Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

08 August, 2016

Cerita Riki Rumah Untuk Dibeli

Sebenarnya kita cari umah sejak 2013 lagi tapi bila berkenan, ada halangan seperti:
  • berkenan tapi dah ada orang grab (lokasi:  tak ingat)
  • dah ada orang booking 
  • banjir 2014
  • gi tengok rumah, dah ada yang booking mulut jah tapi bila kita nak byr booking dgn duit.. owner tak nak (kok lanas & salor)
  • dah pakai cantik2 & nak gi tgk sbb dah janji dgn owner.  Sebelum bertolak call owner then dia ckp TAKYAH DTG, TD ADA ORANG DATANG BAYAR BOOKING 1.5K (kok lanas)
  • Semi-D jual murah sekali tanah syarikat, ada 4nama.. eiii TAK BERANI MAKKK!  (wakaf che yeh)
  • yg terbaru tak jadi... ini ceritanya:
Umi.. maiii duk shini!

Kawan introduce umah ni dgn harga 190k, siap bg gambar semua so berkenan.
Kita deal dgn kwn kita & try cari kat MUDAH, ehhh ada la rumah sebijik sebijan 185k je.
So abah dina deal dgn yg 185k, rupa2nya dia owner rumah.
Dina asyik tarik umi baring sekali dgn dia huhu

Sabtu pg kwn kita bwk gi tgk umah tu tp takleh masuk sbb ada penghuni (owner buat HOMESTAY).
Tp owner itself cakap Ahad baru boleh gi sbb takde orang sewa.  Kawan ni bila tanya apa2 dia macam tak tahu nak jawab sangat.. curious pulak.

Ahad malam gi deal dgn owner terus.. hati dah tertawan & terus JATUH CINTA kat rumah tu.  Dina pun suka, siap ajak lepak2 kat katil & meja mkn.
Bilik ke-2

Hampir 1jam abah dina tgk umah & tanya2 pasal rumah tu.
Pendapatan homestay tu antara rm500-RM2000/month.
Owner bagi 185K TERMASUK KOS GUAMAN.
Kita pun setuju dgn DEAL owner & nak jumpa weekend untuk teruskan urusan.
Hampir bayar booking tapi berat hati nak bayar.
 Heran pulak.. aircond tak selari dgn katil.. aircon menghala ke pintu ish ish, failed!

Sekaliiii.. RABU tu tiba2 owner wassap "SAYA TANGGUNG KOS GUAMAN 3K sahaja... selebihnya buyer tanggung.  Kalau berminat boleh terus berurusan, kalau tak berminat.. boleh henti urusan sampai sini saja"  WOWWWWW Bahasa kauuuuu!  TAKLEH CAKAP ELOK2 KE?
 Saluran Njoi (dinding sedikit retak tapi kita butakan mata sebab dah berkenan dgn rumah ni)

Kecil hati juga dengan OWNER YANG BERTUGAS SEBAGAI GURU tu.
Tp abah dina teruskan deal "KALAU CIKGU SETUJU BAGI 180K , SAYA TANGGUNG SEMUA KOS GUAMAN"

Jawaban owner hanya "MAAF"
 Kejiranan yang aman & mengambil peduli kiri kanan!  Penduduk ada dlm grup wasap

Fuhhhh kalau ya pun tak setuju dengan tawaran kami, cakaplah elok2.
Apa salahnya jawab "Maaf tak dapat jual dengan harga tu, mungkin tiada rezeki encik sekeluarga dengan rumah ni"  Ni tak.. cakap eksen macam berderu2 nak beli rumah dia tu.
Kat dapur

Aduhai.. maka dengan itu, kami decide tak beli rumah tu... bukan kerana tak mampu tapi sebab bahasa owner tu.  Kami tak minta disanjungpun cuma cakap biarlah berbudi bahasa sikit.

Bye bye rumah yang ku berkenan... ada hikmah ku tidak memilikimu!

So dalam masa yang sama, kita riki2 rumah lain jugak.  Abah dina cari dalam MUDAH jugak.
Lepas tengok rumah di "situ" terus dia berkenan + owner tu pun memang MUDAH berbahasa (ore kelate oyat MUDOH BASSO).  Balik tu terus byr booking 1K.  Smlm baru submit loan bank. Doakan loan kita lulus ye.  (tak amik government loan- LAMBAT!  kekekekke).

*BELI RUMAH UNTUK BUAT ASET & UNTUK ANAK SBB KITA DAH ADA RUMAH*



3 comments:

  1. kalau JM pun..owner rumah deal mmg tu mmg tak lah..bahasa sombong nak mamP*$$ geram plak rasa

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah..kalau berjaya beli umah baru tu share lah yek

    ReplyDelete