Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

21 November, 2012

Kampuchea Day 1- Ke'pergi'an & Ketibaan

11/11/2012 (Ahad)

Kali ini saya repeat Kampuchea lagi.
Kali pertama pergi ialah Januari 2012.
Setelah riki pada Julai 2012, tiba-tiba ada tiket murah (RM267 return- belum add on), maka saya decide beli & bersama dengan 4kawan lain (tapi 2orang lagi balik tarikh lain-lain).  2orang kawan tu pernah pergi Kampuchea :-)

 Ready to go!

Target saya kali ini ialah pergi ke tempat yang belum pernah saya jejak & salah 1 tempat yang saya target ialah Mongkul Borey (kampung abe nasir- driver kami).  & Battambang (pernah ada dalam dokumentari DUNIA TERSEMBUNYI di TV3).

 Luggage saya dan 'orang sebelah'.  Pandai saya bajet utk 20kg baggage kan hehe

Agak pening lalat juga nak buat itinerary sebab inilah kali pertama saya buat sendiri.
Biasanya duk follow orang je hehe.

Saya beli baggage untuk 3kotak sumbangan ialah 30kg... Saya juga pandai bajet hahahah (berlagaknya!)
Tapi baggage KL-PNH ni ditanggung oleh Pakcik Rahimi dari Kedah.. terima kasih :-)
 
Flight saya 7.05pagi maka tumpang tidur beberapa jam di rumah SIL to be @ Nilai :-)
4.20pagi sampai LCCT, memang orang tak pernah putus, siap bentang newspaper tepi-tepi dinding macam picnic gitu.
 Hai awak... isi form ke? :D

Walaupun sudah web check in tapi kami mengambil keputusan untuk pergi awal juga sebab kami bawa 3kotak barang sumbangan, takut proses letak barang jadi lambat kan?!

 Meal yang tak jadi bawa keluar dari flight

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Kami breakfast dulu kat Marry Brown sesambil tunggu Ayu & Faridah.

 Ok la kot rasanya, better makan dari kelaparan heee!

6.15pagi kami masuk boarding hall tetapi masih lagi tak nampak Faridah.
Saya dah mula cuak, sms tak jwb, call tak jwb.. kot le dia tertinggal flight.. takkan nak pergi 3orang je kot?  Tak syok lah hehe.
Tiba-tiba dia sms, katanya JUMPA DI CAMBODIA!  Alahai wat gempak je mokcik sorang ni!

 Macam orang kampuchea je dengan topi macamtu!

Kami book meals, ingatkan nak tapau makan dalam van (kaedahnya 5jam dari Phnom Penh ke Siem Reap) tiba-tiba Ayu suarakan 'makanan tu lepas imigresen ke?'... alamak!  So 'orang sebelah' tanya pramugara tu agak-agak lepas ke, tapi imigresen pun tak pasti maka terpaksalah makan dalam flight saja hmmm.

Here I come kampuchea!

Flight kami touch down Phnom Penah 7.40pagi dan Ayu telah booking Mr. Kimsan Un untuk fetch ke stesen Minibus Station & belikan tiket.

 Mr Kimsan Un yang fetch kami di airport

Nasib baiklah terjumpa Mr. Kimsan Un ni beberapa hari sebelum fly.
Ikut heran kami malas naik tuktuk kat airport Phnom Penh tu.. mahal le $7/tuktuk.
Tuktuk kat luar airport murah tapi memandangkan saya bawa kotak.. susah la nak menapak!

 Depan stesen minibus.  Barang-barang kami 4orang!

Kami berkeras suruh Mr. Kimsan Un beli tiket 9.30pagi walaupun dia kata tak sempat & nak beli 10.30pagi.  Takde takde, sudahlah kami nak mengejar masa.. suruh beli lagi lambat pula!
So kami sampai stesen minibus tu 8.50pagi... haaaa nasib baik kami berkeras, kalau tak.. berjanggut kena tunggu 10.30pagi :D

Dalam minibus.. panas le pulok aihhhh tak rasa aircond sangat.. tapi ok lah dari naik bas yang 7jam tu huhu

Maka bertolaklah kami 9.35pagi dari Phnom Penh ke Siem Reap & mengambil masa 5jam 30minit sebab jalan terlalu teruk.. seperti biasalahkah.  Walaupun 200km++ je.  Jangan anggap jalan di sana sama seperti jalan di Malaysia.

Bersambung :-)

5 comments:

  1. wahh.., wak tetiba rindu pulak kat Siem Reap tuuu.. ehhHHee

    ReplyDelete
  2. lagiiiiiiiiiiiiiiii... tak sabar neh..

    ReplyDelete
  3. naik mini van dari PP ke Siem rap berapa ye

    ReplyDelete