Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

26 April, 2012

Persiapan & Persediaan Umrah

Kalau dipanjangkan umur & diizinkan Allah, saya akan menunaikan umrah dari 27/4/2012 (Jumaat) - 9/5/2012 (Rabu) menggunakan pakej dari Al-Quds Travel berpusat di Kota Bharu, Kelantan.
  • KB-KUL:  27/4/2012 (Jumaat) 6.40am
  • KUL-MED:  27/4/2012 (Jumaat) 10.25am 

  • JED-KUL 8/5/2012 (Selasa) 9pm + 1hari
  • KUL-KBR 11/5/2012 (Jumaat) - singgah 2hari di rumah saudara di N.9

Pejabat Al-Quds Travel betul-betul berhadapan KB Mall (09-747 999)
  
Saya akan pergi bersama mami, abang & seorang makcik saya.
Perasaan sungguhlah berdebar sebab kita sebagai manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan samada secara sedar @ tidak.
Tapi saya memohon kepadaNya agar diampunkan segala dosa-dosaku.

Di dewan ceramah Al-Quds Travel
  
Pergi kursus seminggu sebelum pergi (tapi pernah lah pergi kursus juga, tumpang trip lain sebab untuk bagi lebih kefahaman- tapi aku masih lagi cuba untuk menuntut)
 
Mula-mula isi dalam beg harimau malaya tu lps tu mak suruh tukar ke beg merah sebab beg rimau tu tak tahan lasak hmmm.
Beg yg terbuka tu ialah hand luggage 4kg ++. 

Antara yang saya bawa:
  • jubah 3helai
  • telekung 2helai
  • sejadah
  • long sleeve 2helai
  • stoking 3
  • baju kelawar 1helai
  • pyjama 1helai
  • long pant 4helai
  • undies (pakai buang!)
  • selipar 2 pasang 
  • towel
  • tissue
  • ubat-ubatan
  • face mask
  • kamera
  • pisau
  • gunting
  • salotape
  • toiletteris (shampoo beli kat Mydin ada paket2 kecik, ubat gigi, berus gigi, shower gel, deodorant fragrance free), losyen, lip balm
  • travel adapter
  • cat food (motifnya, nak bagi kucing2 kat sana makan kalau terjumpa)
Itu je la kot, tak banyak pun.. less than 8kg pun lg utk luggage ehe.

Apa-apapun, doakan yang terbaik untuk saya ya?
Berdebar sangat-sangat ni.

19 comments:

  1. selamat menunaikan ibadah umrah....

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Salam kenal..

    Semoga segala urusan dipermudahkanNya.

    Best baca blog orang gi jalan jalan & travel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga.. sama lah kita, mmg suka baca travelog org ;)

      Delete
  3. Salam Yong

    Selamat menunaikan ibadah, moga dapat melakukannya sesempurna mungkin.
    Akak baru balik last week, Makkah dah mula panas,akak dok hotel jauhnya dari masjidil haram lbh kurang 400m, so belengeh sampai masjid, bila masuk jer so cool. Madinah Ok jer....
    Selamat pergi dan balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak...
      Wah baru balik minggu lepas, tak sempat lah nak tanya apa2 sebab nak gi beberapa jam lagi (sempat lagi reply ni eheh).
      Akak duk hotel apa ya?
      Berapa degrees ek kak?
      Semoga urusan kami dipermudahkan :-)

      Delete
  4. salam kenal..

    jumpa sorang lagi kaki jalan kat sini..

    nak g umrah ye.. MASYALLAHH..kirimkan salam buat Rasullah dan para sahabahhh...Semoga mendapat apa yang dihajat.AMMEEN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga.
      Hehe kaki jalan tapi tak banyak sangat macam orang lain eheh.

      InsyaAllah beberapa jam lagi pergi umrah, kalau panjang umur & diizinkanNya :-)
      Salam insyaAllah saya sampaikan.. terima kasih juga wish ;-)

      Delete
  5. salam dekdaa...kros doakan semoga semuanya berjalan lancar & dekdaa dlm keadaan sihat sepjg d sana serta dpt menjalankan ibadah dengan sempurna.....btw byknya bwk brg. beli kat sana je senang dekdaa....jubah tu kat sana byk, murah2. btw kucing jarang kros nampak masa pergi dulu tapi burung merpati mmg banyak. ada org jual makanannya utk kita beli & feed the doves.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k.ros.
      Terima kasih mendoakan saya selamat semuanya kak.. berdebar ni ;-)

      Niat di hati memang nak beli jubah tapi saya nak pakai masa raya.. boleh camtu?
      Sebabnya kalau beli sana lps tu pakai terus.. rasa mcm tak suprise time raya.. kekeke tak tau la nape saya fikir camtu :P
      Err nampak macam banyak tapi ringan je kak.. luggage 7.5kg (berat pasal cat food & air kotak milo 8kotak huhuhuhu) & hand luggage 4.5kg eheh.

      Oh jarang jumpa kucing ek?
      Erm tak apa lah, kalau jumpa saya bg.. kalau tak.. saya bawa balik semula :-)

      Delete
  6. Wahhh... murah rezeki mudah-mudahan segalanya berjalan lancar, doakan untuk rakan blog yang lain di sini supaya kami juga dijemput Allah untuk kesana juga satu hari nanti ya....Selamat jalan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, harap2 semua kawan2 lain sampai sana, cepat @ lambat je.
      Terima kasih ya doakan utk saya juga ;-)

      Delete
  7. Salam kenal

    selamat menunaikan umrah.

    saya pergi tahun lepas April jugak. Cuaca panas sikit je dari kita.

    nanti post gambar tau hikhik nak imbau memori di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal... saya baru pulang dari umrah.. uiiii panas kat mekah.. 41degrees..
      demam sampai kena cucuk kat muntut 2 x ehehe.
      InsyaAllah..gambar belum transfer pun lg ni.

      Delete
  8. Moga mendapat Umrah yg mambur...

    ReplyDelete