Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

24 July, 2015

Customer Vendor Butik Kita & Vendor Wanted

Assalam (entry autopublish.. taip awal2).
Nampak tak signboard tu?  Kedai kita dpn celcom tu haaa!

Sapa2 yg belum tahu, kita dah ada vendor butik kat Bandar Pasir Mas Kelantan.
Beroperasi 6 Jun 2015 yang lepas.

Bgtau ni bkn sbb nak berlagak tapi just nak inform k?  Jgn slh faham :-)
Vendor Butik ni based pada baby / kids / mommy.
So no wonder lah ramai para ibu2 suka masuk :-)
Asalnya kita cari vendor dari pelbagai barangan tapi ramai pulak vendor based baby / kids / mommy masuk so kita pikir2 balik.. better go on camtu je la kan?
Lagi pun kami sesatunya vendor butik yang terletak kat bandar pasir mas waima di jajahan pasir mas sekalipun.


Kalau kat bandar K.Bharu dah banyak sgt vendor butik berkembang pesat.
Kita sendiri pun masih lagi menjadi vendor di 1vendor butik kat KB & 1 lg kat Kubang Kerian.
Di Kok Lanas pun kita jadi vendor juga tapi bulan ini last lah kot eheh.
Kita nak jd vendor kat butik kita sendiri je sbb location kita senang access.. kat ground floor jah.
Akak ni nurse kat Klinik Abam.  Dia cam kita tapi kita tak cam dia huhu.

Vendor butik kita ada sorg staff jaga.
So kalau time office hour tu boleh la wassap dia untuk tanya stok.
 Kasut comel2 semua!
Boot ni RM40 sahaja.. nape, tak percaya ke? :D

Pelbagai barangan ada di sini:  TURBAN BABY KHUSUSNYA, headband, rompers, sleepsuit, jeans, kemeja, tshirt, blouse, pyjama, jubah, toys, kasut / selipar baby kids, pre walker shoes, alatulis, jubah, blouse wanita, tudung / shawl, handbag, kain pasang, baju kurung, jeans wanita, aksesori wanita, telekung, kosmetik, purse, biskut, coklat, kerepek.  Section chiller:  puding sedut, susu magic, air detox, air kotak dll.
 Ni yg sama2 join sukarelawan dgn kita dulu.  Sekarang kita susah nak bg komitmen dgn sukarelawan sumbang tenaga, tp insyaAllah ada sumbangan di sudut lain diberikan :-)
Kasut raya dina beli kat vendor butik kita je.. comel kan?
Tak menahan taste dina.. RM35 sahaja.. ada kaler putih & pink :-)

TAPI KITA STILL MENCARI VENDOR LAGI K?
IF SAPE2 BERMINAT NAK JADI VENDOR KITA, SANGATLAH DIALU2KAN.
TAK KISAHLAH BARANG APA SEKALIPUN, KITA TERIMA ASALKAN TAKDE YG SAMA KITA JUAL SEKARANG.

Haaa meriahnya uolssss!
Ni salah sorg vendor kita (kain pasang & shawl), sesambil hantar barang.. sesambil shopping :D

Kita cari vendor berikut:

  • BOTOL SUSU / STOKING BABY / SELIMUT BABY / BEDUNG / TOPI / CLOTH DIAPER / TOYS (sekarang ada soft toys sahaja) dll yang berkaitan dengan baby & kids
  • WANITA:  KASUT / SELIPAR, KURTI BLOUSE / JUBAH, KOSMETIK @ apa2 je.
  • LELAKI:  Kasut / selipar, baju melayu, kemeja, slacks, jam tangan @ apa2 je.
Boleh wassap abam k?  017-961 6119.
Sewa slot serendah RM30-RM100 sahaja :-)

Ajak maknya bergambar sekali tp takmo.. malu katanya.. jenuh asben dia paksa.. ekekek

Kami terima vendor dari mana2 negeri sekalipun, so far paling jauh vendor aksesori baby kids kita ialah dari KL.
No problem.. boleh pos kan?  Vendor kita tu jual headband / hair clip handmade.
 Tu dia, kita train dina dari kecik jadi usahawan.
Dina le yg paling sibuk layan customer dia.. mulut pok pek pok pek, duk hulur kasut / selipar suh customer try :P
Biar dina minat bisnes @ sukan
Mesti orang ckp "bestnya dah ada kedai sendiri".. best tu memang lah best tp bila dah ada kedai sendiri, otak memang sentiasa dikerah untuk berfikir.  Berbeza kerja mkn gaji.. tiap2 bulan dpt gaji tetap.  Bila dah bisnes sendiri.. takleh dah la rasa "dah ok sale 1k sebulan.. cukup lah tu"  (sebagai contoh la.. takkan la ada kedai sale 1k je sebulan dok?  tak logik la huhu)

 Baju kurung pun ado
Susu megik, air detox, puding seduts

Itulah org kata "org bisnes la kuat kuat berfikir utk memajukan bisnes"  (PM tu kuat pikir gak.. tp pikir nak memusnahkan negara.. ehhh relevan tak?  Tetttt!) :P
Lps tu cabaran tu mmg ada lah... bkn takde.. untung rugi tu biasa.. kalau takut rugi, jgn lah berniaga :-)  Kita ckp camtu bkn sbb kita sentiasa untung.. tak weh, ada 1hari tu kita mmg nak give up, rasa nak tutup kedai (padahal baru 1minggu bukak.. mana lah org nak tau lg kan heheheh sengal pulak kita ni).
Kemeja jeans Guess pun ada

 Customer cilik kita beli turbanbaby
Boleh follow instagram kita:  www.instagram.com/cornerlot.boutique
www.instagram.com/turbanbaby.borong

haa gittew, mesti 'orang tu' pandang enteng kat kita & kita tau 'org tu' nak tgk kita jatuh susah & papa kedana.
Tak apa lah, kita bertatih2 dari bawah, berusaha sendiri.. kita tak kaya tapi kita guna duit sendiri.
Doa2kan kejayaan kami k?
Sbb ni cita2 kita dari kecik, sejak darjah 3 lagi kita meniaga  :-)

ALAMAT:
NO. 153, JLN BESAR  PASIR MAS,
BANDAR PASIR MAS, KELANTAN
Sabtu-Khamis:  10pg-6ptg
Jumaat & public holiday:  TUTOPPP!
Landmark:  Dpn Celcom & cornerlot sebelum kilang roti florida 
(pandang kiri jah, jgn pandang kanan, kanan tu nak ke stesen bas, stesen keretapi bagai hehe


7 comments:

  1. wahhh......... tahniah dekdaa... business dah makin maju.. cayok cayok, teruskan usaha.
    Kita balik kg pun tak sempat nak ke mana2... tak sempat nak terjah kedai awak

    by the way.... selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haduh, balik kampung ke SR?
      Kalu dok buleh mai shopping baju tiha kat kedai kito hihi.
      Xdok la sajo gurau.

      Kelik bilo2, mari la des? :-)

      Delete
  2. Tahniah dan opening butik.. moga terus berjaya...amin..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ... tahniaahhhh dekdaa

    ReplyDelete
  4. Tahniah, saya berminat tp susah nak gi letak barang

    ReplyDelete