Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

30 October, 2013

Hanimun @ Superstar Cruise Libra

16 Oktober 2013 (Rabu).
Lepas check in, buleh le masuk cabin!

Ni kali kedua aku naik cruise. Kali pertama tahun 2011 semasa bujang dengan geng2 travel. 2nd time dengan abam plak. Saje nak bawak dia merasai naik cruise (walaupun aku tau naik cruise ni boring sebab aktiviti untuk orang melayu tak banyak pun hehe).
Masuk cabin… alaaaaa… kabin takde tingkap… gile lemas! Tempat tingkap tu dorang gantikan dengan cermin! Dapat bilik 3dari depan kepala cruise. Kat deck 2 (tingkat 2).  Dalam cabin ni ada tv (buleh tengok kedudukan cruise / iklan-iklan dalam cruise / astro tapi tv 1, 2, 3 tak ada lah ye hehe) / towel / shower gel / shampoo / hair dryer / telefon / almari then passanger dapat gift dari Genting Hong Kong (teh).

Purchased kat Groupon Julai lepas. Pakej RM596 for two (1mlm kat Libra Cruise & 1mlm kat Flamingo Hotel by the Beach, Tanjung Bungah). Means RM298 seorang. Harga agak reasonable sebab
  • dulu aku naik cruise utk standing pax (tanpa cabin- hang tido la merata ikut suka kat mana-mana pun) RM167/ pax, itu pun dah promo tapi ini siap cabin bagai hehe.
  • Hotel Flamingo by the Beach adalah hotel 4bintang. Harga DELUXE DOUBLE ROOM SEA VIEW paling murah pun RM220++.
See... katil super single dipotong 2.. kecik gile kan?  hehehe!  Dalam box tu ada teh utk kita.

Bertolak dari Kelantan 10pg, sampailah kat parking Padang Kota Lama tu 5.55ptg (selepas GPS lembab benor bg arahan masuk jalan mana hehe). Menapak sikit je nak naik cruise tu, tak sampai 5menit pun. Terus gi check in cruise. Dapat KAD WORLD CRUISER color biru. Masuk macam nak naik flight la, kena scan beg bagai. Tapi sekarang nak masuk cruise menapak sikit je, dulu menapak punya jauh baru buleh masuk cruise.
Ni je dinner aku.. cemanala tak naik 200gram je dlm masa 2minggu huhu!

Sebelum masuk cruise, dorang spray hand sanitizer + dorg suruh bergambar dengan mascot… eiii berpeluh-peluh mascot tu! Tak dibenarkan guna kamera sendiri sebab dorang jual gambar tu.. tak kuasa nak beli.. sekian!
Abam kelihatan tidak berselera.. tak suka le tu!

Lepas kemas beg, mandi dan terus gi dinner. Abam dinner sikit jah, walaupun makanan berlambak-lambak (aku ingat lagi si Kashaz & Faridah makan.. perghhhh macam dah tak ada esok.. hehehe alamak mengutuk pulak.. bkn kutuk tapi syok tengok dia makan) :P Aku macam biasalah, makan tak beriya mana kalau takde TEH AIS hahaa. Makan kat Marinate Dine tu halal ye.. dah dapat sijil halal dari JAKIM. Makan mlm & pagi memang dah dalam pakej ni so tak payah gedik nak gi bayar plak! Ada juga resto mamak & cina tapi kami tak gi le sebab kena bayar :P
Belum 9pm so cruise belum belayar

Lepas dinner, pusing-pusing dalam cruise tu jah tengok apa yang ada. Tengok show pun.. tak sesuai untuk orang melayu (melainkan ko suka FITNESS / KARAOKE / SWIMMING / MAIN GOLF / MAIN TENNIS) hehe.
Tak berapa nak nampak LIBRA kat belakang tu

Kitorg bergambar je tu pun cruise tak gerak lagi. Muka melayu memang tak jumpa.. kitorg 2 je erkkkk so kami decide nak tengok RUSSIAN SHOW (best part dancing tu je.. part selingan boring!).. show 45menit (9.20pm-10pm). Ingatkan ada magic show, rupa-rupanya hari depart lain je yang ada magic show. Sebelum masuk show tu, ada orang offer abam main judi.. gile apa? Hahahah… tengok orang le nak offer pun~ :P
Belakang tu saloon.. sebelah kanan abam yg tak nampak tu kedai souvenir.
Dulu2 best sekarang mcm selalu tutup je so tak buleh nak tengok apa yg dijual!
Mujur la sempat beli FM cruise masa 1st time dulu.  Tp nak bg org tak le.. FM seketui tu belas2 hinggit heh!

Lepas tu pusing-pusing kapal & lepak kat Deck 5 (tingkat 5).. org cina naik cruise sesaja untuk berjudi.. syok lah dorang.. RM yang menang tu lumayan oiiii! Aunty-aunty tua yang lepak depan kami tu keluarkan note RM100 berpuluh-puluh keping.. phewww! Lepas tu Abam macam berminat nak join LUCKY DRAW.. 1keping tu berapa belas ringgit je tapi dapat adiah berapa puluh ribu ntah, tp sound abam awal-awal “duit gapodio tu? Kalu duit cina berjudi yang dapat kalu menang.. baik toksah” huhu. Macam boring pulak ronda-ronda, so balik cabin. Pukul 11 ada movie OBLIVION tapi malas pulak nak keluar bilik so decide tido aje le. (balik ni baru tau tom cruise berlakon, ruginya!).
Lepak tak lama kat sini, tetiba datang aunty2 cina datang lepak bawak duit berkepuk2 utk berjudi.. udahla cakap mcm cruise tu dorg punya.. bingit telinga aku huh!

Mula-mula berhimpit jugak lepas tu abam kata tersekat kat penyendal katil tak buleh gerak, so aku decide ‘balik ke katil aku’. 12pg aku tido… 2.45pg tersedar… arghhhh tak bleh tido! Tengok orang sebelah syok aje tido… ni yang mendatangkan kejelesan ni sob sob. Terus tengok tv & main games. 4.30pagi abam tanya kenapa. Adoiiii toksah la tanya kenapa.. HARUSLA TAK BULEH TIDO TANPA LENGAN (padahal buleh nampak ‘lengan’ kat sebelah tu je.. gatainya aku kan? Hihi) :P
So abam terus ajak tido sama.. apo laie, terus off tv & tablet… lompat ke katil sebelah ngeheheh. Uiii tak buleh tido pulak, budak tecit tu menggegar perut tak mo stop dkt 15minit gak.. happy gamaknya aku dah jumpa ‘lengan’ ahaks.
Dalam jugak swimming pool dorang tp takdak orang mandi manda pun!

Awl pagi bangun tapi malas nak kuar awal-awal. Lepas mandi 8.30pagi, baru sedar yang check out 6-8pg.. mula menggelabah! Bgtau abam, aku kena mare pulakkkk sebab katanya aku dah ada pengalaman, tak kan tak tau. Masalahnya dulu dkt 12pm baru aku kuar cruise. Nak gi brekpes 8.50am tu tengok housekeeping tengah kemas cabin-cabin lain.. alamak semua orang dah check out le plak! Terus gi Deck 4 (tingkat 4) untuk tengok ada orang check out ke tak.. alamak tadak orang check out! Decide gi brekpes dulu.. ALAMAK AGAIN… dah tak ramai orang. Kalau ada pun dorang dah siap bawak beg!
Gambo lain2 so aku kelihatan gemok di situ huh!  Dpn swimming pool!

Perasaan sungguh la penyanyi ni... ada 5 6org je duk tengok dorang nyanyi sbb tu buleh tengok kamera kitorg hihi.. belakang tu ada band.. tak nampak plak.
Brekpes!  

Keluar cruise, tercongok bukak tablet cari info mana nak gi hehehe sekian pengalaman hanimun dalam cruise yang melepak semata-mata :P
Lepas2 ni nak try SUPERSTAR lain pulak.  Virgo ke!  Tapi nak bermalam lama sikit mcm gi Thailand ke kan.
Banyak lagi gambar tapi line selow gila le lepas TM sambung kabel baru ni, asyik putus-putus je.. sakit hati!
Cukup le dengan gambar ni kot huhu!

28 October, 2013

Tiada...

Update kat tablet... Kabel streamyx kat area umah kena curi.. Ok 2hari lps tu kena curi balik. Tenet kat opis pun takdak line.. Adeh.. So takleh nak update naik cruise & blogwalking.. Saya pasti akan kembali... Tungguuuu!

24 October, 2013

Akhirnya~ Menang Jua!

Just nak ucapkan TAHNIAH untuk abam.
Walaupun abam tiada lawyer, keputusan HAKIM tetap berpihak kepada abam.
Berbaloi la tunggu berjam-jam kat mahkamah.
Kepada 'pempuan yang saiko lagi bongkak' siap ada lawyer bagai tu apa cerita, kenapa tak boleh menang?  Walaupun abam dah nasihat dia supaya jangan gi mahkamah & fikir dulu sebelum bertindak, tapi 'pempuan saiko & bongkak' tu tetap degil.. dia nak jugak melalui mahkamah, dengan harapan dia nak tengok kami HIDUP SUSAH!
Tu la... lain kali otak tu letak kat lutut lagi ye sebelum buat sesuatu?!   Jangan ingat duk cakap pasal agama tu, buleh 'coverline' bahasa & perbuatan huduh tu ya?  Orang tamak duit meme selalu rugi. Heheheh opsss!

Kepada 'seteru' laki aku yang menyampah meluat dengan laki aku tu.. pergi lah backup pempuan saiko tu!   Laki aku kan jahat segala KATA KAUUU?!  Tunggu la.. ada lagi... tapi chill lah kan?  Biarkan ORANG BONGKAK & BERLAGAK hidup dalam duniannya sendiri.  Bukti ada kat tangan, apadehalll?
 Sms 'beliau' (plaintif) yang OVERCONFIDENT buleh menang tuntutan.  SMS ni beliau sent selepas abam (defendan) dapat surat mahkamah minta hadir bicara. Tak takut eh.. takut buat gapo.. sebab tiap-tiap bulan bagi nafkah tanpa gagal... tuntutan2 lain 'beliau' minta pun tak dapat... kesihannnnn.... tu la tak bersyukur dengan apa yg abam aku bg tiap2 bulan heheh!

(Abam pesan:  jangan happy sangat, kita tak tau apa yang ada depan kita).. ye sentiasa beringat!  Allah tetap akan tunjuk siapa benarnya 1hari nanti walaupun kami tak lah pandai bab agama, yang penting jangan khianati orang!  Back to basic la!  Sekian!

22 October, 2013

Hanging Out -besday anak abam-

12/10/2013 (Sabtu)- delay entry

Sempena menyambut birthday mimi (anak sulung abam) yang ke-9, maka kami hanging out sesambil nak bagi hadiah besday nya iaitu tablet.  Seperti biasalah abam jemput mereka kat Petronas.  Yang bongsu (effa) tak ikut sebab ibunya tak kasi.
Kasut mesti sama.  Mereka request HIGH HEELS uolsss :P

Bawak budak-budak tu balik umah aku dulu la mandi manda segala bagai.
Mira mintak nak tablet jugak sebab Mimi dapat tablet.. ambik kauuuu hihi.
 Happy girl
"banyak sgt le uban kat kepala abah ni... abah pikir gapo?  umur tak sampai 40 dah beruban.. isk isk isk, abah-abah!" (^^)
 
Lepas tu bawak dorang kuar makan.
Then ke Mydin Kubang Kerian.
Budak-budak tu pegang & ngikut aku ok je. 
Tapi still ada orang claim aku jahat.  Kalu aku jahat, dah lama aku tunjal2 kepala budak2 tu + sure tak hingin dorang ikut kan khennnn?!
 "abah, gapo strategi kito nok main wayang-wayang nih?"  (besday girl)

Mira nak kasut sebab dia pakai kasut adik dia, buleh camtuh? :D
Tapi takdak size maka lepas settle shopping kat Mydin, singgah BATA depan Mydin tu.
Ada la high heels yang anak-anak 2orang tu berkenan, maka beli lah sepasang sorang.
(lepas anak-anak balik umah ibu beliau, ada orang tu kata, "APA KELAS BELI KASUT BATA YANG TARAF PASAR MALAM"!  Awwww kalau tak pergi pasar malam, cemana dia tau SELIPAR TU RUPA MACAM KAT PASAR MALAM?   Nak bgtau yang dia tu tak gi pasar malam padahal pergi!  Logik tak logik tak?) :D
 Sesi mencabut uban
Mira dengan atok nya.  Umah belakang tesco KB, nampak tak sayup-sayup tu? :D

Abam ingat nak melencong ke Stadium sebab ada ekspo IT tapi kakiku dah sakit hehe.
Maka bawak budak-budak tu balik ke umah atok nenek dorang, kebetulan akak ipar aku yang duk kat Penang tu balik (1st time jumpa haritu).
Budak tu kena buli sampai menangis ahaks manja sungguh :D

Mira nampak orang main layang-layang so katanya 'NAK MAIN WAYANG-WAYANG' ahaks lucu pulak!
Lepak kejap je sebab masa tu dah gelap dah pun.. budak-budak lain pun tak main layang-layang sebab tak ada angin. 
Aiman, anak bongsu my SIL yang stay kat penang... happy boy, sengih je manjang!

Naik umah, riuh rendah la sebab anak-anak sedara abam dari penang tu 6orang kauuuuuu.. semua kecik-kecik, mau tak riuh?  8pm hantar anak-anak abam balik umah mak mereka berbekalkan hasil shopping.  Hantar depan umah je tanpa jumpa mak mereka then lepas tu terus blah la!  Lepas ni tak tau lagi bila jumpa.. sekian heh!

21 October, 2013

aktiviti budak itu dalam perut

Meh kita tengok budak tu tengah buat apa.
Buat ilustrasi macam ni, macam kelakar lah pulak hehehehe.
 So far budak nih ektip sangattttt, tak tau tido masa mana ehehe!
(dia nak bergurau senduk dengan tangan bapakkknya kot) :P

15 October, 2013

Selamat hari raya Aidiladha untuk semua!
Seperti biasa saya tak rasa apa-apa pun di hari raya korban ni!

Esok saya & abam akan travel.
2-3-4hari jahhhhh!
Mungkin utk kali terakhir sebelum Januari 2014. 
Saje nak bawak abam sebab dia tak pernah gi situ :D
Entry yang 'muncul' semasa saya travel tu adalah entry autopublish eheheh... sekian!

11 October, 2013

Mencari adiah besday anak

Anak abam yg sulung (9thn) request nak tablet sempena besdaynya sbb kawan-kawannya semua ada tablet.
hu hu hu sungguh advance budak-budak sekarang, walau duk kampung... bab-bab gadget tak ketinggalan :D
(aku request nak nokia kuning pun tak dapat tau.. sedihhhh hahaha!- aku bkn peminat touch screen & hp canggih.. sebab susah nak menaip kalau drive kekekek!).
Maka aku suruh abam beli kat LOW YAT, banyak pilihan skit.
Riki punya riki, belilah tablet pink.. sesuai utk budak-budak layan games.
Sebelum anak dia main games, dia lah pulak yang over.. iskh ngalahkan budakkkk!  :D
(pasnih nak request gak aaaa adiah besday.. buleh la start kumpul RM2 sehari dari sekarang ye, nanti saya bgtau gapo.  kehkehkeh!). 



09 October, 2013

Kursus kat Intan Bukit Kiara

1-3 Oktober 2013 (Selasa-Khamis),
Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi 4/2013.

Haaa ni la kursus yg aku apply & berjaya dapat.
Tak sangka dapat sebab memang susah nak bekursus kat INTAN ni.
 Bilik memang 2orang sebilik tapi aku duk sorang2... bahagia jugak tapi bila malam.. mbikkkk kau, 3malam tak buleh tido (aku gedik nak tido kat lengan laki aku je kot hahaha). 

Oleh sebab laki aku pun dapat maka decide drive je la.
Awalnya aku nak try naik MALINDO, tak tercapai jgk
Rutin... sampai2 je terus kemas gobok!

5.05pm register masuk hostel.
Masing-masing tak berani mintak 1bilik.. sudahnya dapat bilik asing-asing.
Notis belakang pintu hostel menyatakan bahawa IBU BAPA / SAHABAT & SUAMI tidak dibenarkan masuk hahaha nasib baik tak minta, kalau tak.. malu sesaja :P

Dewan Makan punyalah kena naik tangga, letih aku!
Makan memang tak memenuhi nafsu makan ku.. hu hu hu!
Kelas punyalah jauh, nasib baik pergi dengan kereta, kalau nak menapak dari hostel tu jenuh la aku.
Aku bkn buleh jalan jauh sgt skang, mula la lenguh tumit kaki.
 Brekpes:  nasi goreng + kerang yg pedas giler adoi!

Rehat 10.30pg, kuih juga tak memenuhi nafsuku huhu.  
Teh o rasa mcm kopi=  KOTE opsss... TEKO!

Kelas hari pertama best.  TAJUK KEWANGAN PERIBADI.
Kelas hari ke2.. ya ampung boring!  TAJUK PELABURAN! Aku siap main games bagai :D
Kelas hari ke 3 best!  TAJUK WASIAT & HIBAH.  Tak boring langsung.  Fasilitator tu lawyer & katanya lepas kursus ni kalau apa-apa nak tanya, emel je kat dia... OKAY, GOTCHA.. NANTIKAN! :D
Hasil SAMSUNG SMART CAMERA!  Sape2 yg mls edit gambo, buat aje SPLIT SHOOT camni, banyak design, plh jah :D
(dlm kelas duk sebelah abam.. mula2 duk asing pastu NAKKKK JGK DUK BERSAMA wahaha)

Kursus hari ke-2:  PELABURAN... so boring!  Ada kakak sorang tu asyikkk dia je bercakap sampai org perli dia "kakak tu dah jutawan la kot, semua benda dia tahu" kahkah!
Nampak cam menarik tp memang tak best di tekakku!  Nasib kursus 3hari jah, bkn 6bln mcm PTD tu!

Kelas sampai 4.30pm je so malam-malam kita merayap la! :D
Hari Isnin Lapor diri- malam lepak bilik.
Hari pertama kursus (Selasa)- gi midvalley
Hari kedua kursus (Rabu)-  Ikea & The Curve (waaaa ada adik beradik siti aisya la... ada lelaki meroyan duk sebut BODO BODO BODO kat money changer).. ramai gile tgk, rasanya ada yg rakam hehe.
Hari ketiga kursus (Khamis)-  Stay hotel kat KL..... Sabtu baru balik he he he!
Hari last kursus, saje sedondon!  Dpn ASRAMA MELOR (baju adiah kawen dari cekgu faridah... bln 8pakai longgar lg, sekarang SENDATTT!)
Jg hasil SAMSUNG SMART CAMERA.. kami tak bersama pun dalam gambar ni, percaya tak?  hehe!

Lepas ni tak tau bila lagi buleh kursus bersama.
Tahun depan la kot!
Sebab tahun ni dah cukup 7hari kursus!


Sekian :P

07 October, 2013

Scan @ 22 weeks

Fuhhhh.... ingatkan scan masa 22weeks.. dah nampak budak tecit ni laki ke pempuan,
ghupe-ghupenya masih menyorok.. adeihhhh bertabah je la (suruh shopping last minit kot) :p
Masa dokto explain, aku tengok je la.. mcm tak nampak je tapi abam nampak.. aku rabun kot hehe.  Dokto kata kaki budak ni tengah berlunjur.. amboi.. rilex nampak? :D :D :D

Ye la sebab friend of mine scan masa 19, 20, 21 weeks.. dah tunjuk dah pun... majuk laaa camni huhuhu!
Doktor kata semua normal.. kecik je lagi.. baru 522gram tapi aku tak tahan bila budak ni gerak... geli pahtu kekadang terkejut eheeh.
Ni hasil Samsung Smart Camera (split shoot)- takyah edit2, buat je 2gambar dlm 1shoot!

Scan kat Klinik Lili (Pusat Bersalin) Pasir Mas RM30 (termasuk print)... biasalah aku cheapskate (orang tak berduit lah KATA KAUUU!) :p
Tempat lain paling murah di KB RM45 ke atas!

Tak apa la... awal November ni kita gi scan lagi ya abam?!!! :D

01 October, 2013

Sobenir Dari Ostolia

Fuhh... sori untuk JM sebab terlupa langsung nak update,
sebabnya lepas dapat.. terus gi tampal kat peti hi hi hi.
Terima kasih banyak-banyak kat JM sebab memenuhkan peti saya yang tak berapa nak penuh lagi macam orang lain ni.
Kalau ada FM bila next travel.. sila lah bagi lagi ekekekek.