena rujuk ke spital kerajaan juga utk kes2 tertentu.

      Haaa kannnn? saya pun pernah duk wad sebilik sorg.
      Mula2 tu cuak juga sbb "terlalu percaya ckp org yg SPITAL GOMEN NI SERVIS TERUK.. KO TAKYAH LA MASUK WAD GOMEN, NANTI ADA MCM2 KES KO KENA.. NURSE GARANG LAH, DOKTOR RAWAT SAMBIL LEWA LAH, JAHITAN MENETAS LAH" pergh masa tu takut juga tp bila fikir balik "aku ni takde medical card, tak mampu le nak byr beribu2"

      Sudahnya tawakkal, aihhhh rasa taknak kuar wad plak :P

      Apa2pun memang tokleh hapuskan sikap tipikal orang kat klinik/hospital kerajaan.
      Saya pernah jaga ADUAN.. adoi pening kepala.. aduan merepek2 pun orang mengadu kekekek tapi tak apa le.. PELANGGAN TETAP DIUTAMKAN :D

      Delete
  2. mmm, rambut sama hitam...hati lain2...biasa la, kadang org main cakap jer..ikut sedap.
    jgn layan jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ore gitu meme emo.
      tokleh ore tegur, banyakkkk jawapan ngarut :P

      Delete
  3. Replies
    1. ko setuju aku ke dgn kwn aku? :P

      Delete
  4. Orang tu sepatutnya bersyukur, saya rasa ia terlebih dulu kena ubat hati ia tu dulu sebelum mengubat demam ia, caranya nak ubat hati ia tu teguk "clorox" aje hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha molek juga tu teguk clorox.. buleh hantar terus ke hospital swasta, ye lah sebab ubat mereka lagi effective compare hospital kerajaan kan keke.

      Delete
  5. salam kak,
    saya nak tanya satu soalan sahaja.kenapa kebanyakan nurse di hospital kerajaan muka masam2 dan macam tak ikhlas buat kerja.suka nak marah dan garang2 je.beza sangat dengan nurse di private hospital yang baik2 semuanya.Dalam resit hospital bukan main letak lagi subsidi kerajaan amount sekian2.tapi servis kenapa teruk kak.

    ReplyDelete
  6. Salam...
    Seperti yang saya cakap dalam kandungan entry.
    Untuk mengetahui kenapa nurse bermuka masam & garang, sila lah isi borang MAKLUMBALAS/ADUAN/CADANGAN so that senang buat siasatan & siasatan akan diemel kepada pengadu.

    Kalau tanya secara general macamni, mana nak tau?
    Nurse siapa nama? Wad mana? Patient siapa nama? Pengadu siapa nama? Kejadian pukul berapa?

    Macam cik siti? encik sitii? :D :D :D
    Letak pula website yang entah siapa /apa.
    Dikira aduan yang tidak lengkap. Nak siasat siapa kalau macam ni rupa?

    (macam tahu je siapa kamu) :D

    ReplyDelete
  7. salam..
    Sy ni silent reader jer tapi hari ni rasa nak bagi komen plop. apa yang siti cakap tu ada betul nya. apa yang owner blog cakap pun ada betulnya. rakyat bukan nak kondem hospital kerajaan tapi memang selalu sangat dengar pasal nurse2 diorang yang buat kerja macam tak ikhlas. Ni especially bahagian wad bersalin. terlalu banyak sagt citer yang tak elok.Kalau orang terlebih jerit pun kena marah. Adat la kadang2 tengah teran nak beranak tu tak igt apa2 pun sebab sakit sangat. Sy ada experience jaga orang sakit kat swasta and kerajaan. Alhamdulillah takder apa2 masalh ngan nurse2 kat situ. Dua2 ok. tengok tempat jugak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ianya brand KERAJAAN maka itulah yang orang nampak ;)
      Terlalu banyak cerita tak elok.. cerita yang bagaimana?
      Saya nak komen banyak pun tidaklah pandai, sebab orang lain yang merasa.
      Saya di pengurusan so yang urus "nurse-nurse" ni matron.
      Tahu la matron nak buat apa dgn nurse2 yg tak berapa nak "semenggah" dgn patient ni :D

      Pernah jgk Sister call saya lepas tu marah secara tiba2.. bengang la jugak.. kita dah la baru 2 1/2hari (bukan 2 1/2 tahun ok tapi baru 2 1/2 hari lapor diri) kerja kat spital pastu claim kita tahu segala2nya.
      Terus saya sound "sister cakap elok2 tak boleh ke? Kita dah la baru kat sini, claim kita ni tahu segala2nya. Cakap lah elok.. ni nak marah2, kalau sy tak tahu, ajarlah!~ Jadi nurse macamana camni?"
      Terus dia malu sendiri cakap "ehehehe Sister N*****TI memang suka cakap macam ni.. dah pesen nak buat cemana?"

      Pesen tak pesen.. kalu la jumpa dia nak je luku kepala dia hehe!

      Delete
  8. itu lah namanya manusia. ada saja rasa tak puas hati.. kalau akak mmg jarang ke kerajaan. terus ke swasta. sebab tak ada keistimewaan di sana. sebab bukan kerja gomen.huuu..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh kalau RM banyak, better gi swasta la... tadak hal punya :D

      Delete
  9. Apa-apapun kena BERANI!
    Berani utk tegur.. jgn kena mrh2/tengking duk senyap je seolah2 kita terima apa yang mereka buat.
    Di mana2 saja saya berurusan tidak kira kerajaan @ swasta, kalau bg BAD SERVICE... kena sound la sedas biar mereka sedar & malu sendiri!

    ReplyDelete