Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

18 May, 2014

Al-Fatihah...

10 Mei 2014 (Sabtu) yang lepas, ibu saudara yang berjiran di sebelah rumah saya telah meninggal dunia setelah beberapa hari koma (darah tinggi).
Saya sempat melawatnya di ICU Sungai Buloh pada 30 April 2014 (Rabu) & sedih melihat keadaannya yang sembab sehingga saya hampir tidak mengenalinya langsung.
Ramai sanak saudara dari Kelantan pergi lawat arwah di Sungai Buloh.  Yang tak mampu naik flight, pergi dengan bas, yang berumur ditambah dengan nyanyuk pun pergi lawat...

Huih sedih pulak rasanya.. sebab arwah baik, tiap-tiap petang balik kija saya mesti bagi apa-apa makanan untuk dia.  Arwah sebatang kara tak pernah kahwin sehingga umurnya 60++ tak silapnya... hujung hayatnya dia di bawa oleh anak saudaranya yang duduk di Subang. Tapi arwah dikuburkan di kampung saya kerana sanak saudara semua di sini.  Abam sempat tengok muka arwah putih berseri... semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman... aminnn...
Tapi ada juga 1 MAKHLUK YANG SIHAT SEGAR BUGAR YANG BERADA DI KL LANGSUNG TIDAK MELAWATNYA APATAH LG BERTANYA KHABAR WALAUPUN SETELAH MENGETAHUI ARWAH BERADA DI ICU (lupa.. dia mengejar harta dunia.. bg dia, apalah ada seorang yang tua OKU pulak tu kan?!!!) Janji tinggal janji aje la.. banyak gula di bibir opsss!



6 comments: