Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

26 November, 2012

117 Hari- Try Baju Pengantin

117 hari lagi to my big day (ini bukan blog B2B, ni entry syok sendiri jah).

Minggu yang sibuk.... sibuk pergi butik pengantin cari & test baju sebab tarikh yang kami pilih ialah PEAK DAY iaitu CUTI SEKOLAH! 
Survey butik berdasarkan kepada pencarian di internet & juga kawan-kawan.
Itupun sudah ada yang booking 5bulan lepas lagi pada tarikh saya, oh tidakkkk!

Baju akad nikah?  Not finalize yet (MARINI BUTIK)

Kami ni pengantin bajet jadi nak pilih butik pun berpada-padalah juga walaupun ada beberapa butik yang kami pergi tu boleh buat kami telah air liur :P
Seperti saya katakan, saya tidak mahu bersanding jadi kami memilih mini pelamin sahaja (buat cukup syarat untuk bergambar).

Cantik (baju la cantik.. aii memang tak cantik heh)... color yang biasa dibuat:  MERAH HITAM tapi saya tak ambil kaler ni walaupun menampakkan saya KURUS :D

Baru 7bridal yang kami pergi tapi 'orang sebelah' dah malas cari dah (sayapun dah mabuk dengan lambakan baju pengantin ekekekek).
Jadi, semalam dah finalize 1bridal (buat di rumah sahaja) iaitu MARINI BUTIK di Batu 2, Jalan Kuala Krai (016-2760565).. Salah 1 butik terkenal pun sub kan kepada butik ni untuk pasang pelamin so tiada bezanya le.

Koleksi di MARINI BUTIK (banyak lagi tapi malas nak tepek gambar)

Walaupun color tema saya tiada tapi tuan punya Marini Butik akan usaha carikan.. wah ni yang saya suka! 2kaler lain, biar 'orang sebelah' aje lah pilih sebab baju pengantin yang ala-ala kembang tu tak ada pun (gaun ala-ala snow white ada le.. orang sebelah tak suruh pakai pun kekekeke).
Banyak juga pilihan baju di sini.  Mula-mula husband kak Marini (Abe Me) tu letak RM2500, terus saya telan air liur isk.. tapi bila cakap nak mini pelamin, abg tu buat perkiraan lain.
Abang Me tu amik RM1800:
  • 3pasang baju (2pasang jah sebenornya tapi kami request 3pasang hehe)
  • pelamin tanpa panel (tu pun dah cukup lawa dah aih bagi saya)
  • 1x make up
  • bilik tidur
  • meja beradap
Kiranya confirm kat sini aje la.  Bab-bab tema pelamin, bilik tidur, scallop saya serah kat 'orang sebelah'.

Saya suka ala-ala kembang macam ni (kembang seperti badan saya haha), tapi ini bukan warna tema, sekadar test saja- ni di KIKI SHAQIE BRIDAL

Hari Sabtu haritu saya pergi ke 1butik pengantin (from home juga).. KIKI SHAQIE BRIDAL di Jalan Bayam (012-9470510).. baju banyak pilihan juga & memang ada warna tema yang saya berkenan sebab dress kembang semangkuk gitu tapi dah tak pilih situ dah kan.. saya pasrah (walaupun hati saya memilih baju di BUTIK ini huhuhu)  :-(
Pakej di KIKI SHAQIE BRIDAL ni pun sama macam Marini Butik (cuma pilih samada nak bilik tidur @ meja beradab) :-)

Jadi, pencarian baju pengantin terhenti cukup sampai setakat ni.
Cuma kena pergi lagi ke MARINI BUTIK sebab nya tak abis test lagi heheheh.
Harap-harap baju biru turkoise tu masih ada lagi, berkenan juga yang tu.

Buku hikmat kekekeke

Akak Marini tu siap puji cakap "wah siap buat buku lagi, biasa-biasa yang datang survey tak de buku.. datang kosong jah"... awwww kembang lobang telinga saya.  Biasa le.. idup kena ada perancangan & tulis, supaya tiada yang tertinggal.. kahwin hanya sekali huhuhu~

Survey lagi.. benda lain pulaks!

No comments:

Post a Comment