Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

30 April, 2013

Momen Kandid + Lawak

Dah dapat cd dari photographer.
80% sangat tak berpuas hati le dengan photographer kami.
Tak berbaloi langsung bayar RM650 tapi gambar sikit + takde apa-apa effect (macam bokeh, lighting bla bla bla) + outdoor pun sikit sangat dorang snap.  Udahla datang lambat, sesat pulak tu!
 Perantin laki datang.. nasib tak pakai kasut dari bawah hehe
 Hrmmm hrmmm... jangan main-main mata dengan bini akuuuu!
Moncong-moncong itek akak ipar ku itu.. awat kakkk?  hihi.

Sudahlah kita yang arahkan dorg (mereka berdua.. yg real photoghraper tu 3pm baru datang ok!
Yang datang 12pm tu ialah photographer ganti!
Ada ke patutu duduk je dalam rumah.. bengang gak kitorg!
 Pok amai-amai.. blakang kupu-kupu.. eh, belalang kupu-kupu!
Sempat lagi le pulok orang kat belakang tu ciom pale hahaha
(famili belah laki)

Tang outdoor tu lagi la.. tak sampai 30minit.. dah pulak dorang nak balik!
Adoyaiii!  Kita pulak yang arahkan dorang snap gambar kandid (ye la.. gambar dukung-dukung takde, gambar momen2 best pun tak ada.. semua biasa-biasa +gambar kejung.. hmm).
 Ni lah dia pasangan perantin yang tak reti duk diam + tak reti control macho / ayu.
Meme tak bules duk diam haha!

Bayar RM100 pun cukup le kot, yang dorang cuci tu.. gamba bodo-bodo je.
Guna kamera bodo pun buleh kalu gitu.. adus!
Nasib tak amik story book (Baik buat photobook sendiri je la uolsss.. below rm100 jah!)
Ek ah ek ahhh... nak makan kek, kita menari bujang lapok dulu!

Masa dapat cd tu, banyak gambar tak ada.. so kami cakap nak semua jadi ke tak jadi ke nak semua.
Dia jawab "kita amik gamba yang terbaik je",.. ces tak buleh terima!
Kata unlimited.. kalu UNLIMITED... BAGI AJELAH SEMUA.
Sudahnya depa bagi jugak hehe.

Bujang lapok tak jadi daaaa!  Lawok eh gamba ni!

Anyway.. jom view gamba kandid & gamba lawak hihi.

29 April, 2013

Kekecewaan 2012 (vet kejammm!)

Entry ni refer kepada rasa kasih saya terhadap haiwan (saya animal lover).
Setelah cukup 1tahun kejadian ni berlaku.

 Saya sanggup ambil cuti 1hari untuk bawa kucing ni ke vet kerajaan.  Depa cucuk antibiotik

Setelah beberapa hari bagi ubat dari vet kerajaan tak jadi sangat, maka saya bawa ke vet swasta.  Saya terlalu kecewa dengan 1vet terkenal di Kota Bharu kerana tidak mahu merawat apatah lagi menjeling langsung kepada seekor kucing sakit yang saya bawa untuk dirawat.
Saya bawa untuk kucing tu dirawat beberapa hari sepanjang pergi umrah.  Bayaran 1malam saya lupa.

Stray cat yang asalnya tegap & cantik.. akhirnya jadi macam ni.
Walaupun ianya seekor kucing jalanan, tapi saya tetap rawat & bagi makan

Saya sebagai manusia yang bodoh untuk merawat kucing pun buleh pegang kucing yang "hamis / busuk / berkudis" sebegitu rupa (dengan pakai glove la).. takkan la vet yang SANGAT MAHIR MERAWAT pun geli nak pegang?

Sedia di bawa ke vet tapi vet jeling sekali, terus suruh bawa balik :-(

Alasan:  "kucing kalau dah macam ni meme akan mati camtu je, kalau rawat pun hidup tak lama!"

Saya bertanya 2 3x betul ke tak buleh rawat, katanya meme tak buleh.
Saya kata sanggup bayar berapa sahaja kos rawatan (at the same time, minta dana dari Persatuan Membantu Kucing / Anjing Jalanan).. tapi vet still suruh bawa balik.
Saya bawa balik kucing tu.. belum sempat keluar vet tu, air mata saya menitis.


Akhirnya stray cat ni mati jua (beberapa jam sebelum saya berangkat ke tanah suci pada 27 April 2012).
Sungguh.. dalam flight ke Madinah pun saya masih menangis.. mengenangkan stray cat ni (masa taip ni pun ngalir air mata).
Sebelum mati, stray cat ni sangat manja dengan saya.. nak menyendeng2 (masa sihat, dia tak hingin pun dekat dengan saya heee).

Makanan & ubat untuk stray cat itu.

Maafkan diriku kerana tak merawat kamu :-(
Kenapa harus ada vet kejam sebegitu?
Saya bertanya kawan-kawan yang tolong stray cat.. katanya kalau kat Serdang.. buruk cemana pun rupa kucing / anjing tu.. tetap di rawat!

Tenanglah kamu di sana wahai stray cat :-(

Entry tahun lepas KLIK SINI.

26 April, 2013

Honeymoon @ Cameron Highlands jerrr~

27-29/3/2013 (Rabu-Jumaat)

Kami decide nak honeymoon di Cameron Highlands jah sebab kalau gi obersi... April nak gi obersi lagi.. lainla kalau gaji kami 20K sebulan, nak gi mana-mana pun buleh hehe.


Kami purchase Hotel Equatorial Hotel kat Groupon.
3hari 2malam:  RM340 jah.. tapi kena surcharge RM40/night sebab coti sekolah.
Kira ok dah harga tu sebab seperti sedia maklum bilek kat Equatorial Hotel tu mahal.
Thanks Groupon :D

Gerak dari Kota Bharu 11pagi.. sampainya pukul 4lebih.  Sebelum bertolak, kita makan sup belut dulu la hehehehe (takde motif.. saja jah.. balik umah FIL.. depa duk buat breakfast nasik lauk belut.. kami apa lagi.. bedal la.. faveret tu hehe!).
Sampai CH je terus cari makan, lapar!
Pastu gi Pasar Malam.
Gitulah hari ke-2 & ke-3.
Kami tak ada lah nak pergi sangat ke Strawberry Farm ke, Ladang Boh ke, FAMA ke apa ke..
just look around jah.
Bilek no. 911.  Tak nampak pulok dalam gambar.
Tapi tak payah rescue saya lah ye.. saya selamat hahah.

Riki-riki pokok bunga & sayur untuk mami (pujuk dia le sebab nya dia merajuk dengan saya sebab stay kat kuarters abam).. Ye lor.... iols bawah tanggungan abam dah sekarang.
Tapi iols bergilir-gilir la kannnn?  Iols nak jugak hidup berdikari.

Tak banyak cerita.. itu sajo.  Tipikal pengantin baru gi hanimun la.. nak cite apa lagi?  hehe!
We had a gud time together.
Iols tak nanges-nanges dah kalu nak berpisah bagai.

Ye la sebelum kawen, asal balik dari travel (tak kira la gi KL ke, obersi ke).. mesti iols nanges.
Manja kan?  Hahahah.

Terima kasih abam sebab sudi kawen dengan saya yang sebegini :-)


25 April, 2013

Baru balik dari Vietnam

Kami baru 3hari pulang dari Ho Chi Minh City.
Mood bercoti masih menebal.
Tak sempat nak cerita panjang lagi.. nanti-nanti kemudianlah ye?! :D

notakaki:  banyak gila entry tertangguh!

24 April, 2013

Resepsi Part 1: Kamera Sendiri

Tak tahu nak cerita pasal apa.
Just tunjuk gambar-gambar resepsi pada 24 Mac 2013 (Ahad) je lah ye?

 Gambar baju ditangkap pukul 2.30pagi masa tunggu pekerja pasang kanopi.. gigih pengantin tido lambat!
 Aksi-aksi tak pandai posing.  Tebal gila kan mekap mak andam ni?  "I is" don laik!
 Terasa macam ansem pulak abam saya muahahah & saya tak kuasa dah nak duk sopan santun.. penat oiii!
 Gambar paling kiri is my besty since 5years old.  Dia lah tukang mekap hari akad nikah & bertandang heeee (lagi cantik mekap beliau dari mekap mak andam.. pfttt!)

 Guestbook & gambar paling kanan adalah bersama boss saya (beliau berdiri paling kiri).  Lelain tu p.a dato' pengarah & bekas driver dato' :D
 Pukul 5pm++.. kami lah pulak jaga meja guestbook.. penat nak layan tetamu (bukan sombong tapi seriously penat.. nak-nak lagi baju iolssss meleret2 kekeke).


Tak banyak gambar sebab famili semua sibuk melayan tetamu ehehehe.

23 April, 2013

Contact Lense: Sudah-sudahlah!

Untuk majlis respsi kat rumah saya, saya memilih untuk memakai contact lense.
Beli beberapa hari nak kawen.  Orang tu ajar cara pakai tapi yang best nya iols tak belajar cara buang wahaha.

Malam tu pakai contact lense tapi silau la.
Sudahnya pergi umah inchek tunang (time tu),
dekat 1jam gigih nak buang CL tapi tak berjaya.

Inchek tunang pulak marah-marah.
Berair mata iols (sebab nangis kena mare & sakit mata huhu).
Dah habis cara nak buang tapi tak berjaya.
Sudahnya jatuh secara tak sengaja lepas tu ilang terus.  
Tapi tak apa sebab ada 1pasang lagi.


Hari respsi tu pulak, mak andam cakap "awak ni pakai cermin mata ke?  Kalau awak pakai cermin mata, saya tak mahu mekap kan!"  Mak oiii kena sound lepas tu saya cakap le ada CL tapi takut nak pakai, mujur mak andam pakaikan hehe.

Malam tu terus suruh abam buangkan.. tadaaaaa tak sampai 1minit both CL dah buleh buang.
Dan yang paling bestnya saya buang CL tu dalam tong sampah.  Goodbye forever!

Saya tak akan pakai CL lagi hahahah.

(entry auto publish)
 

20 April, 2013

I'm Away~ Ho Chi Minh City

Saya akan berada di HCMC selama 4 hari dari 19-22/3/2013 (Jumaat-Isnin).
Doakan kesihatan saya supaya tak kembali sakit ya guys?!


Semangat nak shopping raya ni hahaha!

(ENTRY AUTO PUBLISH!)

19 April, 2013

Saya + Sakit= MC

Detail cerita saya sakit....

Jumaat tengah-tengah pagi buta orang tengah syok tido, tiba-tiba sakit pinggang.
So bertahan aje la.
Pagi jumaat tu mintak tolong abam beli ponstan.. still sakit tapi buleh bertahan.

Sabtu still sakit tapi decide gi Perubatan An-Nisa buat ultrasound, alhamdulillah cysts meme dah tak ada.. cuma doktor suspek samada kencing kotor @ urat.  So doktor just bagi ubat tahan sakit + urat.


 Sakit Part 1 (Isnin 15/4/2013)
Lepas gi ultrasound tu, sempat la gi makan-makan & 12pg tu makan ubat.
Tapi kemuncaknya ialah Isnin 1.15pagi... sakit meme tak hingat dunia.  Menangis-nangis dibuatnya.
Terus abam google pasal 'kencing kotor' & dia kata saya ada simptom tu.
(biasala beb, orang pempuan lepas kawen mudah sangat kena kencin kotor huhu).

Rasanya 4pg baru buleh tido selepas berhempas pulas melawan sakit & diurut pinggang meme still sakit.
Lepas muntah baru lega sikit.
6.30pagi tu abam ajak pergi klinik kesihatan meranti tempat dia kerja.. katanya MC di sana jah la.

Buat urine test semua (ofkos la tak peknen sebab baru lepas 1hari last piyed hehe). 
M.A tak bagi ubat sebab klinik an-nisa tu dah bagi ubat tahan sakit, dia suh habiskan yang tu dulu.
Balik kuarters abam dulu lepak-lepak... rasa sedap sikit tapi dalam 11.45pagi tu sakit balik.. ades!
Tapi nasib baik sekejap jah.

Sakit Part 2 (Selasa 16/4/2013)
Part 2 ni meme teruk... 5.15pagi start sakit sampai la saya tertido balik pukul 7.30pagi.
Meme menggelupur dibuatnya.  Tak tahan.... saya meme bajet nak gi ofis la haritu tapi dah sakit, nak gi cemananya?!  Gi klinik kesihatan meranti lagi.  Kali ni buat urine test lagi.  Meme sah la kencin kotor huhu.
Dapat ubat tahan sakit + antibiotik.
Tapi lepas tu selamba pergi mydin nak beli barang keperluan kuarters.
Yang bestnya berjalan semasa sakit.. jalan pun control la sebab sakit kan!
M.A tu nak inject, terus saya sengih & berdiri sebab tak mahu kena inject.. katanya penakut hehe!

Kemuncak 3.30pm.. sakit tak terhingga sampailah 1pagi.. imagine la betapa azabnya saya masa tu!
Makan muntah, makan ubat muntah, minum ubat muntah!  Lepas muntah, sempat lagi saya wat lawak "eii panas le rasa muntah saya".. kehkeh.. sepi la tanpa gurau senda ni :-) Tapi lepas muntah lega sakit sikit.. time tu lah yang saya buleh tido pun. 


Sakit Part 3 (Rabu 17/4/2013)
Kali ni pergi lagi klinik meranti sebab still sakit.  Biasalah 5.15pagi je sakit.  Huhu.
MC lagi la kaedahnya.  Sedar 7.30pg tanya abam tak gi kerja ke?  Dia kata "takkan nak tinggal awak dalam keadaan macam ni?"  Uhuhu syahdu nya rasa sebab ni hari ke-2 jgk beliau tak gi klinik sebab saya.
Dia pun tak tau nak buat cemana lagi.. dah urut, tenangkan saya, gosok-gosok, peluk saya.. semua tak jalan daaa erk.

Hari ke-3 ni lagi teruk.  Sakit berpanjangan.. sampai la pukul 3.45pm tu saya menjerit sebab tak tahan sangat.  Saya tanya abam "tak buleh ke bawak saya ke hospital, tak tahan sangat dah". 
Pastu dia kata gi inject je la untuk redakan sakit.  Masuk-masuk jah M.A tu tanya nak inject @ masuk wad?  Sebab saya sakit sangat.  Adus serba salah.  Kalau masuk wad.. mesti berhari-hari sedangkan 18/4/2013 tu saya dah nak gerak ke KL.  Abam pun suruh saya inject je la.. ok saya yang menurut perintah.  Lepas tu terus balik ke rumah saya, dah tak balik kuarters dah la.

Inject 4.20pm... pukul 6++pm baru effective kat saya tu pun dalam 2 3jam jah.. lepas tu sakit balik.
Kemuncak 1.15pagi..   sakit balik.  Mami pun rungsing tengok saya... dia suruh abam lumurkan minyak kat pinggang.  Pastu kena paksa minum air ubat pelawas kencin pulak.. hadoiii nasib baik rasa macam air kelapa je :P

Kali ni sakit kejap jah, abam siap rebuskan air barli 2pg untuk saya bawak bekal ke ofis uhuhu rasa bersalahnya saya.  Sebab saya, dia tak cukup tido.. sob.
Masuk bilek tu dia main keta remote (sempat lagiiii hehe!)... saya pun tumpang tekan-tekan remote (saje jah nak ilangkan sakit).  Pastu saya kata nak tido la sebab ngantuk (ye la berapa hari dah tak cukup tido). 
Sedar-sedar 6.15pagi, abam tanya saya buleh gi ofis ke tak (kalu ikut hati meme malas tapi sebelum di sound, baik pergi heheh).  Nak je suruh dia hantarkan tapi tak apa lah banyak dah saya nyusahkan dia.. saya drive je.. lagi pun ofis kami jalan bertentangan.

Bertahan je.. meme sakit pagi 18/4/2013 (Khamis) tu tapi paksa diri la, meme suck gila muka saya pagi tu sampai kawan-kawan tegur kenapa macam tak sihat?  Meme tak sihat pun hehe.

Sudah cukuplah sekali sakit.
Tak nak dah.. semangat nak gi vietnam ni hehe.   

18 April, 2013

Saya dan Sakit

Lama tak update blog sebabnya saya sakit.
Di 'suggest' kan masuk wad tapi iols nak pergi vietnam la esok, cemana nak masuk wad?
So iols pilih inject sahaja untuk tahan sakit selepas 3hari in a row pergi klinik & dapat MC.
Sakit weh sampai menangis-nangis/ bergolek dokkksss!

Abam masak air barli 2pagi supaya saya minum di ofis.. kena habiskan huhu kalaulah air barli rasa macam air teh ke, milo ke.. sedap gak huhu.

Detail nanti cerita lain la heheheh.
Tapi meme sakit gila.. sian abam saya tak cukup tido sebab jaga saya + EL sebab saya huhu terharu rasa.
(abam nanges jugak yeee?!)

notakaki:  sakit sangat tak best, tak buleh bergurau senduk huhu.

15 April, 2013

Sms Carut

Sms yang saya terima sebelum kahwin.
Perempuan ini lah yang saya report polis.
Memang psycho tahap dewa!  Memang tak tahu malu & tak takut orang langsung.
Translate:  "MU GILA BABI KE BETINA?  MU FIKIRLAH, MU JAH GILAKAN FIZI TAPI FIZI DUK BAGITAU KAT AKU HAL KAU NATE APA.  BODOH!"

Dia sengaja reka cerita begini supaya saya bergaduh dengan abam saya.
Dia sengaja nak kucar kacirkan kami.
Dia sengaja nak tengok kami tidak bersama + tak kahwin.

Translate: "MUNCUNG, MU TAK JAGA KE LAKI KO.  TADI LAGI NI DUK SMS DGN AKU NI.  MU TAK BAGI JU*** KAT FIZI TU.  LAPAR BUr!t KOT!"

Berpuluh-puluh sms dia yang saya terima, tak pernah 1 pun saya balas tapi dia tetap sakit hati.
dia claim saya ganggu hidup dia, dia claim saya pempuan jahat, dia claim saya perampas, dia claim saya mulut jahat, dia claim saya ambil tahu hal dia.. how come?  Dia yang buat saya macam-macam, dia yang claim saya buat dia.. mental!

Anyay...  SETIAP PATAH PERKATAAN KELUAR DARI MULUT BELIAU ADALAH MENCERMINKAN SIKAP BELIAU (nama jah dari sekolah agama.. pftttt!).



12 April, 2013

Soalan Tipikal

GAMBAR PICK RANDOM!  SUKA SUKI LETAK JAH EHEHEH!

Baru beberapa hari kami kawen... dahhhh pulaknya dapat soalan tipikal.
Hmmm sungguh saya tidak gemar dengan soalan-soalan ini.

Selepas berbelas hari kawen haritu, iols terasa sakit / senak perut (sudah masanya untuk mem'bendera merah' kan diri).  Iols bila sakit perut, mulut meme tak duk diam, asyik cakap "Adoi sakit / sengal"  bla bla sebab biasanya 4-6hari sebelum piyed tu meme akan terasa "pre-piyed pain"  (bahasa sendiri).

So kawan iols: eh kenapa sakit?  Dah ada ke?  (Mak oiiiiii terlalu cepat untuk ditanya urgh.)
Iols:  tak le, nak piyed.. biasa aaa sakit 4-6hari sebelum piyed.
Kawan:   Oh laa... ingat dah ada tadi.. mana la tau bunting pelamin.. ada isi.  Awak nak tunggu apa lagi?
Iols:  Err.. eheh, ala rilek la kak.. bagi la masa hanimun puas-puas dulu.
Kawan:  Ala tak payah tunggu-tunggu la, tak payah duk rancang-rancang.
Iols:  ye laaaa, tau laaa!
Uhu siyes.. benci!  Kalau boleh jangan la tanya iolss gitu.. iolss stress!
Seriyus stress!  Sebabnya... (buleh search entry-entry lama sebab iols sedih).


Tapi cuak juga le sebenornya bulan ni lewat 3hari hihihi.
Tapi bulan lepas awal 1hari.. cisss suka suki dia je!

  • Perbualan pada 9 April 2013 (Selasa):
Akak tu:  Bila piyed?  (tiba-tiba mai soal macam tu)
Iols:  haaa? kenapa?
Akak tu:  Nak tau bila
Iols:  Err tak paham.. bila tu.. haribulannya ke?  (tiba-tiba blur + malu sebab ada kawan laki kat sebelah)
Akak tu:  Masa kawen haritu tengah piyed ke tak?
Iols:  Tak
Akak tu:  Pastu bila piyednya?
Iols:  Harini hihihihihihi
Akak tu:  Harini 1st day?
Iols:  Ha ah heheheheh.
Akak tu:  Haaaa... mintak-mintak la ni last piyed u datang.. lps ni dah.. mintak-mintak lekat terus.  Biar berjangkit peknen ramai-ramai 3 4orang 1bahagian.
Iols:  Aaaa?  (sambil malu gilas)
Bos:  Haaa?  Pahni coti lama pulak ke?  Aiii tokleh tokleh.. kijo banyak (sambil-sambil buat lawak).
Iols:  hahahaha takpe lah cuti lama best sikit :D
 uk aloh la udah la suara aka kuat.. 1section dengar.. malu iols.
Kalau soalan lawak-lawak gitu takde la stress sangat.  Iols stress dengan soalan-soalan yang ada perkataan "bila lagi / tunggu apa lagi / plan la tu".  :-(
Apa yang buleh saya katakan ialah:  siapa tidak mahu, semua orang mahu.  Arghhh!

c.c to:  abam saya (silent reader jah dia sob sob).


10 April, 2013

Worldless Wednesday- Cincin Kawen

Luar dari kebiasaan... tiada permata!
Pilihanku sendiri... pusing satu Kelantan, ini sahaja yang ku berkenanan!
Tapi... ada iolsss kesah?!
Cincin kawen beliau sahaja ber'permata' & sessi menunjuk jam hantaran ahaks!

09 April, 2013

Derma... Janganlah Pertikaian!

Minggu lepas Jabatan saya buat kutipan TABUNG WIRA NEGARA so saya bagilah sedikit.
Tu pun saya terdengar "sapa yang bagi RM** ni, banyak nya?  Aku masukkan RM10 tu pun fikir panjang.. ambil balik boleh tak?"   Whut?! 

Kalau rasa bagi sumbangan tu membebankan, tak perlula bagi.  Ayat-ayat yang dorang cakap tu pun macam terpaksa bagi!  Kalau tak ikhlas, tak usah bagi.. nanti berdosa kalau diungkit balik.


Lepas tu semalam saya call Mummy tanya nak bagi sumbangan ke?
Dia tanya ada berapa kat tangan saya?  Saya kata "baru amik duit ni.. nok wi berapo?  oyat jah hehe".
So lepas tu Mummy kata "wi RM....."  so saya kata  "oke 1...."
Terus akak sebelah saya yang terdengar.

Akak ofis:  Ooo mok awok wi RM1
Saya:  Ehehehe (lepas tu keluarkan beberapa note RM50 & kira).
Akak ofis:  Eh mok awok wi berapo?
Saya:  RM****
Akak ofis:  Oloh banyok teh, wi banyok-banyok wat gapodio gak?!  Suh dio derma ko masjid la etek!
Saya:  Erm biarlah kak, tak kesah la mok nok wi berapo-berapo pun (sesambil sentap gila).
Akak ofis:  Suh dio wi sikit sudoh la.. banyok lagi masjid-masjid nok sumbangan.  Ore lain wi RM10-RM20 jah untuk wira negara.
Saya:  Biarlah kak! 
Akak ofis:  Erm ye lah nok wat gano mok awok duit banyok!
Saya:   Ermmm
 
 
Sangat bengang!  Perlu ke pertikaikan & perlu ke akak tu yang tetapkan derma Mummy nak salur ke mana-mana?  Kalau tak sebab Jabatan buat tabung wira negara nih, tak kecoh-kecoh camni.  Baik bagi transfer online je, tak ada sesape nak kesah nak bagi berapa-berapa pun.

Nak tak nak kena tulis juga kat form tu berapa RM tapi saya memang tak tulis la nama saya waima nak Mummy sekalipun sumbangan dari siapa.
For me, besar @ kecil sumbangan tak perlu lah pertikaian, yang penting itu sangat membantu mereka yang memerlukan.
*notakaki:  tak faham dengan orang-orang macamni.  Bagi sumbangan salah, tak bagi sumbangan pun salah!  Buat kerja sukarela kata RAJIN, tak buat SUKARELA kata tak de sensitiviti masyarakat pulak.. sucks!*





08 April, 2013

Majlis Akad Nikah

23 Mac 2013 (Sabtu)
Gambar sikit jah sebab yang tukang snap gambar ialah abang.. dia tak bagi lagi gambo huhuu.

Famili SIL datang dari KL hehehe

Minta tolong bespren datang mekap jah sebab kalau upah mak andam RM150sekali mekap.
Biasa la pengantin bajet + dekkut haha.
Booking tok imam mulanya 11pagi tapi dilewatkan sikit ke 11.30pagi sebab both pengantin lambat.
Yang bestnya kena marah kat tok imam sebab tak call pagi tu hahhaha miss communication... mana lah tau...
Lepas tu memandangkan both pengantin lambat bersiap maka call Tok Imam lewatkan kepada 11.30pagi pulak, buleh camtuh?  Hahah nasib baik tak ada orang kawen pada 23 Mac 2013 tu.  Kami je satu-satunya pasangan yang kawen kat area tu.
Pallete yang baru dibeli

Iolss kat atas suruh bagi kain sampin kat pengantin lelaki huhu

Sesambil saya mekap, sempat lagi keluar bilik buat kerja.  Mami pulak lambat gi kat dia, dia marah.. adoi serba salah makkkkk!  Kalau bukan iols kawen tak pe lah gak nak keluar masuk dapur.
Anak buah

Tok Imam betul-betul sampai 11.30pagi tapi pengantin lelaki tak sampai-sampai lagi.
Saya call time tu, katanya belum siap.  Mak oiiiii patut pengantin tunggu tok imam tapi tok imam tunggu pengantin huhu cuak dah saya.
Ruang tamu rumah iolsss... penuh nih.. malu iolss!

Bukan cuak apa, kadang-kadang iols selalu pikir bukan-bukan macam "dia tak jadi datang, dia tak nak datang, dia tak jadi kawen dengan iolsss".. oh mai gucci, mana iols nak letak muka?  Huhu.
Mejlis simple jahhh!  Jamu nasi kerabu

Sudahnya pengantin lelaki sampai 11.45pagi, himself yang drive.
Sudahlah kain pelikat dalam bilik iols.  Meme sempoi habis (tak pasal-pasal abang iolss bebel kata "FIZI TU SELAMBA DIA JAH.. DAH LA DATANG LAMBAT, DENGAN TAK BERSAMPIN NYA... PAKAI SAMPIN KAT GARAJ JAH.. KALU KAT KL, TOK IMAM BALIK DAH!"  Huhu nak buat guane :D
Lepas tu himself terus naik.  Iols duk dalam bilik.  Tak sampai 5minit, tok imam panggil saya untuk minta izin saya samada nak kawen atau tak.  Iols kata izinkan je le (tok imam tanya sendiri sebab iols kan guna wali hakim).  Lepas tu terus masuk bilik.  Tak sampai 2minit lepas tu, iols keluar balik.. ehhhhhhh... DEN DAH SAH JADI BINIK ORANG.  Huk aloh, tak sempat dengar beliau lafaz.  So tak sempat la nak fefeeling syahdu gitu :-(
Duduk jah kat bantal tu, dah siap doa.  Huk aloh, very fast?  Maybe tok imam malas tunggu dah kot.. pengantin lama sangat hahaha.  Sekali lafaz je.. chaiyok abam! :D
Duit hantaran susun dalam album.. nasib baik tak gubah, kalu tak.. jenuh iolss nak bukak balik hehe.
Ada duit 4sen & 20sen sebab ikut no. i/c iolsss hehehe! ***324-03-5***

Lepas tu abam solat sunat.  Then abam menyarungkan cincin.  Amvoiiiii... segan i noksss... ramai mata memandang ehehe.  Gambar idoklah banyak sebab gambo dalam kamera abang.. nanti iols update lain!
Takde mekap, lepas makan ni.. malass eh nak tacap!

Lepas tu makan, selamba rock.  Lepak-lepak jap pastu tukar tracksuit.  Pengantin sempoi.  Arghhhhahahah!

Sambungggg....