Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

22 June, 2012

Umrah Hari 6- Ziara Kota Makkah

2/5/2012 (Rabu)
Umrah Hari ke-6:  Ziarah Kota Makkah

 Subuh
Oooo

Kami pergi subuh pukul 3++  Kami solat di aras 2 &memang suka cari port di tepi dinding sebab nak park wheelchair.  Di Madinah / Makkah tiada bacaan Qunut semasa subuh. 

 On the way balik ke Hotel

 6.26pagi tapi sudah cerah seperti 7.30pagi di Malaysia :-)

 Just look around.. sebelah hotel saya ada Mall tapi tak sempat pergi pun

Lepas subuh kami terus pulang ke hotel sebab mutawwif kata ada ziarah kota Makkah, & bas pada pukul 7pagi. Seperti biasa tunggu abang saya dulu sebab dia tukang tolak wheelchair mami hehe.  

 Kedai runcit 4langkah dari hotel.. mcm2 ada

 Jemaah menunggu bas untuk ziarah kota Makkah.  Baju merah itu staff Al-Quds Travel Makkah

 Haaa siapa boleh baca?  Saya tak pandai tapi friend of mine katanya JANGAN MASUK!

 Adakah ini hotel yang dipajak oleh Andalusia?

 Bekalan untuk kami, setiap jemaah dalam bas pasti dapat

Kali ni mami tak ikut sebab katanya penat.  Tak apalah, mami saya pun memang dah banyak kali pergi umrah. 

 Street seller di jabal thur

Oleh sebab saya turun awal, maka masa menunggu tu rasa macam lama sangat.  Maka saya just look around tengok apa yang ada, sesambil cari stray cat & tengok apa yang ada berdekatan.

 Bas sampai 6.50pagi (tapi dah cerah macam 8pagi di Malaysia).  Tapi tak dapat duk depan lah pulakkkk.  Tiba-tiba staff Al-Quds di Makkah beri kami 1box bekal berisi air kotak, biskut, kek, kacang & mineral water. Wah ini sudah bagus!

 Dari kejauhannnn.....

Bas gerak 7.05pagi, alhamdulillah.. kira pantas cepat juga la sebab saya baca cerita-cerita jemaah lain, ada yang lewat dari jangkaan samada masalah bas dihalau polis, masalah driver tak boleh masuk depan hotel, bas rosak @ yang paling best JEMAAH SENDIRI YANG LAMBAT?!  Mutawwif dah pesan awal-awal, biar kita tunggu orang.. jangan orang tunggu kita. So far jemaah dari Al-Quds semua menepati masa “mendengar kata”.. alhamdulillah.

 Sedang mencari ilham agaknya


Kami menuju ke Jabal Thur.  Masih ada street seller.  Saya menahan diri supaya tidak membeli apa-apa yang tidak patut.  Mutawwif menerangkan sejarah Jabal Thur ni & saya memang dengar dengan kusyuk tapi makcik saya siap tarik tangan naik bas sebab dia pun dah banyak kali pergi umrah, jadi dia dah boring dengar.  Tapi saya tetap nak dengar hehe.
 
 Aishhhh tengah dengar sejarah dari mutawwif, sempat lagi budak ni datang promote beli buku bergambar!

 Group bas nombor 1

Mutawwif tanya “nampak tak yang putih sayup-sayup tu?  Itu orang tengah panjat Jabal Thur”  Penat le saya duk kecikkan mata, ish tak nampak aiiiihhhh... memang sah saya makin rabun, sebab ada jemaah lain kata dorg memang nampak erkkk.

 Kalaulah boleh panjat bukit itu :D

Saya cuma nampak seorang lelaki tengah “mencari ilham” bersama sebotol air mineral.  Dia tak buat apa-apa, Cuma duduk termenung di situ.  Tak tahulah apa motif.  Mungkin hiking lepas tu lepas penat kat situ kot?

 Haaa Malaysia mampu jual jubah letak atas jalanraya je? :D

Masa tengah dengar sejarah tu, tiba-tiba ada 2 3street seller lelaki datang “serang” kami dengan jual buku gambar-gambar Madinah / Makkah.  Saya tidak berminat tetapi jemaah lain ramai yang beli.  1buku SR10 tapi haruslah lengkapkan buku Madinah / Makkah kan?

Bas kami, bas no. 1

Kemudian kami di bawa pula ke Jabal Rahmah, jadi akan melalui tempat jemaah berkumpul semasa pergi Haji iaitu Mina, Muzdalifah semua-semua tu.  Tapi sebab makcik saya tutup langsir,maka tak dapatlah snap gambar di kawasan-kawasan tu.

 On the way ke Jabal Rahmah pula


Sebelum sampai Jabal Rahmah, Mutawwif kata kalau nak panjat boleh tapi make sure turun je bas terus pergi panjat..  nanti lambat gerak hehe.  Mutawwif bagi masa 30minit aje di situ. 

 Tapi kami (saya & abang) panjat kat bawah-bawah tu je.  Ada pula orang-orang kat situ offer kami tolong snap gambar kami.  Eh terima kasih aje lah!  Kami tau, dorang tu bukannya FREE FREE TOLONG... haruslah ada TIPS!

 Jabal Rahmah

Saya hairan juga sebab kami berdua je dari group bas 1 panjat belah kami panjat tu.
Rupa-rupanya yang ramai orang tu ialah kat depan hahaha adoi.  Tak apalah, sekurang-kurangnya panjat juga kat belakang bukit.. better than nothing :P

 Masjid Ja'ranah untuk bermiqat (gambar google jah sebab lupa nak snap gambar masjid)

 Jual-jual depan masjid ja'ranah

Selepas itu kami pergi bermiqat.
Punyalah bersesak-sesak untuk masuk ladies & berwudhuk tapi Alhamdulillah cepat je turn saya.  Begitu juga dalam masjid.. memang susah sangat nak sentuh dinding entrance punyalah susah.  Saya fikirkan mesti dalam tu pun dah tak ada space.  Sekali bila masuk masjid... laaaaaaa... sangat banyak lah space kosong kat atas tu sebab semua aim belakang-belakang, supaya senang keluar barangkali?  Saya terus ke depan, tak ada gangguan at all.

Jangan cepat tergoda cik kiohhhh~

Bila keluar masjid, ada jemaah tengah ‘window shopping’ termasuk lah makcik saya hehe.  Lepas tu terus balik ke hotel.  Masa menuju ke hotel, banyak bangunan / hotel-hotel sedang dirobohkan.  Hmm bagaimana lah pula keadaannya Makkah dalam masa 5tahun lagi agaknya ya? 

 Kerja meruntuhkan bangunan sedang giat dijalankan

Melalui terowong nak balik ke hotel




Sampai di hotel, ada yang terus melakukan ibadat umrah tapi saya bali rehat dulu.  Ikutkan nak pergi terus sebab saya risau le kot-kot masa tidur saya tutup muka tapi dah makcik kata nak buat lepas Asar, saya ikut aje lah.

Ok lah bersambung....

8 comments:

  1. Salam

    Yg papa tanda tu maksudnya dilarang berhenti dan menunggu

    Next!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops haha silap.. ya betul.. jawapan tu akak tu jwb mcm kay jwb :P

      Delete
  2. mekah dah banyak berubah
    makin moden :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. lain dengan 14thn dulu ;)

      Delete
  3. mari singgah tumpang lihat perkembangan mekah.

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronok dengo pengalaman ni, awak ini kali ke 2 ke Mekah kan... alhamdulillah insyaallah umur muda lagi tentu akan Allah beri rezeki ke sana lagi kan. Tak jemu kan kalau kesana :)

    ReplyDelete
  5. ha ah kali ke-2 gi sana.
    Tp kali pertama gi sana, ingat sikit-sikit je kalau orang tanya pun macam tak boleh nak jawab sgt :p

    Kalau ada rezeki lebih, insyaAllah akan ke sana lagi.. semoga kita semua jadi tetamuNya ;)

    ReplyDelete