Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

10 February, 2014

Majlis Cukur Jambul

MAJLIS CUKUR JAMBUL IRDINA UFAIRAH BT ROFIZI
7 FEBRUARI 2014 (JUMAAT):  17HARI
7.30PG-6PTG
Time ni pukul 1pg++... gegehhh abam & my BIL.  Sofa tu dah jual tapi tuannya tak datang amik lg hehe!

Salam.. fuh dah lama tak online sebab laptop kat kedai, kena tukar keyboard baru.. ni pun pinjam laptop klinik abam.  Pastu malas pulak nak hupdate sejak ada anak ni... cewah kooo!  :P
Semua famili belah abam datang tolong.  Terima kasih semua :-)

Tiba2 nak update pasal majlis cukur jambul kan?  Kami decide nak buat majlis untuk Irdina seawal mungkin.  Biasanya orang lain buat hari ke-40.  Saje je buat awal-awal (akikah next time lah).
Jemaah sudah mahu menjamu selera... tu kopi dari kemboja.. jemaah kata KOPI KAWWW.. pekat ooo!
Sessi menjamu selera

1minggu sebelum majlis baru decide nak buat.  Mulanya nak buat petang tapi clash dengan majlis tahlil sedara dkt umah so kami decide buat pagi.  Kat kelantan biasanya memang buat awal-awal pagi.  Asalnya sedara tu cakap boleh start 8pg.
Tapi 2hari sebelum majlis, katanya Imam suruh start 7.30pagi sebab dia nak bagi ceramah pula 8.30pagi.. ok no problem!  Saya minta jemput dalam 20-30orang jemaah masjid.
Sian ini budakkkk.... 6.45pagi dah kena mandi... biasanya 9.30-10.30pg mandikan beliau!
Abam..... CAKKK!!!! :P

MENU:

  1. ROTI JALA:  2KG (dalam 110keping) walaupun saya rasa tak cukup sebenornya huhu
  2. ROTI BULAT:  10bungkus= 100biji (saya juga rasa mcm tak cukup)
  3. LAKSA / LAKSAM:  15kg

Ni pukul 11pg++... hidang laksa / laksam sebab roti / roti jala dah habis.. pttnya laksa ni jamu belah petang. Itu dadih buatan saya.. tetamu dtg, saya masih sibuk siapkan dadih... erk!

Kuah kari ayam & kuah laksa penang, my MIL yang buat.  Cuma kuah laksa lemak je yang order.
Semuanya last minit.. 3hari sebelum baru order he he he (NEXT TIME PLAN AWAL2 YE!)
The menu
Menu pemanis mulut

Oleh sebab saya macam tak berapa puas hati dengan kuantiti roti jala lepas tu takda pula manisan lepas makan, maka saya decide buat dadih.. nasib baik ada bekas2 kecik tu.  Boleh la dalam 97 bekas.
Ini atok kepada abam (atok mertua lah kan?  erkkk)... Umurnya 112 tahun... masih kuat.  Dia minum milo sahaja, air lain tak minum :-)
"radas2 yang diperlukan semasa majlis cukur jambul"== eh tak da pulak orang tu nak kebas bekas ni kan... hairan!  :D

Khamis malam tu my MIL, 2orang Brother in Law & sorang mak sedara abam datang tido kat umah tolong apa yang patut.  Saya & abam tido 2pg ++ haritu untuk siap2kan apa2 yang patut.
Rambut Irdina & cincin kawen saya yang dah patah riuk (layer pertama cincin pertama entah jatuh ke mana wuwuwwu sedehhh!)

6pg sy bangun nak buat dadih lagi tapi si Irdina pulak duk uk ek uk ek.. tak jadi gheja huhu.  6.50pg baru saya mandi.. siap2 mandi.. tadaaaa jemaah masjid ramai gila dah sampai 7pg.. alamak baru kalut nak siap.. nasib dah iron baju awal2 hehe.
Anak kepada officemate saya... tembam gila kan?.. umur baru 1tahun, chineese look abis... geram nak penyek2 je + pandai duk ciku cak hehe!

Pastu baru teringat yang air tak masak lagi.. aiyakkk!  Kalut ribut habis sebabnya 7.10pg dorang dah start selawat untuk cukur jambul.. sy berkejaran nak masak air (nasib ada 3kettle huhu)... tak jadi jugak buat kopi o dalam tong besar nya, tak sempat weh!  Tu pun bertambah lagi 2orang sedara yang datang, tak sempat gak.
Dah lama tak bergambar berdua dengan abam (lupa bergambar dgn Irdina huhu).  Cheat day.  SAYA MAKAN ROTI JALA, KARI AYAM, NASI AYAM GORENG + PEDAL he he he!  Lupa nak amik gambor berdiri... berat saya dah back to normal (53kg)  ngeee!

Saya frust gila sebab tak sempat langsung nak snap gambar masa Irdina dicukurkan jambul tu sob sob sob.  Ye la, kata majlis 7.30pagi kan.. ni 7.10pagi dah start sob!  By 7.30pagi tu dah settle majlis, dorang dah nak makan pun erkkk!  My MIL minta Imam buat semayang hajat sebelum majlis tapi imam kata takut tak sempat sebab dia nak kejar masa untuk gi ceramah pulak.  (Nak semayang hajat sebab dah 3x kami jumpa ular dalam rumah hu hu hu).
Tiba2 mak sedara abam gi jemur Irdina hehehe sian pulak dia.. dia takdak kuning (jaundis) tapi nasib baik 5 6menit jah heheh!

Lepas tu majlis berjalan dengan jayanya (cuma tersekat masa abam gi amik laksa sebab roti dah habis... roti bulat pun ada tinggal dalam 20biji je lagi).  Masa ni la kawan-kawan abam ramai yang datang, dia pulak takde.. adoi sabor je lah!  Bos abam pun datang.. nasib dia kenal saya.
My sister in law pun buat puding tambahan & yang lelain pun sibuk kat dapur.. saya sibuk layan tetamu.
Ada jg yang suruh saya rilek sebab dorang kata saya ni macam orang bukan dalam pantang pun.. laju kemain jalan hihi tak reti weh jalan selow!  Tp malamnya tu rasa sengal.. padan mukaku :P

1hari sebelum majlis baru terhegeh2 nak siapkan gudibeg :P

Ramai juga kawan-kawan abam yang datang.  Kawan saya tak ramai datang sebab dorang ni susah sikit nak datang kalau hari tak keje.. pelikkan hehe tapi tak apa... terima kasih pada yang datang :-)
Antara hadiah yang Irdina Ufairah dapat.. alhamdulillah... rezeki :-)

Saya noted majlis sampai 6ptg tapi ada juga kawan saya yang datang malam.  Hehhe tak apa lah.. dapat pahala kalau orang datang rumah kita :-)

Terima kasih pada famili belah abam yang datang bantu.  Kalau tak, patah tulang riuk jugak dibuatnya kalau buat berdua je huhu.  Terima kasih jgk kawan2 yang datang :-)





8 comments:

  1. Alhamdulillah dah selamat satu majlis..meriah betul ..bila ramai2 tolong baru semua berjlan lancar..dh 17 hari ek..sekejap je..cepat betul masa berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. ingatkan takde orang nak tlg, sekali ramai yg hulur bantuan.. legaaaa :-)

      Haaa masa ngurut hari ke 12tu pun, mak bidan tu cakap "eh baru 12 hari? mcm dah lama je" kekeke sabor je lah.

      Delete
  2. comel la Irdina….btw kros baca pun pelik, dekdaa dok masak air, buat itu ini….mcm org bkn dlm pantang. jaga molek bodi tu, nak pakai lamo weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh sy rasa mcm bersalah kalau tak buat apa2, lg pun sy tuan umah... malu pulak kalu duk rilek huhu.

      Ari2 biasa pun sy buat semua sendiri.. kalau tak buat.. takdak sape nak buat heh.

      Delete
  3. Comel nyer nama pun sama dengan anak buah saya :D

    ReplyDelete