Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

24 February, 2015

Akikah & Birthday Irdina

12 Februari 2015 (Khamis) yang lepas selesai sudah majlis Akikah & Majlis Birthday Irdina yang pertama.
Plan asal nak buat Januari iaitu pada betul2 birthday dina 21/1 tapi banjir di rumah kami belum pulih so terpaksa tangguhkan.
Behave sangat birthday girl aritu.. takde meragam.
Gown ni beli kat guangzhou la. yg comey2 tak boleh beli selai2.. kena beli lot2.. huh!
Yg selai2 tak banyak pilihan but it's ok la, comey gak +++ MURAHHHH! :P

Takde la buat beriya2 benor macam retis2 tu.. cukup sekadar simple2 je.
Untuk akikah irdina, kami decide buat kambing golek.
Ai request bentuk rompers tp dia lukis camni.. adess!
Dah la lambat siap!

Mak mertua saya pulak masak nasik / ikan rebus goreng / ayam goreng / ulam2an / daging singgang.
Memang masakan orang kampung jah.

Pakcik tu peminta sedekah rupa2nya.. ingatkan orang kampung, punyala aku suh dia tunggu abam balik dari beli pinggan kertas.. tapi saya bg lah dia makan :-)
Kambeng golek tersorok.. cemana boleh lupa snap gambo ni ek!
Besday girl menjadi perhatian
Mulanya abam nak pasang khemah bagai.. amboila khemah apa mende pulok.. rumah punya la luas... tak perlu kot nak pasang2 khemah bagai, lagipun jemputan dalam 100orang je.. bkn 1000 org huhuhuhu.
My opishmet .ak.a geng2 gosip a.k.a geng2 brekpes
Geng2 klinik abam
Yang best nya 11.30pagi baru saya gi pick up kek besday sebab akak tu gi tempat lain dulu, sedangkan majlis start 12pm & paling bestnya lagi, geng2 brekpes ku di opis datang 12.15pg... melompat makkkk!  Makkk jemah tak siap pakai tudung lagi hahaha.
Nurse2 di Klinik Desa yang makkk & dina selalu check up pun sampai awal... sedangkan lauk pauk belum sampai sebab mak mertua masak kat umah dia huhu kelam kabut gilers.
HAPPY BIRTHDAY IRDINA pun tak sempat tepek :P
Yang kambing golek pun 11.30baru sampai, bila tanya 12.15pm dah boleh makan ke belum.. katanya 30minit lg baru blh mkn.. erk.
Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar lepas start 12.45pm tu.
Kawan-kawan makk semua menambah nasik oke hihi.
Beshday girl kepenatan
Kawan-kawan abam pun ramai jugak yang datang.
Risau jugak awalnya kot ramai yang tak datang.
Tapi oleh sebab kami buat hari kerja, ramai je.. lainla buat jumaat sabtu.. kureng le yg datang (Kelantan pelik sikit kan huu).
Hahahahah kena kerumun
Untuk budak2 saya sediakan gula-gula & marshmallow.
Sebab kalau takde benda2 tu, sure dorang boring kan huhuhu.
Dan boleh pulak makkk lupa nak snap gambar2 menu tu termasuk kambeng golek adoiyaiii!
Ye lah, kelam kabut beb!
Letak marshmallow sikit2
Untuk sisa (gift), saya bekas dari Romantika (belakang made in china.. kalu ku tau ada di sana, ku beli je.. kompim lg murah).
Dalam tu kami letak buah limau sebiji & snek (abam beli dari tesco... aku pulak boikot tesco huhuhu).
At least kami beri lain dari yg lain (kalau bg benda2 merepek mcm towel lipat2 jadi eskrem lah apa lah.. kompim ke tong sampah jgk kalau makk dapat opsss sorry terjujur pulak).
Asalnya nak bagi gift lain tapi tak sempat siap sedangkan kita dah bgtau awal2 + banyak error org tu buat so tak jadi lah.. kita delay next year gift tu.
Ni je yg sempat kami sendiri makan=  botol susu hahah.
Ada jgk tetamu yg datang potong besar gile kek then mkn sorg2 pastu tak abis.. adoiii agak2 le.. tgk la icing tebal tu.. logik ke buleh abis portion besar?  Tahu lah free huhu!
(bkn tak suka tetamu tp jgn lah amik banyak kalau tak mampu nak habiskan hmmm).
Staff kambing golek ada 3orang.
Ada sediakan salad 5kg, potato mash 5kg, sayuran2 5kg, organ dalaman kambeng (seriyus sedap) & kambing itself la (yg besh nya takde gamba!).  Abam pesan kat staff tu bg sikit2 je la udah kambeng tu sbb ramai lg tetamu yg tak dtg.  Kambing tu cukup utk 40-50org mkn je sbb tp sebab sedap, ada yg menambah hehe.  Tak lama kendian staff kambeng golek balik sbb ada event lain pulak.. alhamdulillah so abam la control daging2 kambeng tu semua (kitorg pun makan ciput je.. sobbb kempunan!)
Pastu kawan yg kitorg terjumpa kat guangzhou aritu pun datang.
Boleh lepak2, mcm kwn dah lama benor hehehe!
Kita bantu dia, dia pun bantu kita (sbb slh sorangnya boleh ckp mandarin) :P
Tetamu terakhir ialah baby sitter saya pada pukul 6pm++.
Masa tu ada sikit2 lagi dah (sup tulang kambing je banyak gile).
Apa2pun majlis berjalan dengan meriah walaupun simple (tak havoc2 mcm majlis2 yg masuk tv tu). Dina dapat adiah toys tapi dia tak nak main hu hu hu budak bertuah :P
Pastu as usual lah orang kelate kalau melawat, mesti bagi GULA / BESKOT / SUSU.  Erkkk bg saya, kalau bg 2paket gula:  RM5.68 (better bagi RM5 je kat dina, at least boleh masuk acc. dia.. kalau bg gula.. mak pak nya je la yg guna huhuhuhu).  Apa-apapun, terima kasih semua :-)

2 comments:

  1. Siang tadi ingatkan dek da...dalam hati kata lama tak komen dan masuk blog dek da..tup tup masuk blog ada komen he he

    alhamdulillah..dah setahun dah ya..happy belated birthday sayang..

    ReplyDelete
  2. Siang tadi ingatkan dek da...dalam hati kata lama tak komen dan masuk blog dek da..tup tup masuk blog ada komen he he

    alhamdulillah..dah setahun dah ya..happy belated birthday sayang..

    ReplyDelete