Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

31 July, 2013

Photobook Pertama Kami...

Akhirnya, PHOTOBOOK pertama kami dah siap!
Itupun purchased November 2012 lepas tu terperap!
Beli dengan harga RM52.  Harga asal RM208.
Amik MEDIUM POTRAIT IMAGE WRAP 8" X 11"= 40pages.
2hari sebelum due date redeem baru la gedik nak siapkan.
Due date nya 27/7/2013 & kami reedem pada 25/7/2013 hehe.
Ops actually sebelum tu dah download kat PHOTOBOOK DESIGNER dah, tapi buat sikit-sikit jah.
Macam biasalah aku paksa abam buat.. suruh aku... meme tak aaaa hehe!



Aku just edit sikit-sikit yang mana patut (macam wording & background).
Tu pun buat cacamarba sebab bab-bab creative ni aku tak gheti :P
5hari lepas redeem.. tadaaaa, sampailah seketui PHOTOBOOK hasil tangan kami.
1st time buat ni cacamarba sikit le sebab aku malas nak susun ikut date (sape suroh!).
So, puas hati la!
Untuk kawen, aku tak amik pun pakej STORYBOOK.. membazir ajooo!
Baik den buat PHOTOBOOK kawen sendirik, selalu je ada sale kat web-web yang selalu deal tu he he he!

Ingat nak tunggu deal size besar sikit utk PHOTOBOOK kawen tapi usually size 8" X 11" je banyak.. hmmm tunggu & lihat saja!

30 July, 2013

Tiba-Tiba Tengok Wayang!

Haaaa setelah 2tahun tak tengok wayang, ni lah kali pertama pulak aku tengok wayang.  Movie RED 2.
2tahun tak booking thru online, tiba-tiba sudah berubah.  Dulu booking je, nak amik tanak amik suka hati.  Tapi sekarang BELI TERUS.. kalau tak gi tengok, memang rugi la hehe.  Print siap-siap.
So decide tengok kat Midvalley 11.10pagi.
Ni 1st time dating dgn abam tengok wayang ok!
Dulu-dulu aku meme lone ranger je tengok wayang, peduli apa aku.  Rasa nak tengok je aku gi Galaxy Ampang & bila wujudnya Wangsa Walk, lone ranger kat situ.  Rabu & weekend je ada le muka aku kat situ hehe.  1tahun pecah rekod la.. hampir 50movies aku layan hehe!  Tak main aaa tgk vcd / dvd.. tak minat akuuu!  Ada orang kata aku membazir tgk wyg..  My question is:  DUIT MASING-MASING,  KO SIAPA?!
Sambung cerita.  Sbb dah jakun sgt 2tahun tak tgk wyg, aku gi kaunter tanya "i kena print balik ke tiket ni?"  So the staff kata "no need, pergi je mesin scan & scan your barcode"... oh like that... so easy! 
Meme best gila lah RED 2 nih.  Hero tua pun best uolsss!  Kelakar gile!
Kamu tidak akan saspek langsung SIAPA YANG JAHAT SEBENOR-BENORNYA sehingga ending :D
Very the rekemended hoccay!  Sila tengok!  Heheeh!

26 July, 2013

Bunga Bakawali- Misteriiii!

Bulan lepas saya teman abam pergi mengurut sebab dia sakit belakang / pinggang / kaki.
Kerja kuat sangat tu he he he!
Kalau nak mengurut / rawatan tradisional / rawatan misteri ke apa ke.. start 9mlm sehingga pesakit balik (tak kire la 3 4pagi pun!)
Saya pernah pergi sana dengan arwah mami & arwah che su 2 3x pada tahun lepas kot.
Tak ingatlah bile!
Lepas mengurut, so kami nak balik.
Masa kat tangga tu, rasa MACAM WANGIIII je.
So tiba-tiba perawat tu turun.  Katanya "itulah bau bunga bakawali.. dia kembang malam je.. tak semua orang tanam menjadi.. orang tertentu je jadi.  Kalau awak-awak semua duk tengok bunga ni kembang, meme tak akan kembang la.  Tapi sekali awak berpaling tempat lain walau 4 5 saat.. tengok balik bunga ni.. dah kembang!"  Fuuu misteri hokeeey!
Masa tu jam hampir 12mlm.  Makin lama bakawali tu akan makin wangi & makin kembang.
Lepas tu perawat tu kata "bakawali ni ada gu (geng)"  pastu dia pun masuk umah amik batu permata seketul.  Dan-dan aku nak amik gambo, dia terus sorok huhu.  Katanya "batu ni bukan dari sini"  So aku tak berapa paham BUKAN DARI SINI maksudnya BUKAN DARI MALAYSIA @ BUKAN DARI ALAM NI?  Ntah, tak tanya pulak!
Tiba-tiba perawat tu bagi bakawali tu kat abam.
Apa lagi, kami amik le wat balik.
Yang bestnya FIL, bapak saudara abam pun tak pernah tengok bunga bakawali ni.. tu le 1st time dorg tgk heee.

Dlm kereta duk bau-bau bunga ni, seriyus wangi!
Balik tu, bakawali makin kembang.. time ni le nak amik gambo sbb pagi esoknya, bakawali ni dah kuncup :-)
Sekarang saya masih simpan.. masih lembab kelopaknya, tak kering langsung.  Kalau sentuh, rasa mcm sentuh kain lembab :-)

24 July, 2013

Worldless Wednesday - Parcel

Rutin tahunan... pos parcel ke Cambodia (untuk abe nasir / salim's family)
8.5kg.. tahun depan bajet 5kg aje lah.. bayaran pos tu tak menahan mahal hu hu hu!

23 July, 2013

Maksu Nab Nasi Air Pulok....

Tetiba teringin pulak makan nasi air (nasi bubur) Moksu Nab Nasi Air yg femes ames kat Berek 12 Kota Bharu ni.
credit gambar:  http://www.come2kelantan.my

Maka ajak lah abam berbuka di sana.  Padahal dia dah sound "lepas raya la nampaknya makan kat sana" tapi saya degil.. nak jugak berbuka kat situ makan Ahad petang decide pergi.  Tadaaaa.... KEMPUNAN LAH SEKALI LAGI DALAM BULAN POSE NI!  Tutup la pulak!
Huwaaa apa ni.... 2x kempunan dah ni (Nandos & Nasi air moksu nab)... sedih tawww!

Maka berbuka pose lah di Shahrin Low Chineese Muslim Resto, depan Maksu Nab Nasi Air tu.
Dah boring makan nasi putih, maka order Nasi Goreng Ayam (request buh sayur bebanyak) + telur mata kerbau cair + air asam boi.
Portion banyak gile... buleh untuk 2orang makan.  Biasa order nasi puteh + lauk-lauk masakan cina tapi kali ni tak.. so tak sedap.. lepas makan terus muntah semua huhuhu.
credit gambar:  www.eats.my

Oh kempunannyaaaa sayaaa!

22 July, 2013

'Beliau' Kembali... Lucunyaaa!

Budak mental illness kembali lagi.
Gersang kasih sayang kot?!
Nilai le sendiri bahasa sms 'beliau'
'Beliau' start sms sebab abam aku mengejar & follow dia untuk bawak anak jalan-jalan, tapi pandai pulak dia bawak lari ye?  Pastu claim BAPAK DIA TANAK JUMPA ANAK... elok la tu peel 'beliau' hehe.
Translation:  HUHU BARU TAHU PERANGAI MU TERLALU JAHAT.. KAHKAH, FIZI DAPAT BINI NOR AFIDA HODOH.  ADA KE PATUT ORANG DUK KATA BINI FIZI PALING HODOH.  HUHU RUPA-RUPANYA MU HODOH.  OH YA, MEMANG KAT SEKOLAH DULU MEMANG TAK ADA ORANG NAK KAWAN DENGAN MU SEBAB MULUT MU MALAH HODOH.  MALAH ANAK AKU PUN KATA MU NI MULUT MUNCUNG.

Tiba-tiba je 'beliau' call aku... ah sori la.. "ko tu tak ada kena mengena dengan hidup aku pun.. SAUDARA PUN TAK!"  buat apa jawab?  Maka 'beliau' pun bertalu-talu sms walaupun aku tidak membalas semua sms-sms 'beliau'.
Ini saya bls sms kepada 'beliau':  KESIANNYA, EH LUPA PULAK, DARI AKU SMS DENGAN MU NI, BUANG MASA AKU JAH.  MU TAK APA LE.. UNPAID LEAVE 3 BULAN, HARTA TAK HABIS 30KETURUNAN.  WAKAKAK.. AKHIR KATA, ASSALAMUALAIKUM **********
Oh ya.. ini sebenarnya KALI PERTAMA aku membalas sms beliau.. mesti beliau SAKIT HATI.. Apa.. ingat aku takut? Ye la, rasanya macam lebih 100sms dia sejak dari tahun lps tapi aku tak pernah balas :D

 Translation:  MU INGAT AKU NI MISKIN SAGAT KE?  GAJI AKU PUN LEBIH LAGI DARI MU.  ADA KE AKU MINTA DGN MU?  GAJI LAKI PUN 15k, 4X GANDA (dari 'beliau' lah maksudnya).  KENAPA, ADA MASALAH?
translation:  AJAK LAKI MU YA & BALIK KARANG BAGI BU&!+ TU.  KESIAN DAPAT LELAKI MACAM FIZI.
 
 Lepas ni ada lah yang claim blog aku ni tak berilmiah tunjuk benda-benda gini.. unless yang tukang cakap tu pun sama peel & sama bahasa dengan 'beliau' ini.. eh ini blog aku daaa.. nak buat blog ilmiah, buat blog sendiri kakakaka!

Aku sudi menerima sms dia lagi.. sebab sms-sms dia semua menghiburkan kehkehkeh!



19 July, 2013

Set Kesuburan??? Apakahhh?!!!

2minggu lepas saya dapat PM.
Katanya "saya ada baca awak post YANG AWAK ADA MASALAH KESUBURAN.
Saya boleh bantu awak.  Awak boleh amik SET KESUBURAN UNTUK SUAMI ISTERI... insyaAllah dapat anak"
Erkkk?!
Saya rasa budak tu main serkap jarang aje kot.
Apa gila saya nak cakap terang-terang kalau ye sekalipun ada masalah kesuburan?
Pastu saya reply "awak salah orang kot, lepas kawen saya sempat piyed 1x jah"  Huhuhu bukan apa ckp gitu... tapi nak menyatakan bahawasanya tak perlu dia nak serkap jarang main PM jah orang dengan ayat gitu untuk laku kan produk dia tu!

Tak kuasa aii noks!
(tak makan apa-apa set kesuburan, dah semulajadi subur kot hihihi... tettt!)

17 July, 2013

Worldless Wednesday- Cruise Libra 2011

Mengimbau kenangan naik Superstar Cruise Libra 2011.
Semua 1st time jumpa kecuali yang paling kiri (my jiran) :-)
Sebelum naik cruise

 Background Sweethenham Pier (tempat utk boarding)

 Semua orang dah boarding, tinggal geng-geng kami je.. biar le lambat, asal tak bersesak :D

 Depan swimming pool dalam cruise

 Bilik yang saya tumpang.. sempit tapi lengkap dengan TV / bilik mandi / telefon / meja solek / hair dryer

 Pagi tu baru le berkumpul dengan geng-geng bilek sebelah (ayu & bella menghilang hihi)

 Budak mabuk laut ekekekek, nasib baik saya tak mabuk.. cuma rasa fenin seketika time cruise langgar ombak

Pemandangan dari atas cruise.. masa ni beberapa jam lagi nak sampai darat.

16 July, 2013

Again... Nak Naik Superstar Cruise Libra!

Repeat naik cruise lagi la jawabnya tahun ni hehe.  Semalam baru purchase online.
Masa promo ni le masa yang sesuai untuk grab.
Tarikh tu rahsia le.. karang ada pulak yang gi skodeng!  :D
Dah jenuh cari date depature.. banyak yang fully book.. date aku pilih ni ada 1je kosong.. nasib baik!
1372746451069
Kali ni pergi dengan abam la pulak, berhanimun lagi.  2tahun lepas pergi beramai-ramai (rasanya 9-11orang kut, malas nak search dalam blog) tu pun aku STANDING PAX tapi 'merempat' kat bilik Faridah & Azra dengan muka tak malunya hehe.
Masa tu STANDING PAX RM167/ nite- means, korang nak tido kat ceruk mana pun buleh.. dipersilakan. 
Kalau amik bilik.. paling murah pun RM300++/nite.  Kalau tak promo, bilek paling murah RM400 ++ /nite
Layout dalam SUPERSTAR CRUISE LIBRA

Tapi tahun ni amik bilek la pulak.. takkan nak tido pelok-pelok tunjuk kat orang kannn hahahah!
Nak tido syok, kena amik Suite tapi tak berbaloi le pulok.. aktiviti dalam cruise tu 24jam.. tido pun kejap aje kot!  Yang pastinya nak tengok SHOW SILAP MATA.. lawak gilers :D
1372746554365
Swimming pool dalam cruise

Pujuk-pujuk abam.. nasib baik dia nak gi... nasib lah dapat bini kaki jenjalan kan?  :D
Tiba-tiba dia tanya "anak cemana?"  Aikss sungguh la saya kompiyus.. saya nak gi tahun ni le, bukan tahun depan!  isk isk isk!  Baby under 6months tak buleh naik cruise ye? :P

Ooo tak sabar nya nak ber'cruise' & makan-makan kat Penang tu.
Tunggu chekkk maiii naaa? :D

15 July, 2013

Mahal Gilersss!

Bulan puasa ni meme bulan buat duit kan?~
Yang kerja sanggup amik unpaid leave semata-mata nak berbisnes di bulan puasa.
(aiii dah suroh abam aiii jual apa-apa depan umah tu.. katanya "nanti la.. ada la...".. sudahnya TIADA APA-APA LAAA hihihi!).  My MIL pun bercuti dari meniaga bulan Ramadhan ni.. tak larat kaedahnya!

 Berbalik kepada cerita.
Last week gi pasar ramadhan (tidakla pasar sgt sebab ada 5 6gerai je pun.. saje malas nak bersesak-sesak kat PASAR RAMADHAN).  Abam beli sup tulang berharga RM7 (yang ni tak mahal pun sebab makan pun puas.. cuma kureng rasa sedap je la hahahah) pastu sesambil tu aiii gi gerai sebelah.. berkenan kat ayam masak pedas je.

Kredit gambar kepada blog shidazam
Amik bahagian peha.   Tadaaaa... RM7 ko~  sama naik dgn KL! Aiii masa tu keluarkan RM4.. terkejut mendengornya!  Huiyoooo ayam sebesar tu pun RM7?  Pergh meme buat duit betulla!  Taula ayam mahal sekarang nih!

Kredit kepada tuan blog ni:  resepiibu286 (tak snap gambar sendiri.. sama je rupa ayam masak merah mana2pun hehe)


Kalau akak tu kata RM5 buleh le diterima akal lagi... ish ish ish!
Balik makan.. tak sedap pun.. ayam goreng lama.. keras le jadinya~
Akhirnya saya telah mem'banned' kan gerai rumah pangsa kg. sireh (betul-betul depan masjid kg. sireh, yang menumpang gerai Azma Corner).  Aiii lebih rela beli depan Nordin Batik (tapi situ banyak percik.. tidokleh aii makan lemak-lemak gitu!) @ pun Wakaf Che Yeh jah... harga buleh diterima akal lagi + air pun semua menggiurkan hi hi hi!
Cakap banyak pulak kan.. dah tak mau kuar duit masak le kan?  Tapi aii bukan spesis kaki masak.  Abam aii je rajin masak huhuhu terbalik kuanggg!  Dia masak lauk dia tiap-tiap hari... aiii pulak beli tiap-tiap hari.  Kalau masak pun, masak nasik + telur dadar (dah buleh bukak kilang telur, ngeh!) + sayur kalu rajin... aii kata KALU RAJIN!  Kalu tak.. tak le :D

Sekian dari saya yang kaki pasar ramadhan :D