Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

24 May, 2012

Umrah Hari 1 part 1: Kota Bharu-KUL

Umrah Hari Pertama:  24 April 2012 (Jumaat)
KB-KUL:  6.40pagi
KUL-MEDINAH:  10.25pagi

Saya bangun seawal 3.30pagi (setelah tidur 2jam sahaja-sedih mengenangkan kucing sakit yang tengah nazak ketika tu).
Saudara saya datang jemput 4pagi (terlalu awal sebab kami minta datang 4.30pagi)... terkocoh-kocoh saya dibuatnya hehe.

 Suasana di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa 4.55pagi

Saya sudah buat persediaan maka tiada apa yang tertinggal & sempat lagi saya memberi stray cat rumah sebelah makan ehe.
Maka bertolak ke airport Pengkalan Chepa 4.35pagi, jalan memang clear tapi bila sampai airport pada 4.55pagi.. suasana kelam kabut & dipenuhi dengan jemaah serta keluarga jemaah yang menghatar.  Tidak berapa nak nampak staff Al-Quds di situ sebab memang meriah amat.
 Beg-beg ni semua di susun oleh staff Travel Agent, jemaah tak perlu susah payah lah nak letak kat kaunter tu.  Kami di beri stiker Al-Quds jadi insyaAllah senang nak trace :-)

Saya rasa airport di Malaysia ni patut laksanakan sistem seperti di Airport Delhi di mana hanya yang menaiki pesawat sahaja dibenarkan memasuki dalam airport tu, yang hantar duduk di perkarangan airport sudah!  Sungguh, saya kagum dengan airport Delhi, sangat berbeza dengan airport Pengkalan Chepa, kelam kabut dengan yang hantar.  Imagine yang pergi 2 3jemaah tapi yang pergi hantar 2buah kereta.. isk!

 Tag bas nombor 1 warna oren (ustaz illyas)
Bas 2 warna hijau (ustaz tak ingat nama tapi selalu ada di radio ajar mengaji)
Bas 3 warna merah (ustaz ghazali orang kemboja- ketua untuk semua mutawwif untuk trip umrah pada ketika itu)

Juga nak tegur pemakaian yang hantar jemaah.
Dah tau nak hantar orang pergi umrah tapi pakaian uih short sleeve sampai nampak ketiak lepas tu rambut terjulur keluar walau pakai tudung... baik usah pakai tudung kalau begitu :-)  Yang pakai lip lap mengalahkan pengantin pun ada juga.. sungguh lah motif, tak sesuai ok.. bukan hari raya @ kenduri kahwin!
Sungguh celupar jari saya tapi saya jujur, saya tidak berselindung!

 Saya & mami orang last turun dari flight kerana tunggu wheel chair.. semua passanger turun.. terus staff ni naik untuk pembersihan :-)

Dari awal mami guna wheel chair maka kena jadi orang terakhirlah naik & turun flight.
Solat subuh di airport pun kelam kabut sebab tempat solat tu kecil & masing-masing berebut, walhal ketika itu sudah 6.15pagi(20minit lagi nak fly).  Mami solat di atas wheel chair sahaja di boarding hall.

 Di KLIA... sangat lah besar, pening!
Maklumlah biasa dengan LCCT je keke

6.30pagi naik plane.. oh kebetulan pula seat sebelah mutawwif bas no. 2 (seriously memang tak ingat nama ustaz ni.. tapi aku gelarkan dia ustaz janggut je buleh?  kekekek). Mutawwif ni kelakar.. mami tanya macam-macam lah.
Kalau orang kirim salam kepada Rasulullah tapi yang menyampaikan tapi tak sebut "assalamualaikum" boleh ke?  Ustaz janggut kata "sepatutnya dia sebutlah Assalamualaikum tu, kalu dok, dokleh le sampaikan.. sekkat separuh jale jah la kalu gitu, kalu gitu gak, nok wat guano dih.. salam tok sapa lah" :P
Lepas tu macam-macam lah mami tanya... pasal radio pun tanya, bagaimana terima caller di konti, siapa control semua... wah mamiku... macam wartawan pula kekeke.

Famili saya

Sampailah kami di KLIA 7.40pagi & memang orang terakhir keluar dari flight.
Sempatlah tengok pekerja-pekerja tu mencuci & membuang sampah dalam flight.
Pernah tengok dalam Majalah 3 rasanya, mereka hanya diberi masa 10minit untuk membersihkan segala-galanya sebelum penerbangan seterusnya.. huii kagumlah saya!

 Makcik bawa bekal sandwich

Makcik & abang saya yang pergi umrah sama, sampai KLIA 7pagi lagi.
Tapi kenalah tunggu kami yang terakhir ni.
Kena berkumpul di aras 5.  Saya & mami ketinggalan lah, mujur juga staff KLIA yang menolak wheelchair... jauh juga menapak.
Kalau suruh saya pergi KLIA seorang diri, terkial-kial juga rasanya (ye lah sebab dah biasa dengan LCCT jah).

 Anak buah saya Hyden Mikail

Ketika sampai aras 5, berjumpalah dengan sepupu-sepupu saya & abg + makcik saya akhir sekali. Boleh dikatakan majority di aras 5 pada ketika itu ialah para jemaah untuk pergi Umrah sahaja.  Tengah sibuk-sibuk cari jemaah Al-Quds.. eh ternampak pula Imam Muda Hizbur lone ranger.  

anak buah... heidi natasha & hyden mikail

Jemaah Al-Quds berkumpul di hujung (dekat area KFC) & saya kelam kabut juga sebab jumpa abang hilang makcik, jumpa makcik hilang abang heheh pening weh!  Mami pula di hujung sana, saya di hujung sini waduh!  

Ketika pergi ambil mami kat hujung sana, tiba-tiba mami cakap "tolong cakap kat pakcik tu kesian dia gi maghi gi maghi cari orang lain tak jumpa kot"... bila saya tengok, memang kesian kat pakcik tu macam nanar mencari group... terus saya tanya "pakcik cari siapa?"  Rupa-rupanya dia cari isteri & jemaah lain.. dia terputus dengan isteri dia yang naik lif seorang diri sebab dia takut nak naik eskalator & semasa naik eskalator, pakcik tu tunggu isteri dia kat lif barangkali jadi dah terputus pula dengan jemaah lain.. alahai kesian jadi saya suruh pakcik tu ikut saya sebab dia memang group Al-Quds.

 Apa-apapun dalam banyak-banyak channel, saya layan kartun haha

Semasa hantar pakcik tu ke ustaz janggut, isteri dia memang dah ada kat situ.  Alahai lagi, nasib baiklah terjumpa.  Tapi pakcik tu nampak cool je, tak nampak kalut pun (simpan dalam hati tu hehe, perempuan lain lah cepat kalut ribut).

Tengah tunggu-tunggu tu.. aishhh nampak Adi Putra pula.  Sepupu saya suruh snap gambar tapi saya malaslah, buat apa? :D
Tak lama kemudian ternampak pula Nora Danish berjubah hitam.. aishhh kiut budak ni.  Jadi saya expect Imam Muda Hizbur, Adi Putera & Nora Danish dalam satu group :-)
 Nasi berianinya agak lembik tapi saya ni pemakan orangnya maka habislah ia :P

Semasa saya tengah beratur nak beli makanan, dengar jemaah lain minta ke boarding hall.  Laaaa kata 2jam lagi nak fly tapi kena masuk awal, nak isi perut pun tak sempat, sudahlah lapar hehe ingat makan je saya!
Saya tengok ustaz janggut tu baru je lepas beli makanan.  Mutawif saya memang tak nampak di mana-mana atau mungkin saya yang gerak cepat sangat kot.. lupa nak tanya pasal wheelchair untuk ke boarding hall.  

 Aiskrim magnum.  Tak tahu berapa ribu kalori saya tambah dalam flight tu

Saya kena marah kat pegawai imigresen sebab masukkan beg troli tu dalam "dulang", ye lah saya tengok semua jemaah lain masukkan jadi saya masukkan lah juga.. tiba-tiba pegawai tu jerit "beg besar tak payah lah masuk dalam tuuuuu, masuk yang kecik je lahhhh!"  amboi cakap elok-elok tak boleh kah?  Sungguh saya malu sebab ramai ketika tu.  
Abg saya, saya, mami & makcik saya  (all sponsored by mami ehehe terima kasih mami)

Selepas lepas imigresen, masing-masing terkial-kial pula sebab di boarding pas tak beritahu gate berapa.  Sungguh confused... nasib baik lah ada board tulis flight ke mana-mana tu tepi tu jah.  Jemaah yang veteran-veteran ni ikut saja kami.  Wuwuwuw rasanya kami ter'awal' kot sebab mutawif tak masuk pun lagi rasanya huuu.
Agak jauh juga menapak.  Dan-dan pula mami & makcik naik "kereta" dalam airport tu.. tak tahu lah menda alah tu nama apa :P
Saya & abang menapak je.  Saya suruh pakcik yang terputus dengan isterinya itu naik walk eskalator tu tapi dia menolak, katanya isteri dia takut eskalator.. oh lupa pula saya.. so sweet :D

 Kawan ketika dalam flight, ramah juga cuma dia bas no. 3

Semasa sampai di gate 10, tak ramai lagi ketika tu tapi saya pula nak membuang air besar.  Aduh toilet gate 10 rosak, kena menapak ke gate 4.. jauhnya!  Tapi pecut lah apa lagi, mami yang nak pergi toilet tu pun saya tinggalkan sebab tak tahan sangat huhu.  Tapi mami pergi juga selepas tu.  Abang saya pula sms suruh cepat masuk sebelum jemaah lain "serbu" sabor je lah :P

Sebelum tu lagi 'ayahjoe' dari forum CARI sms untuk bertemu tapi ada saja halangannya.  Saya lah yang laju tu.. asyik ke depan ke depan ke depan, sudahnya tak jumpa langsung.  Ayahjoe ni sudah banyak kali berpengalaman pergi umrah, kalau boleh.. nak lagi kutip pengalaman dari dia :-)

 Makan lagi.  Kek coklat lembab itu tersangatlah sedap!

Semasa di boarding hall, ustaz Ilyas call tanya nak wheel chair ke?
Weh ustaz, kami dah sampai dahhhhhh hehe so saya kata tak perlu le... nak masuk flight dah pun.  Saya minta masuk awal dari staff KLIA, katanya ok boleh masuk.. wah special, tapi confused sebab jemaah lain masuk pintu sebelah tapi kami pintu 1lagi.. ingatkan salah flight.. tapi bila masuk rupa-rupanya saya masuk pintu BUSINESS CLASS... wah kelassss gitu.. boleh lah tengok area "business class"... siap ada meja bulat lagi.. tapi tengok sekilas saja.

2nd meal pun menu sama jadi saya dah tak makan lah nasi tu hmmm
 
Kami antara orang yang terawal masuk jadi tak kelam kabut cuma tak best sebab seat tengah-tengah.  Dapat kawan dari Al-Quds juga cuma bas lain-lain.
Tak silap saya seat Adi Putra kat business class, Nora Danish kat tingkat atas & Imam Muda Hizbur depan saya tapi seat idle tu heheh.

Si Flight Attandance tu bila nampak Adi Putera.. mak aiiii tiba-tiba galak semacam.
Hahahah jari saya memang tak boleh control ketika menaip ni.

Perjalanan mengambil masa 8jam ++ (rasanya lah, tak ingat pulak isk).
Banyak sungguh lah saya makan.  SEmua saya sebat.. mami tak selera pula hehe.
Lepas tu tidur lah apa lagi sehingga sampai.

Bersambung.....


10 comments:

  1. Yes airport Delhi mmg menarik.. Suka..

    ALHAMDULLILAH terbang sudah ke sana ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum gi India fikir mcm2 psl airportnya, setelah studi...ok lah cuma imigresen nya agak renyah.. nyampah :P

      Alhamdulillah... diizinikan jadi tetamuNya ;)

      Delete
  2. salam mek gep ...

    cepatt sambung citer umrah ni tau!

    haaa, berita sedih... semalam kucing jiran tu terpaksa ditamatkan riwayatnya sbb kegagalan buahpinggang..sian dia sedih betul masa nak kebumikan / tanam .. dah tanya encik suamiku jenis kucing dia tu nama "maine coon cat" ... besarrr cam anak rimau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa ada ke org nak baca kalu sambung? Ahehehe.

      haaaa? ye ke?
      ala sedihnya... berapa umur kucing tu?
      mak oiii maine coon tu 'jelita' & telinyga tajam sikit kan?
      Nape buleh jd gitu ek? :-(

      Delete
  3. tulih lagi weh...sblm ambo gi, ambo nak khatam bab Umrah ni.. takpo la gaya mu nulih lagu tu..jujur tu penting..so mu tulih jah... ambo suko jah baco...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhhaha meme tokdey abis la jun ni.. seronyo julai baru abis kot.
      Contoh terdekat... gi kemboja bule 1... april baru abis ekekekek.

      Delete
  4. bestnya...
    cepat sambung story

    passtt nak suruh mami sponsor boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahkak kena jadi orang gaji kami dulu baru sponsor ahahahah larikkkkkkk :P

      Delete
  5. best2..cepat sambung. jangan jadi mcm aku, banyak hutang entry :p

    ReplyDelete
  6. hahahaha mood malas menaip sudah mari le huzzzzzzz, berjangkit dgn ko hihi.

    ReplyDelete