Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

14 February, 2014

Irdina Ufairah Bersama Kakak2nya...

Masa umur Irdina Ufairah 11hari.. abam bawa balik 2orang anak dia ke rumah kami untuk berjumpa dengan Irdina (walaupun berlainan ibu).  Tujuannya ialah supaya mereka saling mengenali & tak putus hubungan.
Mula2 tu cam biasa le saya risau jgk kot le anak2 abam tak suka adik barunya itu.
Masa Mimi & Mira naik tengok Irdina, dia senyap seketika (saya cakap dalam hati ALAMAK.. MIMI MUSTI TAK SUKA ADIK BARUNYA NIH).
 Sekali abam amik Irdina yang tengah tido & suruh anak2nya pegang.
Apa lagi.. berebut2 anak2 abam nak pegang Irdina hhehe.
 Pastu duk main2 dengan Irdina.
Kalau boleh dorang tak mahu lepaskan Irdina :D
Si Mimi tu pulok duk cerita macam2 dengan saya.. memang petah & ramahla budaknya..udah la cakap laju gila.  Saya pulak spesis tak cakap banyak.. takut gak, kang dia cakap saya sombong heh!
Minggu berikutnya tu Mimi datang lagi (tanpa Mira)... masa tu saya tengah ngantuk gile.. saya tido dalam bilik... Mimi masuk duk sebelah saya pastu duk cerita macam2.. aiyak... tak layan kang kesian.. maka layankan jugak la hihi.   Dia tanya NANTI IRDINA NAK MASUK SEKOLAH UMUR BERAPA?  DALAM PERUT IRDINA SUKA BUAT APA?  TAK LAMA LAGI IRDINA MESTI MINTA TABLET DENGAN UMI.... PERUT UMI ADA PARUT SEBAB BERANAK KAT IRDINA EH?  UMI.. BETUL KE KALAU BERANAK ANAK PEREMPUAN PUTUS 1 URAT & ANAK LELAKI PUTUS 2 URAT?
Kerja abam le nih... Irdina ni udah le putih... buh bedak camtu pulak.. hilang terus kechomelan huhu!

Erkkk?!  Garu pale nak jawab :D
Apa2pun... harap2nya lepas ni anak2 abam tak akan putus dengan Irdina Ufairah walau berlainan ibu  :-)
Dorang suka je ada Irdina.
Si Effa je belum kesempatan jumpa Irdina sebab maknya tak bagi kotttt... takut lettew.. opsss!

SEKIAN!



8 comments:

  1. Okla tu..pandai dia jaga baby...cam tak kekok je pegang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dorang ada sorang adik, sbb tu tak kekok hehe.

      Delete
  2. alhamdulilah….kakak2 semua suka irdina (sapa la tak suka klu comel lote gitu). btw effa tu hok besar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Effa adik dorang yg paling bongsu.. umur 4tahun ;-)

      Delete
  3. bernas2 betul soalan mimi. umi kena standby jawapan yang bernas jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hooo tu lah, kena standby sero2 gapo budak2 ni nok tanyo... tokkey nok oyat TOK TAHU key hehehe.

      Delete
  4. baguslah, wpun berlainan ibu
    mereka tetap darah daging
    semoga kasih adik beradik tak putus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2nya begitulah sampai bila2... aminnnn:-)

      Delete